Selasa, 23 Jun 2015

Kisah Inspirasi Terhebat Buat Wanita Menyusu Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..


Buat ibu- ibu menyusu di luar sana, kuatkan semangat, in shaa Allah kita boleh! Di sini ibum2m kongsikan kisah inspirasi buat semua dengan harapan dapat menaikkan lagi semangat kita para ibu menyusu di luar sana.. Aamiin..

 
 
Salam buat semua..
 
Saya mulakan dari mula perkenalan dengan suami ya..
 
Berkenalan dengan dia sewaktu universiti, bertembung di Masjid Shah Alam, dia diluar pagar waktu terawih. dan saya seperti kenal terus menegur, " Kenapa tak masuk?" jawapan dia "Maaf ya, saya bukan Islam tapi hati saya sangat sejuk dan tenang dengan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran". Semakin rapat hanya kerana beliau ingin mendalami Islam dan memeluk Islam pada Januari 2006 dengan nama Abdul Ra'uf Calgary Abdullah (bangsa Iban).
 
Kami berkahwin pada 20/08/2008, mendapat tentangan hebat dari keluarganya kerana mereka menyalahkan saya, dia memeluk Islam dan perkahwinan kami menyebabkan ibunya terus membuangnya sebagai anak. Saya hamil setahun kemudian tetapi gugur pada 15 minggu dan hamil anak kedua (Adam Darwisy) pada tahun 2010.
 
Adam dilahirkan pada 03 Disember 2010 pada minggu 34 dengan berat 1.58kg. Adam warded NICU untuk 29 hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan sepanjnag di hospital, keluarga mertua langsung tidak mengjenguk kami atau mengambil tahu tentang kami, seolah- olah kami tidak wujud. Suami amat menggalakkan breastfeeding walaupun saya memang tak mahu, tapi suami berkeras kerana baginya kasih sayang ibu tergambar dalam setiap titisan air susu ibu (seperti ibunya yang menyusukannya selama 3 tahun).
 
Hidup kami sangat bahagia sampai 1 hari, Allah telah mengambil dia disebabkan kemalangan pada 7 Jun 2010. Sampai ke hari ini, saya masih tidak percaya arwah telah pergi meninggalkan saya dan Adam. Saya terus berhenti kerja notis 24jam bawa Adam ke kampung saya di Taiping, Perak. Saya akui saya sangat lemah, tanggungjawab saya pada Adam saya abaikan, saya jadi tidak terurus lepas arwah pergi. Namun, satu- satunya perkara yang tetap saya buat ialah MENYUSUKAN Adam. Saya ingat pesan arwah "Abi nak anak abi cantik, pandai dan beriman kerana minum susu ibu".
 
Rupanya pesanan arwah itu banyak manfaatnya pada saya. Memang saya akui lepas arwah meninggal, saya banyak berkurung dan menangis. Tapi setiap kali menyusukan Adam, macam ada KEKUATAN yang disalurkan dari Adam pada saya. Terasa dekat di hati menusuk dan saya rasa kuat untuk terus tabah dan hadapi hidup ini. Even parents saya pun terkejut dengan perubahan saya bila saya cakap saya nak kerja semula.
 
Saya sendiri tak tahu nak menyusun kata- kata atau nak mengungkap bahasa yang indah- indah tapi itulah kurniaan Allah melalui air susu ibu. Saya  berharap agar cerita saya dapat memberi galakan dan semangat pada ibu- ibu lain kerana hikmah dan anugerah Allah berikan ini bukan sekadar mengenyangkan,  membesarkan malahan LEBIH dari apa yang kita jangkaukan..
 
SubhanAllah..
 
Dipetik daripada "Buku Inspirasi Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" 
 
 
Salam Sayang,
ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...