Jumaat, 12 Oktober 2018

Penantian 5 Tahun Berakhir Apabila Doktor Mengesahkan Dia Hamil

Assalamualaikum

Pabila bicara soal anak, ianya tanggungjawab keduanya. Tidak kiralah dari segi usaha untuk memilikinya, sehinggalah kepada usaha mendidik, membesarkan dan mencukupinya.

Di saat adik perempuanku yang pertama menyatakan kabar gembira itu. Air mata ini menitik laju. Ya Allah sungguh besar anugerahMu.

5 tahun mereka menanti.

Dia, adik perempuanku yang pertama di antara 5 yang lain. Beza kami setahun cuma.

Sejak kecil, kami selalu dianggap sebagai pasangan kembar. Walaupun rupa kami cukup berbeza, beliau dikatakan punya rupa arwah bapak, aku pula dikatakan memiliki rupa seiras ibu, kami amat rapat.

Pernah sekali, kami bergaduh. Masa itu aku di usia 12 tahun. Kemarahanku yang memuncak kepadanya menyebabkan tanganku naik ke pipinya. Dia menangis semahunya. Tanpa sedar, aku turut menangis dan meminta maaf kepadanya berkali- kali. Benarlah kata orang, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.

Aku menyesal dan kami berbaik semula.

Kami ibarat isi dan kuku.Senantiasa berkongsi rasa. Senantiasa berkongsi cerita dan pengalaman.

Di saat aku sudah punya anak empat, dia masih lagi menanti kehadiran si comel dengan penuh sabar.

Dan Alhamdulillah. Hari bahgia itu menjelang jua. Sungguh aku menangis gembira. Tiada kata yang dapat diungkapkan.

Sungguhpun begitu. Dia memberitahuku yang dia punya masalah yang lain. Masalah cyst dan fibroid.

Aku cuba untuk berfikiran positif dan menyuntik kata- kata semangat buatnya.

Teruskan lah dengan kekuatanmu. Jaga kesihatan, jangan stress, bergembiralah. Dalam masa yang sama, berhati- hati dan teruskan amalan makanan tambahan iaitu supplemen yang sedia ada.


Kerna kita perlu ikhtiar supaya cyst dan fibroid yang ada tidak mengganggu perkembangan bayi. Mudahan terus hilang dengan ikhtiar ini.



Adikku sayang, kakak doakan semoga dirimu dan bayi yang dikandung senantiasa berada di bawah lindunganNya. Mudahan dipermudahkan buatmu segalanya.

O Allah, jaga dia untukku.

Masliani Hj Abdul
Senantiasa di sisi

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...