Selasa, 12 September 2017

ESP Bantu Masalah Kerap Lapar, Susu Kurang Dan Letih Buat Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim



Sejak dikurniai tiga orang cahayamata, aku sangat bersyukur. Walaupun terkadang membuatkan ibu terasa tertekan dek kerana tanggungjawab yang menghimpit, mereka datang membawa cahaya kepada kehidupan ku. Alhamdulillah.


Menjadi seorang isteri, ibu bekerjaya dan ibu menyusu dalam masa yang sama bukanlah perkara yang mudah. Tetapi untuk merealisasikannya, rasanya kita wanita dilahirkan dan dijadikan olehNya dengan kekuatan yang entah datang dari mana.


Terkesan dengan rakan sekerja yang sekarang ini tengah berpantang tetapi bayinya di tahan di wad NICU disebabkan saiz bayi yang kecil. Bukan kelahitan pra- matang, tetapi punya masalah saiz bayi yang kecil sebab ibu pun bersaiz yang sama. Sebagai sahabat, hanya dapat menitipkan doa dan kata- kata positif kepadanya.


"Allah bagi ibu rehat sementara luka pembedahan itu sembuh kot. Sementara itu, boleh manja- manja dengan dua anak yang lain sebelum bayi hadir ke rumah." Sama- sama kita doa ya.


Bagi ibu menyusu yang bekerjaya, bekalan stok yang mencukupi adalah merupakan satu kemestian. Persediaan sebelum kembali bekerja memang perlu.

Jika tidak, ini akan menimbulkan tekanan buat si ibu. Teringat lagi kejadian suis deep freezer OFF, habis semua bekalan stok. Nangis pun tak boleh. Terpaksalah bangun malam, buat tandem nursing. Direct bf sebelah, pam susu sebelah.

Belum lagi masalah susu tertumpah selepas mengepam. Lagi haru. Sudahlah stok ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Fuh. Banyak dugaan betul.



Masa inilah, Set Penyusuan Shaklee sangat membantu terutamanya susu soya non GMO yang terdiri daripada 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Maka, ianya perlu dipenuhi dengan mendapatkan sumber dari makanan luar.


Masalah ibu menyusu yang tidak dapat dielakkan ialah lapar memanjang. Diri ini, kalau lapar, mesti terus rasa naik angin. Ada saja yang tidak kena di hati.

Kadang tu kan, sudah makan nasi 3 pinggan, macam tidak kenyang pulak.

Bermula lah episod selepas makan nasi tiga pinggan, bancuh tamar koko dan makan pula roti dua keping. Kadang cecah biskut cream creakers jenama Ping Pong. Sedapnya ya ampun.

Selepas mengamalkan ESP. Tiada sudah habit makan roti lepas makan nasi. Eh biar betul? Bukan tiada, kuraaangg sudah. Kadang- kadang sahaja habit itu boleh datang kembali. KahKahKah.

Walaupun begitu kejadian habitku ini. Tidak pula pandai simpan LEMAK. Hairan.


Rupanya ESP ini punya indeks glisemik yang rendah dimana perlahan- lahan gula atau glukosa dari ESP tersebut ditukar menjadi tenaga.

Alhamdulillah panjang lah sikit rasa kenyang itu dan badan pun senantiasa bertenaga. Kurang rasa letih dan lesu walaupun tidak cukup tidur.

Susu meriah juga adalah bonus buat ibu supaya punya lebih masa untuk berehat pada waktu malam. Terkadang tu, basah lencun miss B, terpaksalah tukar baju.

Alhamdulillah, syukur. Misi tercapai! Dengan adanya ESP, ibu :

✅ Tidak cepat lapar
✅ Senantiasa bertenaga
✅ Susu meriah
✅ Berat badan maintain
✅ Kulit bertambah cerah.
✅ Parut jerawat semakin pudar.

Sayang ESP ❤️Mas sangat rekomen ESP buat semua ibu menyusu seperti kalian. Cubalah, pasti tidak menghampakan. Serious talk.

Inshaa Allah.




"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"

Salam sayang,
Ibu anak tiga
013.634.1955

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...