Aku Yang Sekarang, Bukanlah Yang Dulu

Aku yang dulu, sememangnya lain dari sekarang..huaa macam lagu Tegar tapi cuma versinya yang agak terbalik bukan?

Assalamualaikum semua, salam pagi yang begitu indah..lama tidak mencoret di blog ini, sunyi rasanya..



Sebenarnya sudah 3 bulan lebih menjalani hidup sebagai seorang isteri, Ibu, pensyarah dan kembali sebagai seorang pelajar. Rasanya ramai jugak Ibu- Ibu yang kembali belajar setelah berkahwin bukan? Tapi ibum2m hanya ingin berkongsi pengalaman sahaja di coretan ini..

Pengorbanan ini sememangnya bukan jalan mudah. Tiada jalan mudah untuk lebih berjaya sebenarnya. Akan tetapi, pengakhirannya Insya Allah berbaloi jika niat kita ikhlas buat orang- orang tersayang.

Percaya pada diri, ikhtiar semampu mungkin dan letakkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah, Insya Allah Dia sentiasa mendengar dan membantu kita. 

Aku Ibu yang kuat! Aku boleh melakukannya! Aku ingin berjaya!

Alhamdulillah, sedar tidak sedar, Mikail sudah berjaya ibum2m eksklusif kan penyusuan sehingga 1tahun 3bulan. Ada lebih kurang 11 bulan saja lagi untuk ke 2 tahun kelahirannya..

Sesungguhnya perjuangan kita memang tidak pernah terhenti! Dan ketahuilah, di saat kita memerlukan kekuatan, Dia sentiasa di sisi..Insya Allah..

Ikhlas dari hati, 
Ibum2m

Ulasan

Catatan Popular