Assalamualaikum
Di hujung minggu, rancang untuk berehat saja di rumah dengan suami dan anak- anak.
Buka telefon, barulah tersedar incik asben ada share perkongsian mengenai ‘Bijak Parenting’ bersama Ustazah Isfadiah Dasuki di surau berdekatan pada hari ini.
Walaupun agak terlambat setengah jam, nasiblah telefon pihak penganjur, ceramah baru bermula jam10 pagi tadi.
Kelam kelibut ibu bersiap dan membawa Musa.
Banyak isu yang dikupas. Di antaranya adalah baik dan buruk penggunaan gajet, tips pengurusan gajet dan tips keibubapaan yang lain.
Semua isu adalah ulasan daripada buku terbaru beliau iaitu ‘Bijak Parenting’. Alhamdulillah dapatlah beli tadi dengan harga RM25. Dapat juga autograf dari beliau.
Untuk pengetahuan, buku ini boleh juga dibeli melalui online www.karyabestari.com.my atau mall.karangkraf.com. dalam bentuk e-book.
Diantara 6 intipati cara didikan Rasullullah SAW ialah:
1- Bina reputasi
Ibu dan ayah perlu bina reputasi yang baik di hadapan anak- anak mereka. Menjadi ‘role model’ dan contoh terbaik. Berikan mereka kepercayaan melalui didikan penuh kasih sayang dan santuni anak- anak.
2- Bina halatuju kehidupan
Tujuan hidup ini adalah semata- mata kerana Allah. Pupuk rasa cinta kepada Allah SWT dengan mengajarkan kepada mereka cara mengenal Allah dengan lebih sempurna.
3- Ibadah
Perkenalkan dan pelajari serta lengkapkan mereka dengan mendirikan solat, puasa, zakat dan sebagainya. Ajari mereka dengan peranan tanggungjawab kepada Allah SWT.
4- Nilai- nilai murni
Tanamkan sifat akhlak yang baik dengan menunjukkan nilai- nilai murni yang perlu ada dalam diri mereka. Contohnya melalui solat, anak- anak perlu mengetahui bab kebersihan, logistik seperti arah kiblat dan waktu solat. Di samping cara- cara yang betul menutup aurat.
5- Pendidikan seks
Tiga perkara penting dalam pendidikan seks buat anak- anak ialah ajari mereka tentang perbezaan di antara lelaki dan perempuan, kenapa adanya Baligh? Dan peraturan pergaulan diantara lelaki dan wanita, lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita.
6- Etika bersosial
Langkah terakhir sekali dimana setelah semua diperlengkapi, baru lah mereka mendatangi dunia luar untuk berkomunikasi.
Jangan lupa share sebanyaknya buat ibubapa yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan