Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelang iaitu lebih kurang 15 hari lagi dari sekarang. Stok susu pun sudah mula berkurang dan ibum2m tetap gigih untuk cuba beberapa teknik memperbanyakkan penghasilan susu. Mungkin disebabkan faktor stress, penat di tempat kerja dan jadual pam yang tidak menentu menyebabkan penghasilan susu sedikit berkurang...huhu.
Tapi apapun, kita MESTI POSITIF dan cakap dengan diri kita, "SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAKKU" berulang- ulang kali.. Insya Allah Dia akan permudahkan perjalanan penyusuan kita..
Satu teknik yang setiap ibu MESTI tahu dalam penyusuan adalah teknik Power Pumping.
Apa itu teknik Power Pumping (PP)?
Teknik PP adalah teknik mimik yang menyerupai kekerapan bayi menyusu sepanjang bersama ibu dengan menggunakan pam susu.
Bagaimana caranya?
1. Pam 20 minit
2. Rehat 10 minit
3. Pam 10 minit
4. Rehat 10 minit
(begitulah seterusnya selama SATU (1) jam)
Bila masa yang sesuai buat PP?
Bergantung pada keselesaan. Ada ibu yang selesa membuatnya pada waktu malam atau awal pagi selepas subuh. Kebiasaannya lebih bagus kalau ianya dilaksanakan di antara jam 12 tengah malam sehingga sebelum subuh kerana keadaan si ibu lebih rileks pada masa ini. Tapi, terpulang kepada individu masing- masing.
Alternatif lain?
Kebiasaannya kita akan stress kan kalau melihat jam untuk melaksanakan PP ni, jadi apa kata kita buat time menonton tv ka, sambil- sambil dengar lagu ka..Sebagai contoh:
1. Menonton rancangan kegemaran di tv, pam setiap kali iklan, rest semasa rancangan.
2. Menonton filem, pam satu scene, rest satu scene dan berikutnya.
3. Mendengar muzik, pam 2 lagu, rest 2 lagu, dan berikutnya.
4. Membaca buku, pam 4 mukasurat, rest 4 mukasurat seterusnya.
Berapa kerap kena buat PP?
Kebiasaannya ibu boleh membuat PP 3 kali seminggu atau setiap hujung minggu iaitu 2 kali seminggu. Akan tetapi, sebagai permulaan, ibu dinasihatkan memilih waktu sejam sebaiknya untuk 3 hari berturut- turut bagi minggu pertama.
Bila akan terlihat kesannya?
Mungkin dalam masa 48 jam selepas PP atau ada ibu yang hanya akan melihat kesannya selepas 1 minggu.
Jom sama- sama kita buat PP duhai ibu yang kental!!!
'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'
'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'
Love,
ibum2m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan