Assalamualaikum
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang menyusukan ketiga- tiga anak. Alhamdulillah kesemuanya dapat disusukan sepenuhnya selama lebih setahun.
Mungkin pengalaman ini berbeza dengan ibu yang lain. Bahkan, setiap anak itu berbeza cara penyusuan dan si ibu hendaklah bijak bereksperimentasi bagi menghadapi setiap masalah yang timbul.
Apa yang penting, si ibu perlu bertenang dan berikhtiar sedaya upaya untuk menanganinya dengan bantuan dan sokongan dari pihak luar terutamanya suami, ahli keluarga, rakan rakan dan jugak rujukan dari pakar laktasi.
Alhamdulillah saya dikurniai susu yang meriah buat ketiga- tiga anak saya semasa berpantang.
Akan tetapi, ianya menjadi satu masalah pula bagi saya kerana bayi mula menolak untuk menyusu secara langsung dari payudara. Pada awalnya memang agak buntu, saya masih berfikiran positif mengatakan yang mungkin bayi saya baru dalam fasa belajar untuk 'latch' dengan betul.
Tapi setelah beberapa sesi penyusuan, bayi kerap meragam sehinggalah sampai terbatuk dan mula macam tersedak susu. Takut saya.
Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum memberi direct feed kepada si bayi.
Apabila sudah kelihatan tanda- tanda bayi ingin menyusu, saya terus mencapai pam Medela Freestyle saya dan mengepam untuk 5-8 minit sehinggalah isyarat Let- Down Reflex itu tidak ada.
Selepas itu, barulah saya teruskan dengan direct feeding kepada bayi. Pada mulanya, ianya agak memenatkan dan panik sebab bayi mula menangis mahukan susu.
Tidak sabar untuk menyusu. Tapi lama- kelamaan, saya berjaya menghadapi masalah tersebut dengan lebih tenang sambil bercakap- cakap dengan bayi saya.
Dalam proses ini, saya telah mengepam susu awal yang dipanggil sebagai foremilk untuk di buat stok. Manakala, bayi mendapat lebih hindmilk secara penyusuan direct.
Paling menggembirakan, bayi cepat naik berat badan, gebu dan nampak lebih tembam. Ini kerana hindmilk adalah bahagian susu yang berlemak dan kelihatan lebih pekat dari foremilk.
Orang sekeliling geram melihatnya, berbunga- bunga di hati apabila anak dipuji sihat dan tembam, tapi si ibu maintain kurus.
Alhamdulillah, cara ini berkesan buat saya. Mungkin ibu sekalian punya cara yang lain tapi bagi saya, inilah cara yang terbaik buat saya dan bayi sendiri.
Semoga dengan perkongsian ini, memberi manfaat buat para ibu yang berjuang untuk penyusuan si comel kalian.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee, boleh saja menghubungi saya di talian 013-6341955.
In shaa Allah saya sedia berkongsi pengalaman dan pandangan berkenaan dengan penyusuan.
Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan