Isnin, 11 September 2017

The Radiant 4 Shaklee Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Berseri Dari Segi Luaran Dan Dalaman

Assalamualaikum wrb. wbt.

Teruja mahu berkongsi mengenai The Radiant 4 Set dari Shaklee ini. Walaupun ianya bukanlah produk terbaru, tetapi cukup mengujakan buat semua golongan khususnya para wanita di luar sana.


Sejujurnya Mas telah mencuba keempat- empat produk ini. Serious talk. Memang berkesan sangat- sangat. 

Perubahan paling ketara ialah kulit bertambah cerah, masalah kulit sensitif yang Mas hadapi berkurangan, parut jerawat mula pudar dan paling seronok, jerawat pasir di dahi Mas yang sudah bertahun- tahun lamanya semakin hilang. Syukur.

Untuk pengetahuan The Radiant 4 ini terdiri daripada 4 produk yang setiap satunya berfungsi untuk membantu melindungi, melembapkan, membina dan sekaligus menganjalkan kulit kalian.

1. ESP (Energizing Soy Protein) : Membina Sel Kulit

Sumber dari soya Non GMO ini mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.

Manfaat utama adalah sebagai agen awet muda yang penting untuk membina kulit, kuku dan organ yang lain. Membantu merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, agen anti- penuaan, mengembalikan radian kepada kulit dan mengurangkan parut jerawat.


2. Vitamin C : Melindungi Kulit

Dicipta melalui sains pembebasan masa dan memberikan sumber vitamin C semulajadi yang berterusan buat kulit kalian.

Berfungsi untuk membantu dalam pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit, mencerah, melambatkan proses penuaan dan membantu menyekat pembentukan pigmentasi.


3. GLA : Kelembapan Kulit

Diekstrak daripada borage seed dan digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E.


Berfungsi untuk mengawalselia hormon, mengurangkan inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, alergi, kegatalan dan bintik penuaan. Juga membantu memperbaiki tekstur rambut.


4. Shaklee Collagen Powder : Keanjalan Kulit

Supplemen kolagen yang unggul mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (sisik ikan merah) yang tulen dan bermutu tinggi.

Diadun dengan tambahan 7 ramuan utama termasuklah ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B.



Semua 7 ramuan ini berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan kulit dari luar dan dalam. Membuatkan kulit tampak lebih muda dan rasa lebih muda. Baik untuk memelihara keanjalan kulit.


BONUS!

Kalian akan mendapat e-voucher sebanyak RM60 dan paper bag eksklusif dari Shaklee sekiranya kalian memiliki The Radiant 4 set ini sekarang.

Jangan lepaskan peluang untuk promosi hebat September 2017 ini!

Hubungi saja, MAS 013-6341955 untuk konsultasi.

Salam sayang,
ibum3m

1 ulasan:

atiehilmi.com berkata...

wah !! best ni.. memang nak kena tambah stok.. kebetulan sangat haa..

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...