Rabu, 18 April 2018

Tips Supaya Ikan Goreng Lebih Crunchy, Rangup dan Sedap

Assalamualaikum

Semasa pulang ke Tawau untuk majlis perkahwinan adik kembar bulan Mac baru- baru ni, dapatlah satu tips ni.


Tips ni dikongsikan oleh macik sebelah ibu. Dia memang pandai masak dan adik beradiknya memang terer memasak. Buat katering dan ada kantin juga.

Ok, terus saja ke tipsnya ya.

Mula- mula..Perisakan saja ikan dengan garam, sedikit asam dan kunyit. Lepas tu tambahkan tepung gandum sedikit.

Bukan tepung jagung.

Tapi cuma tepung gandum biasa saja.
Asalkan semua ikan disalut dengan 3 bahan tadi.

dan goreng.

Hasilnya, ya ampun.. ikan goreng rasa lebih sedap. Lebih rangup dan lebih crunchy gitew.

Cuba lah.

In shaa Allah ikan goreng kalian akan lebih sedap walaupun ianya hanya sekadar ikan goreng.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...