Bismillahirrahmanirrahim
Pesan ibu, pabila sudah berumahtangga,ada TIGA perkara yang perlu dijaga.
Satu, bilik tidur.
Bilik tidur merupakan ruang privasi di antara kau berdua. Jangan senang- senang untuk benarkan orang lain memasuki ruang tidurmu. Katil mesti pastikan sentiasa kemas setiap kali bangun pagi.
Kebersihan harus dijaga. Pasang wangi- wangian supaya jika suami masuk, dia akan tetap tenang.
Kebersihan harus dijaga. Pasang wangi- wangian supaya jika suami masuk, dia akan tetap tenang.
Setiap pagi, buka segenap tingkap bilik dan juga segenap rumahmu untuk membenarkan cahaya masuk dan rezeki melimpah ruah. Kiranya jika tingkap dibuka, maka udara segar dari luar akan masuk dan bakteria kuman di dalam rumah akan keluar ke persekitaran luar.
Kedua, perut suamimu.
Belajar masak dan penuhi selera suamimu. Biarlah masakan simple tetapi mesti ada. Makanan perlu dihidang mengikut waktu. Jangan biarkan rumah kehabisan beras. Maknanya, beras perlu ada setiap waktu, jangan sampai habis kering kontang, baru hendak membelinya.
Kena ada stok yang tersimpan. Katanya, ini amalan nenek moyang supaya rezeki itu senantiasa ada buat keluargamu.
Kena ada stok yang tersimpan. Katanya, ini amalan nenek moyang supaya rezeki itu senantiasa ada buat keluargamu.
Ketiga, hubungan suami isteri.
Yang ini tidak perlulah diceritakan di sini kan. Setiap pasangan pun perlu faham kehendak masing- masing. Perlu senantiasa bertolak ansur. Kita, sebagai wanita perlu menjaga aset dan kewanitaan.
Itulah sebab sejak kecil, ibu perkenalkan kesemua lapan adik beradik perempuan kami untuk meminum jamu tradisional. Seawal usia 12 tahun lagi ibu sudah menyuruh kami minum jamu gendong yang dijual dari rumah ke rumah.
Jamu ini memang asli kerana setiap ramuannya dibuat sendiri oleh penjual jamu tersebut yang rata- ratanya bangsa Jawa.
Di tempat kelahiran, Tawau memang ramai penjual jamu. Mereka berpakaian kebaya batik dan menggendong jamu dari rumah ke rumah.
Apabila sudah berhijrah ke Semenanjung, aku hanya mengambil Alfalfa Shaklee yang berfungsi seakan ‘Kacip Fatimah’ iaitu jamu moden buat wanita.
Sangat membantu mengecutkan rahim, mengetatkan kembali otot faraj, mengatasi masalah keputihan, menegangkan payudara dan hal- hal kewanitaan yang lain. Juga bagus untuk menambahkan penghasilan susu.
Jagalah hal kewanitaanmu dengan semampunya. Ini merupakan salah satu punca kebahagiaan rumahtangga jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan