Assalamualaikum
Selama ini fikir, kalau daku minum air yang mencukupi iaitu 8 gelas sehari, pastinya kulit aku ini akan terjaga kelembapannya dan kekal terhidrat.
Rupanya ramalanku tidak benar.
Menurut Katie Rodan, pakar dermatologi dan penulis buku, 'Write Your Skin a Precription for Change'.
Menurutnya, manusia ini tidak sama macam tumbuhan. Air yang diminum tidak akan sampai terus ke kulit kita. Ianya akan melalui perjalanan yang panjang.
Mengalir ke dalam usus, diserap dalam saluran darah dan ditapis oleh buah pinggang. Selepas itu, barulah masuk ke dalam sel kulit kita.
Aku yang mengajar biologi ni pun boleh pulak ada pikiran yang salah. KahKahKah.
Kenali 5 tanda kulit kita mengalami dehidrasi:
π Kulit terasa gatal dan asyik nak menggaru saja wajah kalian.
π Kulit jadi lebih sensitif dan rasa panas.
π Kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
π Lingkaran hitam sekitar mata sangat ketara.
π Garis halus yang ketara di hujung mata dan pipi.
Jadi, bagaimana untuk mengekalkan kehidratan kepada kulit?
Ini tipsnya:
πΈ Amalkan penggunaan krim pelindung UV (sunblock) yang mempunyai sekurang- kurangnya SPF 15.
πΈAmalkan makanan yang mempunyai asid lemak perlu contohnya walnut, flaxseed, ikan salmon dan minyak zaitun. Boleh amalkan supplemen omega-3.
πΈ Amalkan supplemen yang mengandungi minyak borage. iaitu GLA Shaklee. Kajian mendapati seseorang yang mengamalkan supplemen dari minyak borage selama 12 minggu dapat meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kulit kasar.
πΈ Sapu pelembap yang sesuai iaitu satu atau dua kali sehari. Ini bertujuan untuk merawat masalah dehidrasi yang teruk kepada kulit. Pelembap yang bagus kena ada stearic acid (asid lemak baik) emollient ceramides dan cholesterol.
πΈ Jaga pemakanan. Kurangkan makanan berminyak, goreng dan pedas.
πΈ Lakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu selama 30 minit.
"Invest your skin because it will represent you for the rest of your life"
Sharing is loving ❤️
Salam sayang,
ibum3m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan