Selasa, 6 Jun 2017

Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam ramadhan ke Sebelas. Sudah dua hari kami bersahur di hujung waktu. Jam sudah menginjak  ke lima suku. Apa lagi, melompat lah dari katil. Alhamdulillah. Sempat jugak bersahur. Jika tidak, lembiklah ibu menyusu ini.




Semalam cerita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik. Sebenarnya, diri ini memang gemar membaca majalah Pa&Ma. Subuh tadi, terdetik mahu membuka majalah itu lagi.

Daripada beberapa banyak naskhah yang ada, tiba- tiba terpilih edisi Jun 2016 yang memang khusus buat Ramadhan tahun lepas. 

Belek- belek, terjumpa artikel mengenai seorang ibu baran yang berusia 34 tahun. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Cepat sangat baran, cepat mengherdik dan memarahi anak walaupun dalam isu- isu yang remeh. Paling sedih, kuat juga memukul.

Satu kejadian kecil berlaku. Si ibu tersentak. Seakan terhenti lakonan jahat yang dimainkan. Segalanya berubah apabila dia ditegur oleh anak kecil berusia 4 tahun. 

Kata anak kecil itu. 

"Dulu, ibu bukan begini."

"Ibu sudah tidak sayangkan adik lagi?"

Allahuakbar. Runtun hati si ibu. 

Terkadang sebenarnya bukan salah mereka. Kita marah kepada orang lain tapi kita melepaskan kepada anak kecil ini. Astaghfirullah hal aziiim. Syaitan apa yang merasuk si ibu.




Merujuk kepada kaunselor tersebut, pengaruh gaya asuhan dan sejarah silam sememangnya akan mempengaruhi pola kehidupan dan personaliti yang kita miliki. 

Menurut Erik Erikson, seorang pakar di dalam perkembangan personaliti, tahun asas pembentukan personaliti individu dibentuk seawal 0 hingga 18 tahun. 

Ini bermakna sepanjang tahun asas ini, anak- anak akan mencerap dengan baik segala pengalaman dan pemerhatian yang dilalui oleh mereka. Umpama 'span' yang menyerap sebanyak air yang boleh diserap.

Justeru, kita sebagai ibu perlu belajar menerima kelemahan diri. Banyakkan berdoa dengan penuh kerendahan hati.

Dua tips untuk menjadi ibu bapa yang hebat ialah :

1. Belajar bersabar


Adalah sesuatu yang normal untuk mengulangi arahan yang sama kepada anak beberapa kali atau menunggu anak untuk respon terhadap arahan yang diberi. Belajar untuk tidak menjadi perfectionist pada anak agar kita dapat menyediakan ruang untuk dia berkembang dan belajar.

2. Belajar untuk menghargai


Gunakan tempoh pembesaran anak sebagai ruang untuk berseronok dan mengembara bersamanya. Hargai dan nikmati setiap apa yang anak kongsikan dengan anda untuk membantu membina keyakinan dirinya.




SubhanAllah. semoga kita akan terus diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik anak- anak kita kelak. Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Rasa dari hati,
ibu 3M


Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini