Bismillahirrahmanirrahim
Apabila disahkan sebagai pesakit TB Pulmonary, memang agak terkejut. Walaupun pada masa itu, keputusan negatif untuk kahak selama 7 hari, PCR dan juga di Xray.
Namun, yang sedihnya apabila ujian Mantoux test itu positif. Untuk mengesahkan lebih betul, doktor memberi cadangan untuk aku masuk wad dan jalani CT Scan bagi melihat lebih terperinci ke dalam paru- paru.
Keputusan ct scan memang menunjukkan bakteria bernama Mycobacterium tuberculosis ini pernah menjengah kerana ianya berbentuk bulatan putih di paru- paru kiri dan ianya berselerak.
Untuk pengetahuan, doktor kata yang kalau bakteria atau virus biasa, ianya tidak akan merebak sebegini. Ianya akan menyerang satu kawasan saja.
Kemungkinan awak pernah dijangkiti TB tapi tidak dikesan dan tidak dirawat sepenuhnya secara awal.
Jadi cadangan doktor, sebaiknya dimulakan dengan 6 bulan regim pematuhan ubat TB.
Aku akur. Hari pertama menelan ubat itu, aku tercekik kerana saiz ubat yang begitu besar.
Air kencing serta merta bertukar menjadi merah bata. Sakit kepala, pening dan loya aku rasa. Badan menjadi lemah dan aku mampu baring saja di katil dalam wad pengasingan itu.
Sudah 3 hari sebegini, terus berfikir. Baru 3 hari kesan sampingan ubat ini, bagaimana pula untuk hadapinya selama 6 bulan. Memang sungguh meletihkan.
Untuk itu, aku ambil keputusan untuk berikhtiar dengan supplemen Shaklee di samping ubat ini. Tapi masa pengambilan Shaklee dan ubat aku jarakkan selama 2 jam.
Bagi menghilangkan rasa loya dan sakit kepala, aku ambil Vitamin B Kompleks 2 biji. Multivitamin Vitalea 1 biji untuk menambah tenaga.
Oleh kerana doktor kata, ubat ini sangat kuat, ianya boleh menyebabkan kesan terhadap hati. Mungkin mata akan kelihatan kuning dan kulit pun sebegitu. Maka, aku amalkan 3 biji DTX yang khusus untuk detoksifikasi hati.
Untuk paru- paru, aku juga ambil Vivix supaya dapat memperbaharui sel- sel yang rosak akibat kesan serangan bakteria Tibi itu.
Selepas habis tempoh kuarantin selama 2 minggu, aku kembali bekerja.
Alhamdulillah. Badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan regim ubat tersebut. Kesan sampingan ubat pun beransur berkurang dengan bantuan supplemen Shaklee.
Regim ubat Tibi diteruskan bermula bulan Februari sehinggalah Ogos 2017.
Sekarang, hanya follow up sahaja di hospital tersebut. Lebih berhati- hati sekarang.
Jarang untuk ke tempat awam. Kalau batuk, kena patuhi etika batuk iaitu menutup mulut dengan tisu atau sapu tangan. Selalu basuh tangan.
Dan amalkan Garlic Complex dengan kerap sebagai antibiotik untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan virus kepada paru- paru.
Berhati- hati ya kalian. Sekarang memang banyak kes Tibi semakin berleluasa. Kemungkinan dengan lambakan warga asing di negara kita dan juga faktor persekitaran.
Untuk mendapatkan supplemen Shaklee, boleh saja hubungi Mas 013.6341955.
Boleh juga berkongsi cerita dan pengalaman sekiranya ada saudara mara atau ahli keluarga yang disahkan positif Tibi. Saya sedia membantu.
Semoga bermanfaat buat kalian.
Salam sayang,
ibum3m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan