Jumaat, 29 September 2017

The Radiant 4 Set Tunaikan Impian Wanita Untuk Tampil Cantik, Menawan Dan Awet Muda

Salam Jumaat kalian

Promosi the radiant 4 set sangat memukau


Jeles tengok ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga punya badan yang kurus, kulit yang sihat dan senantiasa berseri.



Di samping kerja yang tidak pernah akan habis.

Itulah wanita. Kagum dengan ketabahan dan kecekalan kalian.



Jadi seharusnya diri kalian itu dihargai. Cantik itu subjektif. Sihat itu Anugerah.

Jangan lepaskan peluang promosi bulan ini ya yang bakal berakhir esok.

Kerna dirimu begitu BERHARGA❤️

Salam sayang,
ibum3m

Khamis, 28 September 2017

5 Tips Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu Supaya Anak Tidak Kerap Bangun Pada Waktu Malam

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak Muhammad menginjak umur setahun 5 bulan ini, dia kerap bangun malam untuk menyusu. Kebiasaannya, sebelum ini hanya 2 kali sahaja dia bangun untuk menyusu.



Ini menyebabkan si ibu rasa sangat penat, yalah sungguh tidak cukup tidur. Sudahlah kena bangun untuk kerja keesokkan harinya.



Tapi aku perasan yang susu memang drop sejak akhir akhir ini. Mungkin disebabkan hormon ku yang baru mahu stabil. Setelah setahun 5 bulan tidak period sebab menyusukan Muhammad, sahabat karib ini datang menjengah bulan lalu.

Sebelum ini, Mikail dan Maisha pun begitu. Asal saja period kembali, confirm susu akan jatuh. Bangun beberapa kali untuk menyusu malam adalah salah satu tandanya.

Tanpa lengah, masalah ini mesti diatasi segera. Azam di hati mahu menyusukan Muhammad 2 tahun penuh sepertimana Mikail dulu. Jadi, segala usaha untuk menyelesaikan masalah perlulah dengan cepat dan tangkas. Hehehe.

Jadi apa yang ibu lakukan?

1. Minum ESP sebelum tidur malam

Sebelum ini, Mas hanya minum ESP sekali sehari sahaja iaitu sebelum sarapan pagi. Oleh sebab ini, kenalah rajin untuk membancuh ESP pulak pada sebelah malam supaya Muhammad akan cepat rasa kenyang dan kurang terjaga untuk menyusu. 

ESP ini banyak membantu untuk meningkatkan lemak yang ada pada susu supaya bayi cepat kenyang pada waktu malam. Ibu pun dapatlah berehat dengan jayanya. Walaupun tidaklah juga lena tidur sangat tapi sekurang- kurangnya dapatlah memendekkan masa penyusuan.

2. Tingkatkan pengambilan air masak 3 hingga 3.5 liter

Kena banyak minum air masak pada waktu malam. Bangun malam bukan hanya untuk menyusukan malah kena minum air selepas sesi penyusuan malam. 

Yalah, terkadang kita terlalu penat, sehinggakan lupa nak minum air selepas menyusukan anak. Jadi, kenalah rajin ya ibu..

3. Kurangkan makanan pedas

Sangat tidak tahan tapi oleh kerana tidak sangggup mahu bangun malam untuk beberapa kali, jadi ibu kena kurangkan dan berhenti terus untuk makan sambal dan yang pedas pedas.

4. Amalkan penggalak susu iaitu Alfalfa Shaklee

Untuk mempercepatkan penghasilan susu, ibu kenalah rajin makan alfalfa setiap hari sekurang- kurangnya 10 biji sehari. 

Sebab sebelum ini, Mas hanya ambil 3 biji sehari sahaja. Jadi, perlu tingkatkan pengambilan Alfalfa sekarang ke 8 atau 10 biji.

5. Muhammad perlu makan roti sebelum tidur malam

Ini sudah semestinya. Mungkin kalau sudah makan nasi, nak dekat masa tidur bagi lagi makan roti. KahKahKah. 

Muhammad memang sangat kuat makan. Itulah ibu terasa beratnya semakin bertambah sejak akhir akhir ini. Sakit belakang ibu mendukungnya.

JOM usaha! Alhamdulillah 7 bulan lagi ya Muhammad.

BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 27 September 2017

Set Radiant 4 Merubah Wajah Menjadi Lebih Cerah, Berseri Dan Awet Muda

Assalamualaikum

Bersempena dengan promosi The Radiant 4 Set Shaklee bulan ini, kalian akan mendapat e-voucher berjumlah RM60.

Perkongsian ini adalah daripada beberapa pengamal tegar The Radiant 4 Set yang sangat berpuas hati dengan perubahan kulit yang di hadapi.

#Testimoni 1 : Puan Azrina

2014 - hadapi masalah berat badan, kulit kusam

2015 - mempunyai masalah ekzema yg teruk di muka dan tangan ketika hamil anak yg keempat menyebabkan kulit berparut. Berat badan kian bertambah

2016 - mula amalkan ESP, VIT C, GLA COMPLEX & COLLAGEN SHAKLEE utk rawat masalah yg di hadapi

2017 - masalah ekzema semakin berkurangan, kulit semakin lembab, parut makin berkurangan dan dah dpt berat ideal. Yeayy!!!



#Testimoni 2 :


Mengalami masalah jerawat dan kulit yang agak sensitif.

Mula consume esp dgn vita c sejak tahun 2013, time tu rasa kulit lembut je. Then sejak thn 2015 jerawat asyik naik non stop, mgkn sibuk dgn keje kat site.

Wpun jerawat naik silih berganti, kulit maintain lembut dan takde parut2 berkawah yg jadi. Time tu mmg trus je konsisten dgn esp dan vita c. Gla dan collagen pun ambik jugak sekali sekala.

Skrg alhamdulillah, jerawat dah takut nak naik.



#Testimoni 3:


Dahulunya berkulit gelap dan kusam. Kini, kulit bertambah cerah, berseri dan awet muda.


#Testimoni 4:


Dahulunya kulit gelap dan tekstur kulit tidak sekata.
Kini, masalah kulit berkurangan. Sunburn pun cepat hilang.


#Testimoni 5:


Dahulunya kulit lebih gelap berbanding adik beradik yang lain.

Kini, lebih cerah pula dari mereka.



Wah, jeles pulak tengok kesemua jelitawan di atas selepas mengamalkan The Radiant 4 Set ini.


Berminat? Hubungi saja MAS 013.634.1955.


Sedia memberikan konsultasi terbaik buat kalian.


Salam gojes,
ibum3m

Selasa, 26 September 2017

Hamil Anak Pertama Selepas Dua Bulan Mengamalkan Supplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Zuriat permata hati kedua ibu ayah. Saat menanti kehadiranmu, sememangnya sangat menguji iman dan emosi keduanya.

Bermacam usaha dilakukan, segala ikhtiar dilalui hanya untuk mendapatkan kabar gembira buat pengikat kasih dua sejoli.

Perkongsian dari Puan Shima Zainal buat kalian yang inginkan kehadiran si kecil di dalam hidup kalian..




Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin..
Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.Ini cerita kami..
Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu. .
Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. .Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC). .
Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex..
Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain..
Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya. .
Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan..
Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex). .
Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi. .
Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal. .
Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal..
Kami bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami. Namun kami tak pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah, Allah berikan yang terbaik untuk kita..
Sahabat-sahabat semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini, nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti.

Nikmatilah kegembiraan bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa anda..
Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah, rezeki itu milik anda..
Inilah #ShakleeEffect kami.


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi cahaya buat pasangan di luar sana.

Salam sayang,
ibum3m

Isnin, 25 September 2017

Tidak Memakai Sunblock Aka Krim Pelindung UV, Inilah Akibatnya

Assalamualaikum.

Tidak kiralah kalian sesibuk manapun, ada dua perkara yang amat penting yang WAJIB kalian amalkan apabila bercakap mengenai penjagaan wajah.




Dua perkara tersebut ialah pemilihan pencuci muka yang sesuai dan pemakaian pelindung UV atau sunblock mahupun sunscreen.


Kenapa keduanya sangat penting dan jangan dianggap enteng.

Kesannya antaranya ialah:

1. Bakteria akan terperangkap dan menyebabkan jerawat timbul.

2. Pigmentasi akibat dari sinaran UV akan terjadi dan menimbulkan jeragat di wajah.

3. Kulit wajah akan kehilangan 'protective lipid barrier' yang akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan menipis.

4. Kulit akan ke menjadi kering dan lebih ketara kesan penuaan ke atas wajah seperti garis halus di hujung mata dan di bahagian dahi.

Jangan risau sahabatku sekalian.

Belum terlambat lagi untuk kalian mengamalkan The Radiant 4 Set untuk mengembalikan kulit wajah yang SIHAT dan lebih cantik di luar dan dalam.

The Radiant 4 Shaklee ini bertindak melalui 4 cara iaitu:

1. Membina (Build) dan menggantikan sel kulit yang baru melalui ESP (Energizing Soy Protein). 

ESP merupakan sumber protein daripada soya nonGMO berupaya membantu menggantikan sel kulit mati dengan sel kulit yang baru yang lebih sihat.


2. Melindungi (Protect) sel kulit melalui Vitamin C. Vitamin C berupaya melindungi sel kulit dari radikal- radikal bebas yang boleh menyebabkan kesihatan kulit terjejas. 

Kulit akan lebih cerah, bebas dari pelbagai masalah seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan kesan penuaan.

3. Melembap (Moisture) dengan GLA. Mampu melindungi protective lipid barrier dan membantu membran kulit untuk mengikat molekut air dengan lebih kemas. 

Agar kulit tampak lebih terhidrat, berseri dan kekal muda.

4. Menganjalkan (Firm) kulit melalui kolagen semulajadi yang berasaskan dari sisik ikan merah. Molekulnya yang sangat ringan mampu bertindak secara efektif jauh ke dalam kulit untuk memberikan keanjalan kepada wajah kalian. 

Agar wajah kalian nampak lebih muda, tegang dan bebas dari garis- garis halus dan kedutan akibat proses penuaan. Juga membantu mengecilkan pori- pori wajah agar lebih berseri dan glowing.




Wah, ternyata kalian tidak perlu ke spa kecantikan untuk mendapatkan rawatan wajah. 

Kerna wajah impian boleh dimiliki dengan hanya mengamalkan The Radiant 4 Set dari Shaklee ini.




The Radiant 4 Set ini hanya RM 697.70 sahaja beserta pos. Harga yang cukup berbaloi apabila dibandingkan dengan rawatan yang berharga ribuan di spa.







Perlukan konsultasi? 

Hubungi saja Mas ya, 013.634.1955

Jom CANTIK luar dan dalam dengan Radiant 4 Set dari Shaklee. 

Kalian pasti akan rasai perubahannya.

Salam sayang,
ibum3m

Jumaat, 22 September 2017

Testimoni The Radiant 4 Set Dari Shaklee


Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah 1439H

Berikut testimoni pengguna set The Radiant 4 Shaklee.





Selasa, 19 September 2017

Kenapa Segelintir Kaum Ibu Takut Nak Makan GLA Kompleks Shaklee?

Assalamualaikum.

Pelik bukan. Segelintir kaum ibu takut nak amalkan GLA Kompleks Shaklee.

Kenapa?

1. Takut terpregnant tanpa sengaja

GLA vitamin kesuburan buat wanita. Kandungan GLA daripada borage oil ini dikatakan mampu meningkatkan tahap kematangan sel telur (ovum). Ini bermakna ianya lebih bersedia sekiranya ada persenyawaan pada waktu subur wanita.

2. Cepat Datang Haid bagi ibu selepas berpantang

GLA mampu membantu untuk menstabilkan hormon wanita. Ini bermakna sistem pembiakan wanita lebih cepat subur dan kebarangkalian untuk hamil dalammasa terdekat amatlah tinggi.

3. Produksi Susu Merudum

Pabila sudah ter'pregnant' tanpa sengaja, sudah pasti produksi susu akan jatuh menjunam.

4. Pipi Jadi Pinkish, Kulit Senantiasa Lembab


GLA juga mengandungi vitamin E yang membantu mengurangkan parut jerawat. Paling best, pipi menjadi pinkish secara semulajadi tanpa pakai blusher. Wajah lebih berseri, glowing dan lembap sentiasa.


Berani cuba?



Salam sayang,
ibum3m

Isnin, 18 September 2017

Panduan Memilih Pelindung Matahari Atau Suncreen Yang Betul Dan Sesuai

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, muka ini breakout dengan penuh ruam- ruam di muka.


Ini tidak boleh jadi ni. 

Alhamdulillah syukur dapat tengok promo Cleopatra 4+1 di fb Hannan Medispa Shah Alam. Daripada harga RM250, jatuh ke RM99 sahaja sempena Hari Malaysia.


Maka, dengan lajunya aku pm di fb. Katanya 100++ orang terawal komen akan diutamakan.

Alhamdulillah, dapat.


15 September 2017

Kebetulan aku ada temujanji dengan Specialist di DEMC, maka aku pun mengambil kesempatan untuk membuat temujanji facial itu pada pukul 2 petang.


Anak- anak aku tinggalkan di rumah bersama mertuaku. Lepas itu, aku pun pecut ke spa tersebut 5 minit sebelum temujanji.

Pertama, aku di bawa ke Hannan Klinik yang ter letak bersebelahan dengan spa itu juga.

Membuat skin analysis. Dia menerangkan satu persatu masalah kulitku dengan jelas dan terperinci.

Aku memiliki jenis kulit kombinasi. Di zon T kelihatan berminyak manakala di bahagian lain ternyata kering. Maka, disimpulkan kulitku jenis kulit kombinasi.

Masalah utama ialah jeragat dan juga pori- pori yang besar.


Dia bertanya, guna suncreen apa ya? 

Aku pun terus terjelupuk sebab selama 2 tahun ini, aku memang tidak memakai apa- apa suncreen atau sunblock pun. 

Hanya memakai pelembap dan tepek bedak terus. Bedak tu pun kadang pakai kadang tidak.


Jeragat ini sangat banyak di sekitar pipi kedua belah. Menurutnya lagi, jika tidak dijaga, ianya akan bercantum dan menjadi besar. Pigmentasi namanya.

SERAM dengar!!!

Nasihatnya, kalaupun sibuk menguruskan rumahtangga, dua benda penting untuk wajah yang tidak boleh diabaikan ialah :


1. Memilih pencuci muka yang sesuai
2. Memakai sunscreen atau sunblock.

Alhamdulillah sudah bertemu dengan pencuci muka oleh Nutriwhite Shaklee.

Jadi, untuk perkara kedua. 

Mari berkongsi bagaimana untuk memilih suncreen atau sunblock yang terbaik?


🌼 Pilih yang ada perlindungan UVA dan UVB. Penting untuk menyelamatkan kulit dari dua spektrum cahaya untuk elak kanser kulit.

🌼Pemilihan SPF (sun protection factor) bergantung kepada berapa lama kita berada di luar.

Kebiasaannya jika berada beberapa minit sahaja di luar, SPF 15 sudah memadai kerana ianya memberikan 93% perlindungan daripada radiasi UV.

SPF 30 untuk 97% UV radiasi dan SPF 50 untuk 98% perlindungan UV radiasi. Kan tidak banyak beza di situ.

🌼 Untuk kulit yang sensitif, elakkan pelindung UV yang ada pewangi dan pengawet contohnya PABA dan oxybenzone.

🌼Jenis krim atau lotion. Sebaiknya untuk kulit sensitif, gunakan jenis yang lotion.

Jangan guna krim kerana ianya akan menyebabkan 'breakout' kepada kulit. Bentuk gel atau lotion, teksturnya lebih ringan.

🌼 Untuk kulit kering, lebih baik memilih suncreen yang ada pelembap sekali iaitu 'moisturizing suncreen'.

Paling penting, pilih produk yang SELAMAT.

Mesti ada kelulusan FDA (Food Drugs Association)dan juga kelulusan KKM ya 😍

Sharing is loving❤️


Salam sayang,
Ibum3m

Jumaat, 15 September 2017

Jeragat Kurang, Liang pori Mengecil Dan Kulit Lebih Berseri Selepas Sebulan Mengamalkan The Radiant 4 Set dari Shaklee

Assalamualaikum..

Masalah kulit kusam, berjeragat dan garis garis halus sangat menggusarkan kaum wanita. Faktor usia, persekitaran dan tidak ada masa untuk menjaga wajah seringkali menjadi alasan kan?


Termasuklah diriku. Sibuk dengan anak- anak dan suami, sehinggakan terlupa akan penjagaan diri sendiri.

Jangan risau sahabatku sekalian. Masih ada masa lagi untuk memperbaiki semuanya. Better late than never bukan?

Jom lihat testimoni Set The Radiant 4 Shaklee ini. 



Saya adalah pengguna tegar Vivix sejak Mei 2017, dulu pernah juga cuba Vivix, tapi konsisten macam sekarang.

Kesan Vivix kepada kulit saya tidaklah begitu cepat mungkin sebab saya tidak melindungi kulit dengan sun block bila keluar rumah.

ESP dengan Vita C memang supplement harian saya. Dari mula saya bersama Shaklee sampailah sekarang.

Ada jugalah stop setahun dua waktu tidak aktif. Masa itu memang nampak muka kusam, tenaga pun entah ke mana.

Jadi, mula pada bulan Julai saya ambil Collagen pula. Bertekad mau cantik sudah, sebab disangka umur 40an.

Perempuan mana yang tidak suka bercantik? Biarpun saya tidak kisah, tapi untuk suami tercinta mestilah mau cantik kan?

30 Julai 2017, saya ambil gambar ini selepas habis 1 kotak Collagen. Sebelum 30/7/17, pori pori saya lagi besar dari ini. Lagi teruklah pendek kata.

Jadi saya tambah GLA Complex dari saat itu. Secara tidak langsung, saya amal Set The Radiant 4 bermula dari 30/7/2017.
.

Semakin hari, saya sendiri merasakan kulit muka saya semakin baik. Jeragat semakin berkurang.

Dan yang paling saya perasan adalah kulit tidak lagi kusam macam dulu. Belum flawless lagi, tapi nampak perbezaan selepas 1 bulan.
.
Harap testimoni saya ini memberi manfaat kepada yang lain.

Jangan putus harapan, cuba The Radiant 4, pasti ada harapan.

Tidak cuba, janganlah mengharap.
.



Perlu konsultasi dari Mas, hubungi saja ya. 013.634.1955. 

Salam sayang,
Mas

Khamis, 14 September 2017

Perbezaan Kulit Kering Dan Masalah Kulit Dehidrasi

Assalamualaikum 

Selama ini fikir, kalau daku minum air yang mencukupi iaitu 8 gelas sehari, pastinya kulit aku ini akan terjaga kelembapannya dan kekal terhidrat.


Rupanya ramalanku tidak benar.



Menurut Katie Rodan, pakar dermatologi dan penulis buku, 'Write Your Skin a Precription for Change'.

Menurutnya, manusia ini tidak sama macam tumbuhan. Air yang diminum tidak akan sampai terus ke kulit kita. Ianya akan melalui perjalanan yang panjang.

Mengalir ke dalam usus, diserap dalam saluran darah dan ditapis oleh buah pinggang. Selepas itu, barulah masuk ke dalam sel kulit kita.

Aku yang mengajar biologi ni pun boleh pulak ada pikiran yang salah. KahKahKah.

Kenali 5 tanda kulit kita mengalami dehidrasi:

🍁 Kulit terasa gatal dan asyik nak menggaru saja wajah kalian.

🍁 Kulit jadi lebih sensitif dan rasa panas.

🍁 Kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.

🍁 Lingkaran hitam sekitar mata sangat ketara.

🍁 Garis halus yang ketara di hujung mata dan pipi.





Jadi, bagaimana untuk mengekalkan kehidratan kepada kulit? 

Ini tipsnya:




🌸 Amalkan penggunaan krim pelindung UV (sunblock) yang mempunyai sekurang- kurangnya SPF 15.

🌸Amalkan makanan yang mempunyai asid lemak perlu contohnya walnut, flaxseed, ikan salmon dan minyak zaitun. Boleh amalkan supplemen omega-3.

🌸 Amalkan supplemen yang mengandungi minyak borage. iaitu GLA Shaklee. Kajian mendapati seseorang yang mengamalkan supplemen dari minyak borage selama 12 minggu dapat meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kulit kasar.

🌸 Sapu pelembap yang sesuai iaitu satu atau dua kali sehari. Ini bertujuan untuk merawat masalah dehidrasi yang teruk kepada kulit. Pelembap yang bagus kena ada stearic acid (asid lemak baik) emollient ceramides dan cholesterol.

🌸 Jaga pemakanan. Kurangkan makanan berminyak, goreng dan pedas.

🌸 Lakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu selama 30 minit.


"Invest your skin because it will represent you for the rest of your life"


Sharing is loving ❤️


Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 13 September 2017

Kolagen Semulajadi Shaklee Boleh Mengurangkan Masalah Jeragat, Pigmentasi Dan Mengembalikan Keanjalan Kulit

Salam kalian,

Sempena dengan bulan September 2017 ini, Shaklee telah membuat promosi untuk The Radiant 4 Set yang terdiri daripada 4 produk utama iaitu ESP (Build), Vitamin C (Protect), GLA (Moisture) dan Shaklee Collagen Powder (Firm).

Dengan setiap pembelian set ini, kalian bakal mendapat 3 keping e-voucher yang berjumlah RM60 dan hadiah berupa paper beg eksklusif dari Shaklee.

Perkongsian hari ini adalah mengenai Shaklee Collagen Powder yang sangat mengancam dan berkesan buat kulit kalian.

Secara klinikal, kajian menunjukkan apabila seseorang mengamalkan kolagen Shaklee selama 8 minggu secara konsisten, kalian akan mendapat banyak manfaatnya.

Sebanyak 71% peningkatan akan berlaku terhadap tekstur kulit kalian.


✅ Kelembapan kulit meningkat ke 69%

✅ Kelembutan kulit meningkat ke 75%
✅ Kedutan hilang meningkat 80%
✅ Keanjalan kulit akan meningkat ke 90%




Beza kolagen Shaklee dengan kolagen yang ada di pasaran ialah molekulnya yang sangat halus iaitu 1,000 Dalton menjadikannya senang dan cepat meresap ke dalam kulit berbanding dengan kolagen haiwan yang lain.



Satu sachet akan membekalkan 4,000 mg kolagen asli dari sisik ikan merah. Sumber kolagennya adalah yang premium dengan kurangnya pencemaran.

Bukan sahaja itu, terdapat 7 lagi ramuan tambahan di dalamnya termasuklah:

1. Ekstrak biji Camellia Japponica

Terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat. Antioksidan semulajadi dan mampu mengurangkan radikal bebas.

2. Ekstrak pfaffia : 

Dikenali sebagai ginseng Brazil. Berfungsi membantu formulasi kolagen dan asid hyaluronic dengan kemampuan luarbiasa yang mampu mengikat molekul air yang banyak. menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan licin.

3. Ekstrak kerang : 

Glucosamine ekstrak kerang penting di dalam sintesis penghasilan cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi. Menghidrat mata untuk melegakan keselesaan mata. 

4. Vitamin B dan C : 

Menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas. Vitamin B untuk metabolisma karbohidrat, protein dan lemak untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

5. Lactobacillus acidophilus :

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

6. Elastin: 

Memelihara kulit menjadi fleksibel, tegang, anjal dan lebih elastik.

Kesemuanya komponen ini bergabung untuk meningkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan kalian luar dalam.

Pastinya kalian akan tampak lebih muda dan rasa lebih muda. 

Di antara manfaat Shaklee Collagen Powder ialah:

1. Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut. Elak rambut gugur.

2. Membantu kesihatan kuku dengan lebih kuat, mengurangkan bintik putih di kuku dan pangkal kuku akan lebih mengekalkan warna yang sihat.

3. Kulit menjadi lembap dan bertambah baik.

4. Menghilangkan parut dengan cepat.

5. Mengurangkan masalah jeragat.

6. Mengurangkan masalah pigmentasi akibat proses penuaan.

7. Memelihara kekuatan sendi dan tulang.




Jom kita lihat testimoni sahabat yang lain mengenai kolagen.

Bantu mengetatkan liang pori

Klik di SINI untuk testimoni mengenai kolagen Shaklee.

Satu kotak ada 15 sachets. Paket kecil ini sangat mudah dibawa kemana-mana sahaja. Sumber kolagen yang 100% asli, selamat, tidak ada pewarna atau perasa tiruan dan tiada gula. Senang larut dalam air dan boleh dinikmati bersama minuman kegemaran kalian yang lain.

Jangan lepaskan peluang ini ya. Jom borong kolagen asli, semualajadi yang selamat dan terbaik ini.

Salam sayang,
ibum3m

Selasa, 12 September 2017

ESP Bantu Masalah Kerap Lapar, Susu Kurang Dan Letih Buat Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim



Sejak dikurniai tiga orang cahayamata, aku sangat bersyukur. Walaupun terkadang membuatkan ibu terasa tertekan dek kerana tanggungjawab yang menghimpit, mereka datang membawa cahaya kepada kehidupan ku. Alhamdulillah.


Menjadi seorang isteri, ibu bekerjaya dan ibu menyusu dalam masa yang sama bukanlah perkara yang mudah. Tetapi untuk merealisasikannya, rasanya kita wanita dilahirkan dan dijadikan olehNya dengan kekuatan yang entah datang dari mana.


Terkesan dengan rakan sekerja yang sekarang ini tengah berpantang tetapi bayinya di tahan di wad NICU disebabkan saiz bayi yang kecil. Bukan kelahitan pra- matang, tetapi punya masalah saiz bayi yang kecil sebab ibu pun bersaiz yang sama. Sebagai sahabat, hanya dapat menitipkan doa dan kata- kata positif kepadanya.


"Allah bagi ibu rehat sementara luka pembedahan itu sembuh kot. Sementara itu, boleh manja- manja dengan dua anak yang lain sebelum bayi hadir ke rumah." Sama- sama kita doa ya.


Bagi ibu menyusu yang bekerjaya, bekalan stok yang mencukupi adalah merupakan satu kemestian. Persediaan sebelum kembali bekerja memang perlu.

Jika tidak, ini akan menimbulkan tekanan buat si ibu. Teringat lagi kejadian suis deep freezer OFF, habis semua bekalan stok. Nangis pun tak boleh. Terpaksalah bangun malam, buat tandem nursing. Direct bf sebelah, pam susu sebelah.

Belum lagi masalah susu tertumpah selepas mengepam. Lagi haru. Sudahlah stok ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Fuh. Banyak dugaan betul.



Masa inilah, Set Penyusuan Shaklee sangat membantu terutamanya susu soya non GMO yang terdiri daripada 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Maka, ianya perlu dipenuhi dengan mendapatkan sumber dari makanan luar.


Masalah ibu menyusu yang tidak dapat dielakkan ialah lapar memanjang. Diri ini, kalau lapar, mesti terus rasa naik angin. Ada saja yang tidak kena di hati.

Kadang tu kan, sudah makan nasi 3 pinggan, macam tidak kenyang pulak.

Bermula lah episod selepas makan nasi tiga pinggan, bancuh tamar koko dan makan pula roti dua keping. Kadang cecah biskut cream creakers jenama Ping Pong. Sedapnya ya ampun.

Selepas mengamalkan ESP. Tiada sudah habit makan roti lepas makan nasi. Eh biar betul? Bukan tiada, kuraaangg sudah. Kadang- kadang sahaja habit itu boleh datang kembali. KahKahKah.

Walaupun begitu kejadian habitku ini. Tidak pula pandai simpan LEMAK. Hairan.


Rupanya ESP ini punya indeks glisemik yang rendah dimana perlahan- lahan gula atau glukosa dari ESP tersebut ditukar menjadi tenaga.

Alhamdulillah panjang lah sikit rasa kenyang itu dan badan pun senantiasa bertenaga. Kurang rasa letih dan lesu walaupun tidak cukup tidur.

Susu meriah juga adalah bonus buat ibu supaya punya lebih masa untuk berehat pada waktu malam. Terkadang tu, basah lencun miss B, terpaksalah tukar baju.

Alhamdulillah, syukur. Misi tercapai! Dengan adanya ESP, ibu :

✅ Tidak cepat lapar
✅ Senantiasa bertenaga
✅ Susu meriah
✅ Berat badan maintain
✅ Kulit bertambah cerah.
✅ Parut jerawat semakin pudar.

Sayang ESP ❤️Mas sangat rekomen ESP buat semua ibu menyusu seperti kalian. Cubalah, pasti tidak menghampakan. Serious talk.

Inshaa Allah.




"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"

Salam sayang,
Ibu anak tiga
013.634.1955

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...