Khamis, 10 Ogos 2017

Stress Penyebab Wanita Jadi Cepat Dan Mudah Gemuk Berbanding Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim

"According to a 2006 survey by the American Psychological Association, women are more affected by stress than men and report engaging in unhealthy behaviors such as comfort eating, poor diet choices, smoking, and inactivity to help deal with stress. The same survey showed women report feeling the effects of stress on their physical health more than men."

"Stress contributes to poor sleep habits which in turn can contribute to emotional issues, job issues and weight gain."

Link info boleh baca kat SINI ya.


Kata lain, wanita lebih cenderung mengalami tekanan dari pihak lelaki. Lagi menyeramkan, kesan daripada tekanan tersebut boleh mengurangkan tahap kesihatan wanita dari segi fizikalnya malah ianya salah satu faktor penyumbang kepada BERAT BADAN MENINGKAT! Oh NO!

Bahaya tekanan aka 'stress' ni adalah dari segi tindakbalasnya. Dikaitkan dengan tindak balas "fight or flight" response. Semacam kau dikejar anjing gila dua puluh ekor. 

Kau perlukan LEBIH tenaga, kelajuan dan konsentrasi yang penuh untuk melepaskan diri dari digigit anjing gilak itu.

Kesan lepas dikejar anjing, kecut perut, denyutan jantung meningkat, tekanan darah naik, sakit kaki otot dan lapar pun ada bukan? 

Sebabnya: Segala sistem badan kau akan bertindak seGIGIH dan seKUATnya, lebih dari kemampuan badan itu sendiri.

Lama- kelamaan, efeknya akan menyebabkan imun sistem badan jadi lemah dan kau SERING JATUH SAKIT. Kalau sakit, macam mana mau jadi SuperMom dengan kerja yang 24/7 tidak pandai abis itu?

Jadi, tindakan kita mestilah BIJAK menangani tekanan katanya.

1. Kenali punca yang boleh menyebabkan stress. Belajar untuk menjauhi punca tersebut atau menanganinya dengan cara yang betul.

2. Pilih satu masa antara 10 hingga 30 minit sehari sebagai 'down-time' untuk tidak membuat apa- apa kerja. Hanya duduk dan bernafas sedalam-dalamnya. Rileks.

3. Makan makanan berkhasiat.

4. Tidur secukupnya. Elakkan minuman berkafein, air gas sebelum tidur. Wujudkan suasana tidur yang lebih baik, gelap, sejuk dan cadar yang wangi pun best jugak kan.

5. Bersenam setiap hari walaupun 10- 20 minit sehari.

6. Amalkan SUPPLEMEN yang boleh membekalkan 21 nutrisi yang diperlukan oleh badan termasuklah multivitamin, vitamin B, vitamin antioksida (A,C,E), omega-3, kalsium, magnesium dan sebagainya.

Paling penting, jaga DIRI SENDIRI dulu untuk jaga orang di sekeliling. Usah jadi lilin yang membakar dan akhirnya makan diri sendiri.

Utamakan yang utama, bahagikan kerja/ tanggungjawab dengan pasangan, makan sihat, kekal aktif dan amalkan supplemen. 

Jangan lupa SENYUM selalu ya!

**Hugs untuk semua SUPERMOM seperti kalian. 😍


Salam sayang,
SuperMOM anak TIGA !

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...