Jumaat, 14 April 2017

Bagaimana Mengurangkan Kesan Sampingan Rawatan Pesakit Tibi?

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, genap 2 bulan aku menelan ubat Tibi aka Tuberculosis. Ianya lebih dikenali sebagai penyakit batuk kering dikalangan kita

Alhamdulillah. Berakhir sudah fasa Intensif. Maka bermula pula fasa 'Maintenance'.


Ubat pun bertukar. Dua bulan lepas, Dr memberikan preskripsi Akurit-4 iaitu gabungan 4 jenis antibiotik iaitu Rifampin, Ethambutol, Isoniazid dan Pyrazinamide. Tapi semuanya diformulasikan dalam 1 pil sahaja. Alhamdulillah dengan teknologi sekarang. Akurit-4 ni dimakan sebanyak 3 biji setiap hari, sejam sebelum makan. Satu jenis lagi ialah Pyridoxine (B6) satu biji sehari, sejam sebelum makan.



Sebelum rawatan ini bermula, Dr memang sudah berpesan yang aku kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Ini kerana ubat ini mempunyai kesan sampingan yang kuat. Kebanyakan kes berulang adalah disebabkan ketidakpatuhan kepada regimen ubat tersebut.

Di antara kesan sampingan ubat Tibi ialah air kencing bertukar menjadi merah, sakit kepala, loya, mual, cepat letih, kebas, gatal seluruh badan, penglihatan menjadi kabur dan jaundis.

Pada hari pertama makan ubat ni, masa tu masih di dalam wad. Oleh kerana pil tu saiznya agak besar, memang daku tercekik sampai termuntah- muntah. Huhu. Lepas tu, serta merta urin bertukar menjadi merah sehingga ke malam. Sakit kepala bukan kepalang. Loya. Mual. Gatal. Alhamdulillah masih dalam wad. Jadi jawapannya tidur sahaja pada masa itu. Memang tidak larat.

Setelah keluar dari wad, daku terus membeli Vivix secara online. Sebelum ini, memang pernah minum Vivix tapi tidak menjadi amalan.

Itulah orang kata. Sudah terhantuk baru terngadah. Tapi, 'better late than never' bukan? Benarlah kata pepatah, Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Dan benar, selepas 3 hari mengamalkan Vivix di samping rawatan ubat Tibi, Alhamdulillah efek ubat memang berkurangan.

Walaupun masih ada, tapi tidaklah seberapa teruk dari hari pertama. Kawan sepejabat bercerita, Kak Mas kira bersyukur lah sebab ada kes kawan dia punya suami. Suami bawak Uber, dan disahkan dijangkiti Tibi.

Sepanjang mendapat rawatan Tibi, dia hanya terlantar sahaja di rumah dek kerana kesan sampingan daripada ubat tersebut. Ada juga dengar cerita, seorang pegawai kerajaan diberi cuti 6 bulan di sepanjang tempoh rawatan Tibi tersebut.

Syukur dipertemukan dengan Vivix kerana ianya banyak membantu dalam kehidupan seharian. Masih bertenaga dan bersemangat untuk pergi kerja seperti sediakala.

Nasihatku, sentiasalah berhati- hati apabila kita berada di luar. Sebabnya, pelancong dan pendatang asing pun ramai keluar masuk di negara kita. Terutama pabila tempat kerja kita ada pekerja asing.

Jangan lupa menggunakan topeng muka sekiranya sakit atau batuk. Amalkan amalan cuci tangan dengan betul. Patuhi regimen ubat yang diberi oleh Doktor.

Tidak salah mencuba rawatan alternatif, tapi pastikan ianya betul- betul selamat. Alhamdulillah Vivix sememangnya telah menjalani banyak ujian klinikal dan terhasil dari penyelidikan yang utuh. Bahan pun berasaskan bahan semulajadi dan terbukti melalui kajian saintifik dapat bertindak sehingga ke peringkat sel DNA.

Alhamdulillah, setakat ini bukan sahaja diri sendiri yang merasai perubahannya, malah ada rakan lain juga sudah beransur pulih dengan ikhtiar Vivix.

#Testimoni 1: Selera makan dan berat makin bertambah.




#Testimoni 2 : Batuk berdarah sudah tiada.


Apapun, kita berikhtiar, Allah SWT juga yang menentukan. Semuanya atas izinNya jua.

Kalian boleh membaca artikel mengenai penyakit Tibi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di SINI.

Semoga bermanfaat buat kalian.

Salam sayang,

ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat


Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...