Rabu, 31 Mei 2017

Sanah Helwah Adik Yang Ke Sembilan

Assalamualaikum

Dilahirkan dalam keluarga yang ramai amat cukup membuatkan aku rasa bersyukur.


Kami diajar erti berkongsi, memahami antara satu sama lain, tolong menolong serta bertolak ansur dalam urusan adik beradik.

Diberi tanggungjawab dari kecil untuk berlatih menjaga adik yang lebih muda. Kasih sayang sama rata, di layan dengan adil dan tidak di beza bezakan antara setiap beradik.

Terima kasih bapak! Terima kasih ibu!

Sanah helwah buat adikku Nur Salwani Abdul. Semoga senantiasa dalam lindunganNya. Ingat pesan orang tua kita. Taat perintahNya. Cepat - cepat dapat jodoh ya. Aamiin.

Sayang Iba duniya wal akhirah.❤️

Selasa, 30 Mei 2017

Ramadhan ke 4

Salam Ramadhan ke 4


Pagi ibu temankan Muhammad check up di PPUM.

Petang pulak ke Klinik Kesihatan Ibu Anak di Seksyen7, Shah Alam.

Terlupa bawa carrier dan stroller. Bertabahlah ibu mendukung nya yang seberat 8.4kg panjang 68.9 itu. Lincah dan aktif bukan main.

Balik ibu terus flat. Telan Ostematriks yang bakal ada esok. Limit seorang SID boleh order 10 botol saja.

Jika kalian mahu hilangkan rasa sakit belakang dan lenguh lenguh badan, sila lah order ini. Sembelit, cuba Ostematriks!

Hubungi saja, Kak Mas 013-6341955 ya.

Salam untuk semua.









Isnin, 29 Mei 2017

Misi Berbuka Puasa Di Surau Seksyen 7, Shah Alam

Salam ramadhan ke dua..

Wah hari ke dua da. Tidak sedar kan? Masih ok ibu ibu sekalian? Letih memasak ya?



Ramadhan kali ini ada misi tersendiri. Misi berbuka di masjid dekat rumah. Kemarin makan dalam talam. 4 orang satu talam. Menu best. Nasi briyani kambing. Ada lauk ayam masak merah juga.



Maisha pun berselera makan. Mokcik bagi kambing lebih untuk dia. Sayang betul dorang dengan Maisha. 'Takpa, takpa, biar dia makan' katanya.

Si ibu pula. Sambil habiskan nasi sendiri, sambil menyuap Muhammad. Jiran sebelah offer nasi tambah sebab tidak habis. Si ibu pun tersipu cakap, 'Ya, boleh.' Ibu menyusu mana yang tidak tinggi selera makannya bukan?


Oh bisa saja dihabiskan. Rezeki jangan ditolak,musuh jangan sekali kali di cari. Tidak ramai juga yang berbuka di masjid.


Sebab budak sekolah cuti, pelajar UiTM pun tiada.


Kurang persaingan dalam berbuka. Memang rezeki. Apapun, jika lebih ramai, lagi meriah bukan?

Buat ibu menyusu, ibu hamil dan ibu sahabatku sekalian, sekiranya tidak larat berpuasa. Jom lah cuba Set Mighty 3 Gems yang terdiri dari Performance Drink, ESP dan Mealshake.

Akan rasa lebih bertenaga, susu badan pun tidak merundum, tidak mudah lapar dan letih. Kalau kalian ada gastrik, inshaa Allah hilang gastrik tu sebab protein yang terkandung dalam ESP, minuman perisa vanila berunsurkan nonGMO soya. Laku keras. Serius. Bulan lalu, kurang dari 2 jam order online dibuka, terus stok habis satu Malaya. 

Tambahan lagi, ESP untuk kulit cantik, putih berseri di lebaran ini. Suka ibu menyusu dan hamil bisa jadi gojes, flawless dan berseri- seri gitew.

Performance Drink pula minuman elektrolit yang akan memastikan kalian kekal terhidrat. Tidaklah rasa cepat dahaga. Rasa lebih bertenaga tau.

Melashake pula lengkapkan kita dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan kita kekal sihat. Tak mau lemau lemau dah.







Nak dapatkan Set Mighty 3 Gems, hubungi kak Mas ya, 013.634.1955.

Salam Sayang.
ibum3m



Sabtu, 27 Mei 2017

Salam Satu Ramadhan Yang Barakah

Salam Ramadhan Kareem.


Dia datang lagi. Syukur Ya Allah Kau pertemukan lagi diri ini dengan bulan yang penuh kerahmatan. 

Hari ini umat Islam sudah mula berpuasa di Malaysia. Terasa kemeriahan bermula. Mari kita tanam azam untuk tambahkan lagi amalan kita lebih baik dari Ramadhan lepas.

Jangan lupa niat puasa.






Semoga bermanfaat. 

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 24 Mei 2017

Supplemen Untuk Jemaah Yang Bakal Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Semalam, ada acara di sekolah Maisha iaitu di Yayasan Restu, Shah Alam. Usrah Mahabbah ini merupakan hari pembahagian rekod kemajuan buat anak- anak Restukids. 

Oleh kerana incik asben tidak dapat cuti, makan ibu, Mak Tok, Mikail dan Muhammad datang untuk usrah ini.

Comel semuanya anak- anak Restukids dengan pakaian jubah, baju kurung dan baju melayu. Siap bertudung dan sampin lagi. Rasa macam mahu sambut Hari Raya. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan 3 buah lagu. 

Lagu inilah yang Maisha dok ulang- ulang sampaikan berdesing telinga ibu mendengarnya. Happy betul dia sebab pertama kali buat persembahan. Maisha bab nyanyi ni memang nombor satu. Sebijik ibunya. Kehkeh.




Usai bertemu guru. Kami terus ke butik Siti Khadijah di seksyen 13. Sebetulnya, mertua akan berangkat ke Mekah 19hb Mei untuk berpuasa dan terus menyambut Lebaran di sana. Mengikuti pakej Andalusia Travel dalam lebih kurang RM 6000 untuk seorang. 

Jadi, pergi ke Butik Siti Khadijah untuk membeli kasut umrah dan telekung. Telekung bukan untuknya, tapi untuk Kak Mas. Alhamdulillah. Hadiah Birthday katanya. Terima kasih MAMA!

Bagus tudung ni. Kak Mas pilih yang denim travel warna biru. Harga RM110. Kain sangat sejuk dan best. Ringan dan senang untuk bawa jenjalan. Namanya pun telekung travel kan. Balik rumah terus pakai untuk solat Zuhur.

Hari tu sudah bincang dengan Mama, supplemen apa yang perlu dibawa untuk dia mengerjakan umrah di sana. Ini senarai yang Kak Mas kira wajib dibawa buat Mama nanti.

1. ESP

Oleh kerana dorang tidak akan balik lagi ke hotel selepas Asar dan Maghrib. Jadi, mereka dinasihakan membawa biskut atau roti untuk 'lapik perut' sebelum menunggu Isyak. Mertua kata, biskut mesti tak lepas ni, takut terketar- ketar pulak kelaparan nanti. Maka, Kak Mas cadangkan membawa ESP. Bagus untuk lapik perut dan tahan lapar lebih lama sebelum makan makanan berat nanti. 

Bagus juga untuk Mama, pesakit Diabetes kerana ESP punya indeks Glisemik yang rendah, bermaksud glukosa yang ditukarkan kepada bentuk tenaga akan diserap masuk dalam darah secara perlahan- lahan supaya kita sentiasa lebih bertenaga dan terasa kenyang lebih lama.

2. Vitamin B


Mama selalu cakap dia terasa kebas- kebas di hujung jari tangan dan kaki. Kebiasaannya, begitulah simptom pesakit kencing manis. Inshaa Allah makan vitamin B Mama cakap boleh kurangkan kesan itu.Vitamin B sangat bagus untuk kesihatan saraf di dalam badan kita.


3. Ostematriks.

Ini wajib untuk hilangkan lenguh- lenguh badan, sakit belakang dan sakit lutut yang biasa Mama alami. Sebiji kapsul kalsium ini mengandungi 120mg kalsium dan perlu dimakan 4 biji bagi memenuhi keperluan kalsium seharian. Supaya lebih segar dan fokus untuk menjalani ibadah. Selain itu, magnesium yang terdapat di dalam nya membantu penyerapan kalsium yang lebih efektif ke dalam tulang. Bantu untuk elak sembelit juga.

4. Nutriferon

Bagus untuk meningkatkan imun sistem. Nutriferon kak Mas bekalkan supaya Mama kekal sihat. Tidak mudah diserang demam, selesema dan batuk- batuk semasa di sana.

5. Vivix

Bagus untuk tenaga dan sakit lutut Mama. Alhamdulillah katanya lepas minum Vivix, kuranglah sudah sakit lututnya. Bacaan gula pun Alhamdulillah lebih stabil. Setiap pagi, Mama akan periksa sendiri bacaan gulanya, kita 'self-monitoring' lah. Vivix memang bagus untuk menyokong kesihatan sendi. Kandungan resveratrol di dalamnya juga bagus untuk menolong menstabilkan paras glukosa dalam darah.


Seronoknya dapat menjalankan ibadah berpuasa dan menyambut 1 Syawal di Mekah kan? Kak Mas hanya mengirimkan doa supaya kami sekeluarga dapat menunaikan umrah satu hari nanti. Belum ada rezeki lagi untuk ke sana. 

In shaa Allah akan lebih berusaha untuk penuhkan tabung umrah. Doakan ya kalian. Terima kasih. 

Ingin mendapatkan Set Umrah seperti di atas, hubungi Kak Mas 013.634.1955.

Konsultasi terbaik buat kalian. 

Semoga bermanfaat.

ibum3m

Selasa, 23 Mei 2017

Doktor Arahkan Teruskan Amal Supplemen Shaklee Untuk Turunkan Bacaan Kolesterol

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam hari kedua dalam minggu ni. Bercerita dengan ofismate, dia risaukan suaminya. Haritu pergi ke klinik, bacaan kolesterol suami tinggi. Melihat dari luaran, incik suaminya tu kurus saja. Tapi tidak sangka, tinggi pulak bacaan kolesterol.

Doktor nasihatkan suaminya menjaga pemakanan dan bersenam. Dalam sebulan lagi datang kembali untuk pemeriksaan kolesterol tersebut.

Terus teringat satu kisah yang sama.

Perkongsian ini adalah daripada PN. NOOR AZMIAH & EN. HUZAIR mengenai pengambilan Set Kolesterol. Jom baca.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee..Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan produk shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tapi mmg main2 shj...sehari makan...sehari tak...kadang2 seminggu xmakan...org kata mmg tak bersungguh langsung...sampai akhirnya produk expired dan dimakan tikus, tikus pun tahu pilih produk yg natural...lawak pun ada. Tapi, sampai satu hari...saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee ni....Kisahnya bermula apabila suami saya, disahkan kadar kolesterol dalam darahnya terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5)....bacaan hati atau Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan risiko tinggi utk serangan jantung atau strok. Masa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM) mmg doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan minta refer ke hospital. Tapi, suami minta utk tangguhkan sebulan sbb suami seboleh2 tak mahu bergantung pada ubat ubatan dr hospital. Masa tu mmg risau sgt....Sebelum membuat pemeriksaan suami saya mmg hadapi sakit sakit badan, lesu dan kalau lihat raut wajah pun tak ceria. Saya memulakan misi google mencari produk Shaklee utk kolesterol...beli dan terus jadi ahli. Maka sejak dr hari pertama terima produk itu, dengan konsistan makan set kolesterol terdiri dr Omega, lecithin, garlic dan saya add on Alfalfa sekali makan berdua (walaupun saya xde buat pemeriksaan tapi pemakanan kami sudah tentu sama) jadi saya pun makan sama....Genap 1 bulan suami ulang buat pemeriksaan darah semula mmg agak berdebar juga sbb takut kena telan ubat klinik setiap hari...But, Amazing! Its really works! Kolesterol dr bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tapi separuh dr bacaan pertama....Alt atau liver function pula...turun kepada 43...hampir juga keparas normal...dan doktor sangat kagum dengan keputusan itu...gembira sangat bila doktor minta suami teruskan makan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan pemakanan sihat dan supplemen Shaklee..Waktu suami saya buat pemeriksaan kedua saya tak turut serta. Disebabkan gembira...suami siap minta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk tunjuk pada saya. Keratan kertas tu saya sertakan dibawah..Sejak hari itu kami mmg yakin produk Shaklee bukan sebarangan. Ia benar benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga kehari ini kami berdua masih terus consistant mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah.



