Khamis, 26 April 2018

Masalah Mudah Letih, Kurang Bertenaga Dan Susu Merudum Hilang Dengan Set Milkbooster Ohsem

Bismillahirrahmanirrahim

Set MILKBOOSTER OHSEM buat kalian ibu menyusu kesayangan di luar sana.


Perjuangan penyusuan bagi ibu berkerjaya sangat mencabar. Dengan jadual mengepam yang tidak menentu, kekangan kerja di lapangan yang akhirnya membuatkan kalian tertekan.

Semua ini mengundang kepada masalah susu merudum, anak sering merengek di waktu malam dan sesi penyusuan menjadi panjang sehingga berjam- jam.

Akibatnya, kalian seringkali mengalami sakit belakang, badan lesu, tidak bermaya, cepat letih, tiada tenaga dan sukar untuk tidur.

Tahukah kalian SET MILKBOOSTER OHSEM ini akan membantu kalian menyelesaikan semua masalah di atas!


SET MILKBOOSTER OHSEM terdiri daripada bukan satu, malah TIGA supplemen yang kalian perlukan iaitu Alfalfa, Ostematriks dan B Complex.


1. ALFALFA

Merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Sumber semulajadi Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Berfungsi membantu mempercepatkan kadar penghasilan susu dan meningkatkan pengeluaran susu si ibu.


RM53.75 (330 biji) untuk penggunaan 1 hingga 2 bulan.


2. OSTEMATRIKS

Ibu menyusu memerlukan sekitar 1000mg sehingga 1300mg kalsium sehari. Ostematriks ini lebih dari sekadar kalsium kerana ianya dilengkapi dengan magnesium, vitamin D, zink, tembaga dan mangan. Kapletnya yang bersaiz kecil dan disalut licin juga mudah ditelan. Berfungsi untuk membantu mengurangkan lenguh- lenguh badan, sakit belakang dan mengekalkan kesihatan tulang yang optima.

RM61.25 (120 biji) untuk penggunaan sebulan.

3. B COMPLEX

B Complex yang seimbang dan lengkap dengan 8 jenis vitamin B serta asid folik dan B12 dalam pembentukan sel- sel darah merah. Membantu mencegah anemia, mengurangkan stress dan membekalkan sumber tenaga kepada si ibu.

RM58.75 (120 biji) untuk penggunaan selama 4 bulan.

------------------------------------------

Set MILKBOOSTER OHSEM boleh dimiliki dengan hanya RM177.50 sahaja!

Pastinya dengan Set MILKBOOSTER OHSEM ini, kalian akan rasa:

☘️Lebih bertenaga
☘️Tidak cepat letih
☘️Sakit belakang berkurangan
☘️Lenguh badan hilang
☘️Kurang tertekan atau stress
☘️Produksi susu lebih meriah

Anak Gembira, Ibu Bahagia!

Wassap terus MAS 013.634.1955.

Sedia berkongsi pengalaman bersama kalian.

'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 25 April 2018

Bagaimana Menghilangkan Rasa Loya, Mual Sehingga Muntah Ketika Hamil

Bismillahirrahmanirrahim

Teringat masa trimester pertama, tanda pertama yang aku tahu diri ini sedang hamil ialah loya dan mual ketika bangun tidur.

Fikiran pertama terus ke arah, "Mengandung kah aku?". Lepas itu, kebiasaannya barulah terkocok kocoh membeli alat pengesan kehamilan.

Ketika ke Guardian, Suami bertanya, "Dear mau beli yang mana satu ni, yang murah atau yang mahal?".

Aku terus menjawab, "Beli ja yang murah, kalau positif tu, tetap juga positif kan".
Ketawa terus si suami.

Alahai si suami.

Yang paling tidak tahan, rasa loya mual dan muntah ini berterusan sehingga masuk ke 5 bulan. Lepas itu, Alhamdulillah berhenti seketika.

Datang pula tanpa diundang pada trimester ke tiga iaitu bermula 35 minggu dan ke atas.

Semua ini sememangnya pengaruh hormon.

Jadi apa yang diamalkan, kebiasaannya minum teh panas lalu dicampurkan dengan halia sebesar ibu jari yang sudah diketuk.

Tapi buat masa ini, teh dan kopi disuruh elakkan disebabkan ada masalah kurang darah atau anemia. Takut ianya mengganggu penyerapan zat besi dalam badan.

Oleh yang demikian, aku pilih untuk amalkan Peppermint Ginger Plus dari Shaklee.

Selepas pengambilan 3 biji sehari, alhamdulillah rasa loya itu berkurangan.

Badan yang sering berangin pun kembali segar dan terasa ringan. Nampaknya Peppermint Ginger Plus ni sangat bagus untuk mengeluarkan angin kus kus dalam badan.

Sangat mengesyorkan kepada kalian yang sedang hamil, ada masalah banyak angin dalam badan dan masalah GERD juga gastrik.

Hanya RM47.50 untuk 90 kapsul. Penggunaan sebulan hingga 2 bulan. Jimat bukan?

Untuk pesanan segera, boleh saja hubungi MAS 013.634.1955.

Semoga bermanfaat ya.

Salam ukhwah,
ibum3m

Selasa, 24 April 2018

Senarai Checklist Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital

Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik, tidak ku sangka, waktu amat cepat berputar.


Kandungan sudah memasuki ke 36 minggu. Memang segala persediaan 90% sudah lengkap. Ada beberapa lagi senarai ibu yang belum lengkap.

In shaa Allah hujung minggu ini akan ke baby expo di IDCC Shah Alam.

Sebelum tu, nurse di KKIA berpesan, letak beg dalam kereta ya ibu.

Baiklah nurse! Saya yang menurut perintah.

Jom semak checklist keperluan untuk bersalin buat si ibu, bayi dan ayah.

Ibu
1. Tuala
2. Kain batik
3. Maternity pad
4. Disposable panties, bra menyusu
5. Baju untuk pulang ke rumah
6. Nursing cover
7. Stokin tebal
8. Tudung
9. Toiletries
10. Buku pink
11. Hp, charger hp
12. Minyak angin

Bayi
1. Pampers
2. Bedung & barut bayi
3. Baju lengan pendek & seluar
4. Baju lengan panjang & seluar
5. Topi bayi
6. Mittens & booties
7. Receiving blankets
8. Tuala bayi (kecil & besar)
9. Minyak telon

Ayah
1. Baju
2. Selimut
3. Berus gigi
4. Kasut
5. Tuala

Bakul
1. Air zamzam
2. Kurma
3. Milo, roti, biskut
4. Air masak
5. Thermos
6. Cawan, sudu, garfu

Sudah siap semuanya, bolehlah masukkan ke dalam kereta.

Berdebar dan tak sabar juga nak bersalin. Walaupun ini kandungan yang ke empat, tetap ada rasa takut untuk menghadapi kontraksi sebelum melahirkan itu.

Tidak dilupa Set Berpantang Shaklee tetap menjadi pilihan. Hasil dan kesannya memang terbaik, selain bahan- bahannya yang selamat, semulajadi dan tetap berkesan.

Mahu berkongsi pengalaman yang sama? Boleh saja hubungi MAS 013.634.1955 ya.


Mudahan dipermudahkan semuanya. In shaa Allah Aamiin.

Salam sayang,
ibum3m

Isnin, 23 April 2018

Cara Atasi Ketidakselesaan Menjelang Trimester Ketiga Ibu Hamil

Assalamualaikum..


Menginjak ke trimester ketiga ni, memang mencabar la buat para ibu hamil.


Perut asyik berkeroncong minta di isi. Apabila terlalu kerap makan, bimbang pula berat badan naik mendadak dan bacaan gula pun jadi tidak menentu. Mula terfikir nak makan apa ya.


Syukurlah ada ESP Shaklee yang sememangnya diamalkan sebagai instant breakfast buat ibu menyusu.


Lebih lebih lagi bulan Ramadhan bakal menjelang, ESP bagus untuk memberikan tenaga yang berpanjangan dan rasa kenyang yang agak lama. Tidaklah perut asyik nak berkeroncong saja.



Apabila di isi pula, terlebih makan akan menyebabkan pedih ulu hati dan tidak dapat tidur dengan lena. Lambat atau cepat makan, mesti akan masuk angin.


Mujurlah ibu ada Peppermint Ginger Plus untuk menbuang segala angin kus kus dalam badan.


Angin dalam badan ni pun akan membuatkan badan kita selalu lemah dan letih lesu.


Pabila malam, pusing kiri salah, pusing kanan salah. Pabila bayi dalam kandungan sudah berat, agak sukar untuk si ibu tidur malam.


Sakit belakang dan segala lenguh lenguh badan terasa. Belum lagi yang ada sejarah terkena urat timbul dan kejang pabila malam. Fuhhh memang sakit.


Untuk atasi masalah ini, ibu amalkan Ostematriks Shaklee sebelum tidur. Alhamdulillah segala masalah dapat diselesaikan.


Dengan adanya Ostematriks juga, ia bantu melawaskan penghadaman dan tiada sembelit buat ku di sepanjang kehamilan dan berpantang.


Ketiga- tiga produk ini amat penting buat ibu hamil trimester ketiga.


Nak dapatkan boleh lah hubungi Mas 0136341955.


Semoga bermanfaat.


Salam sayang,

ibu hamil minggu 36

hamil anak ke empat


Ahad, 22 April 2018

Ibu 8 Bulan Masih Semangat Sempena Hari Sukan Sekolah Anak- Anak

Assalamualaikum

Wah penat betul mak yong hari ni

Setengah hari di padang bersama anak- anak, Maisha & Mikail sempena Hari Sukan


Tahniah buat Mikail & ayahnya, Nazim Ibnshakir, menang 2 hadiah..



Tq mama ayong, Sharyna Shakir gantikan mak yong dalam Treasure Hunt Family, kita juara ! 😍

Maisha pun dapat juga naib johan dalam permainan pancing botol yang agak susah itu. Ibu pulak juling mata tengok dia.


Bersemangat betul anak- anak. Walaupun dimulai dengan drama air mata Mikail.




Apapun, enjoiceee,



Majulah Sukan Untuk Negara 💪🏻💪🏻👏🏻👏🏻

Malam menjelang, tiba masa untuk telan 4 biji Ostematriks supaya hilang segala lenguh lenguh badan. Tidur pun lebih lena.
Inshaa Allah.


Salam sayang,
ibum3m

Sabtu, 21 April 2018

Cara Mengurangkan Sakit Kepala, Badan Letih Dan Loya Semasa Rawatan Ubat Tibi

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila disahkan sebagai pesakit TB Pulmonary, memang agak terkejut. Walaupun pada masa itu, keputusan negatif untuk kahak selama 7 hari, PCR dan juga di Xray.


Namun, yang sedihnya apabila ujian Mantoux test itu positif. Untuk mengesahkan lebih betul, doktor memberi cadangan untuk aku masuk wad dan jalani CT Scan bagi melihat lebih terperinci ke dalam paru- paru.

Keputusan ct scan memang menunjukkan bakteria bernama Mycobacterium tuberculosis ini pernah menjengah kerana ianya berbentuk bulatan putih di paru- paru kiri dan ianya berselerak.


Untuk pengetahuan, doktor kata yang kalau bakteria atau virus biasa, ianya tidak akan merebak sebegini. Ianya akan menyerang satu kawasan saja.

Kemungkinan awak pernah dijangkiti TB tapi tidak dikesan dan tidak dirawat sepenuhnya secara awal.

Jadi cadangan doktor, sebaiknya dimulakan dengan 6 bulan regim pematuhan ubat TB.

Aku akur. Hari pertama menelan ubat itu, aku tercekik kerana saiz ubat yang begitu besar.

Air kencing serta merta bertukar menjadi merah bata. Sakit kepala, pening dan loya aku rasa. Badan menjadi lemah dan aku mampu baring saja di katil dalam wad pengasingan itu.

Sudah 3 hari sebegini, terus berfikir. Baru 3 hari kesan sampingan ubat ini, bagaimana pula untuk hadapinya selama 6 bulan. Memang sungguh meletihkan.

Untuk itu, aku ambil keputusan untuk berikhtiar dengan supplemen Shaklee di samping ubat ini. Tapi masa pengambilan Shaklee dan ubat aku jarakkan selama 2 jam.

Bagi menghilangkan rasa loya dan sakit kepala, aku ambil Vitamin B Kompleks 2 biji. Multivitamin Vitalea 1 biji untuk menambah tenaga.

Oleh kerana doktor kata, ubat ini sangat kuat, ianya boleh menyebabkan kesan terhadap hati. Mungkin mata akan kelihatan kuning dan kulit pun sebegitu. Maka, aku amalkan 3 biji DTX yang khusus untuk detoksifikasi hati.

Untuk paru- paru, aku juga ambil Vivix supaya dapat memperbaharui sel- sel yang rosak akibat kesan serangan bakteria Tibi itu.


Selepas habis tempoh kuarantin selama 2 minggu, aku kembali bekerja.

Alhamdulillah. Badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan regim ubat tersebut. Kesan sampingan ubat pun beransur berkurang dengan bantuan supplemen Shaklee.

Regim ubat Tibi diteruskan bermula bulan Februari sehinggalah Ogos 2017.

Sekarang, hanya follow up sahaja di hospital tersebut. Lebih berhati- hati sekarang.

Jarang untuk ke tempat awam. Kalau batuk, kena patuhi etika batuk iaitu menutup mulut dengan tisu atau sapu tangan. Selalu basuh tangan.

Dan amalkan Garlic Complex dengan kerap sebagai antibiotik untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan virus kepada paru- paru.

Berhati- hati ya kalian. Sekarang memang banyak kes Tibi semakin berleluasa. Kemungkinan dengan lambakan warga asing di negara kita dan juga faktor persekitaran.

Untuk mendapatkan supplemen Shaklee, boleh saja hubungi Mas 013.6341955.

Boleh juga berkongsi cerita dan pengalaman sekiranya ada saudara mara atau ahli keluarga yang disahkan positif Tibi. Saya sedia membantu.

Semoga bermanfaat buat kalian.

Salam sayang,
ibum3m

Jumaat, 20 April 2018

Cara Menghadapi Masalah Bayi Tidak Mahu Direct Feed Disebabkan Susu Ibu Terlalu Meriah Dan Laju

Assalamualaikum

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang menyusukan ketiga- tiga anak. Alhamdulillah kesemuanya dapat disusukan sepenuhnya selama lebih setahun.


Mungkin pengalaman ini berbeza dengan ibu yang lain. Bahkan, setiap anak itu berbeza cara penyusuan dan si ibu hendaklah bijak bereksperimentasi bagi menghadapi setiap masalah yang timbul.

Apa yang penting, si ibu perlu bertenang dan berikhtiar sedaya upaya untuk menanganinya dengan bantuan dan sokongan dari pihak luar terutamanya suami, ahli keluarga, rakan rakan dan jugak rujukan dari pakar laktasi.

Alhamdulillah saya dikurniai susu yang meriah buat ketiga- tiga anak saya semasa berpantang.


Akan tetapi, ianya menjadi satu masalah pula bagi saya kerana bayi mula menolak untuk menyusu secara langsung dari payudara. Pada awalnya memang agak buntu, saya masih berfikiran positif mengatakan yang mungkin bayi saya baru dalam fasa belajar untuk 'latch' dengan betul.

Tapi setelah beberapa sesi penyusuan, bayi kerap meragam sehinggalah sampai terbatuk dan mula macam tersedak susu. Takut saya.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum memberi direct feed kepada si bayi.


Apabila sudah kelihatan tanda- tanda bayi ingin menyusu, saya terus mencapai pam Medela Freestyle saya dan mengepam untuk 5-8 minit sehinggalah isyarat Let- Down Reflex itu tidak ada.

Selepas itu, barulah saya teruskan dengan direct feeding kepada bayi. Pada mulanya, ianya agak memenatkan dan panik sebab bayi mula menangis mahukan susu.


Tidak sabar untuk menyusu. Tapi lama- kelamaan, saya berjaya menghadapi masalah tersebut dengan lebih tenang sambil bercakap- cakap dengan bayi saya.

Dalam proses ini, saya telah mengepam susu awal yang dipanggil sebagai foremilk untuk di buat stok. Manakala, bayi mendapat lebih hindmilk secara penyusuan direct.

Paling menggembirakan, bayi cepat naik berat badan, gebu dan nampak lebih tembam. Ini kerana hindmilk adalah bahagian susu yang berlemak dan kelihatan lebih pekat dari foremilk.


Orang sekeliling geram melihatnya, berbunga- bunga di hati apabila anak dipuji sihat dan tembam, tapi si ibu maintain kurus.

Alhamdulillah, cara ini berkesan buat saya. Mungkin ibu sekalian punya cara yang lain tapi bagi saya, inilah cara yang terbaik buat saya dan bayi sendiri.

Semoga dengan perkongsian ini, memberi manfaat buat para ibu yang berjuang untuk penyusuan si comel kalian.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee, boleh saja menghubungi saya di talian 013-6341955.


In shaa Allah saya sedia berkongsi pengalaman dan pandangan berkenaan dengan penyusuan.

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Khamis, 19 April 2018

Cara Menguruskan Uri Selepas Bersalin Mengikut Syariah Islam

Assalamualaikum

Perkongsian hari ini berkenaan dengan cara menguruskan uri dengan betul dan mengikut syariat yang ditetapkan.


Menurut Ustaz Azhar Tuarno, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar & Inovasi Seranta (Felda), tiada hukum, nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri.

Namun, ianya perlulah diuruskan dengan baik untuk ditanam di tempat masing- masing. Ini untuk mengelakkan supaya uri tersebut tidak menjadi makanan haiwan.

Oleh yang demikian, ikuti langkah di bawah dalam pengurusan uri dengan betul.

1. Cuci uri dengan dimulakan dengan kalimah Basmallah.

2.Cuci bersih dengan menggunakan air untuk menghilangkan darah yang masih tertinggal. Jangan guna sabun atau syampu.

3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri itu bersih sepenuhnya.

4. Lumurkan dengan garam dan cuci bersih.

5. Lumurkan pula dengan asam jawa untuk menghilangkan hanyir bau darah. Penting untuk menghilangkan bau hanyir darah kerana ia boleh menyebabkan binatang menggali dan memakan uri tersebut.

6. Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.

7. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang gali dan makan uri tersebut.

8. Balut uri dengan bahan yang mudah reput seperti plastik atau kotak.

9. Balut dengan kain, tidak semestinya kain putih dan baluti uri sampai menjadi bungkusan punjut. Supaya senang nak bawa ke tempat untuk di tanam.

10. Sediakan lubang dan gali sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan dan dikorek oleh binatang.

11. Baca Basmallah dan selawat semasa meletakkan uri ke dalam tanah dan menimbusnya.

12. Boleh letakkan batu di atasnya untuk mengelakkan binatang untuk menggali uri tersebut.

Sumber: Majalah Pa & Ma

Untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee boleh sahaja hubungi Mas di talian 013-6341955 ya. 

Konsultasi percuma buat kalian.


Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 18 April 2018

Tips Supaya Ikan Goreng Lebih Crunchy, Rangup dan Sedap

Assalamualaikum

Semasa pulang ke Tawau untuk majlis perkahwinan adik kembar bulan Mac baru- baru ni, dapatlah satu tips ni.


Tips ni dikongsikan oleh macik sebelah ibu. Dia memang pandai masak dan adik beradiknya memang terer memasak. Buat katering dan ada kantin juga.

Ok, terus saja ke tipsnya ya.

Mula- mula..Perisakan saja ikan dengan garam, sedikit asam dan kunyit. Lepas tu tambahkan tepung gandum sedikit.

Bukan tepung jagung.

Tapi cuma tepung gandum biasa saja.
Asalkan semua ikan disalut dengan 3 bahan tadi.

dan goreng.

Hasilnya, ya ampun.. ikan goreng rasa lebih sedap. Lebih rangup dan lebih crunchy gitew.

Cuba lah.

In shaa Allah ikan goreng kalian akan lebih sedap walaupun ianya hanya sekadar ikan goreng.

Semoga bermanfaat.

Dilema Ibu Menyusu Tak Kurus- Kurus. Ini Tips Pemilihan Supplemen Buatnya.

Assalamualaikum

Semalam dapat satu wassap, dari student lama masa mengajar di sebuah kolej di Kota Kinabalu, Sabah.

'Madam, saya ni ibu anak 2. Sejak dari anak pertama, berat badan naik dari 42kg sehingga 60 kg. Tidak pandai turun ni madam, walaupun saya menyusu anak.'

Ya, aku memang ingat student ni. Saiznya memang macam diriku juga, tinggi pun lebih kurang saja, mungkin dalam 154 cm begitu.

'Madam boleh tolong cadangkan apa supplemen yang selamat untuk kurus sambil menyusukan anak?'

Tambahnya lagi.

Memang menurut kajian, penyusuan boleh membakar lebih kalori dan boleh membuatkan si ibu kembali kepada saiz badan yang normal, atau dalam erti kata lain.


Mungkin juga si ibu tidak mengira kalori dalam pemakanan seharian. Sebab diet ibu menyusu hanya akan mengalami pertambahan sebanyak 500-600 kalori sehari dari wanita normal.

Oleh yang demikian, aku pun mencadangkan untuknya Set Bajet Kurus Menyusu buatnya.

Di samping fokus untuk menambahkan bekalan susu, lemak si ibu boleh juga dipecahkan dan disingkirkan dengan supplemen Shaklee yang memang selamat dan semulajadi.


Konsep 3 B wajar di patuhi iaitu Bakar, Buang dan Bina.

Untuk membakar lemak, alfalfa sangat sesuai kerana ianya mampu untuk membakar lemak dengan cepat.

Buang iaitu menyingkirkan lemak adalah tugas Lecithin. Ianya membantu untuk melancarkan pengeluaran susu juga.

Bina iaitu membina otot yang telah hilang akibat penyingkiran lemak oleh susu non GMO soya perisa vanila. ESP bagus untuk menambahkan 'hindmilk' pada susu ibu menjadikan ianya lebih berlemak dan bayi cepat kenyang.


Lengkap lah Set Bajet Kurus Menyusu buat ibu- ibu menyusu yang mengalami dilema berat badan tidak turun selepas bayi sudah berumur 6 bulan.

Kebiasaannya, fokus untuk kurus akan saya cadangkan buat ibu yang bayinya sudah pun mencecah 6 bulan. Tapi dengan set ini, ibu tidak perlu risau kerana ianya akan menggalakkan lagi penghasilan dan pengeluaran susu yang meriah buat si ibu.

BE POSITIVE, SUPPORT BREASTFEEDING

Hubungi saja Mas untuk pesanan sekarang ye 0136341955. Konsultasi percuma buat kalian.

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Selasa, 3 April 2018

Set Shaklee Baby Bebas Paraben Sesuai Untuk Bayi Seawal Usia Sehari

Assalamualaikum

Menginjak ke usia kehamilan 32 minggu, terasa tidak sabar untuk memegang dan mengucup tangan si comel ku.


Persediaan tidaklah terlalu banyak sebab barangan bayi dari kakak dan abangnya masih ada lagi yang boleh digunakan.

Yang paling tertarik untuk mencuba ialah produk terbaru dari Shaklee ini iaitu Shaklee Baby Set.


Terdiri dari 3 produk iaitu Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil.



Lagi mengujakan apabila mendengar testimoni yang best mengenai Set Shaklee Baby ini.


Bulan ini sangat indah sebab Set Shaklee Baby ini mengadakan promosi beli 3 Set@2.


Bermakna, sekiranya kalian membeli 3 Set Shaklee Baby ini, kalian hanya membayar untuk harga 2 Set sahaja! Jimat bukan?

Jom kumpul order dengan rakan ibu yang lain untuk pesanan segera.

Jangan lupa wassap Mas ya, 013.634.1955.

Salam sayang,
bakalibuanakEmpat

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...