Syukurlah. Beliau tidak bergantung kepada ubat hospital untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan. Paling best sebab doktor sarankan untuk amalkan sahaja produk Shaklee bagi menstabilkan paras kolesterol tersebut.


Sudah tentu lah pilihan yang bijak sebab memilih supplemen terbaik yang semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. Sudah menjalani pelbagai ujian klinikal tau, lebih lebih lagi kukuh dengan Landmark Study yang tiada bandingannya dengan supplemen lain.

Kalian bagaimana? Jangan mudah terpengaruh ya dengan iklan di luar sana. Pilih dengan bijak kerana nyawa hanya ada SATU saja! Seram ahkak.

Inginkan konsultasi mengenai SET KOLESTEROL ini, hubungi Kak Mas 013.634.1955 ya. Inshaa Allah konsultasi terbaik buat kalian.

Salam sejahtera.

Isnin, 22 Mei 2017

Tips Susu Cukup Buat Ibu Menyusu Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Tutup mata buka mata tutup mata buka mata. Konon mahu cakap pejam celik pejam celik dalam slang Sabah konon. Kehkeh.

Sekejap sungguh masa berlalu. Tup tup sudah kurang lima hari untuk kita menyambut Ramadhan. Mudahan kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Aamiin.

Ibu menyusu sekalian, sudahkah kalian bersedia? Mesti ada yang risau sekiranya susu mencukupi bukan? Kak Mas pun dulu masa menyusukan anak pertama, Maisha pun berfikiran begitu. Alhamdulillah sudah anak kedua, perasaan itu beransur hilang. Yalah, pengalaman mengajar gitu.


Sebenarnya, ada beberapa tips yang perlu ibu turuti supaya bekalan susu tetap cukup di sepanjang bulan Ramadhan, bulan seribu berkah ini.

1. Konsisten Mengepam

Tetaplah dengan jadual mengepam ketika berada di tempat kerja. Jangan cuba skip rutin tersebut. Kalau boleh, konsisten mengepam pada masa yang sama. Contohnya mengepam setiap hari pukul 8 pagi sebelum memulakan tugas di ofis dan pukul 12 tengahari. Biasa juga Kak Mas pam sekali sebelum bersahur. Dapat banyak sebab masa ni lah hormon prolaktin kita tinggi iaitu di antara pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Pam dalam 10 hingga 15 minit setiap sesi. Jangan pam sejam sebelum mengambil anak dari tempat pengasuh ya. Kasihan pulak dia nanti hanya sekadar menghisap angin.

2. Minum air secukupnya

Ini tips minum air pada bulan puasa. Kebiasaannya, kak Mas memang tidak minum air manis semasa berbuka. Perantaraan berbuka dengan solat Maghrib sudah cukup 3 gelas air daku teguk. Jangan lupa bawa botol air dalam bilik tidur juga ya.

Baca di SINI untuk info lanjut mengenai berapa banyak jumlah air yang perlu kalian minum.



3. Pilih Makanan Yang Betul

Sepanjang bulan puasa, Kak Mas elakkan makan ikan kering dan telur masin. Sebabnya makanan ini akan buat kita lebih cepat dahaga. Sayur pun lebih suka masak yang rebus- rebus sahaja. Cuba juga kurangkan makanan pedas dan berminyak.
Banyak makan kurma. Kurma ini memang akan buat kita lebih bertenaga. Boleh juga buat rendaman air kurma. Caranya, rendam 3 biji kurma dalam satu gelas air selepas solat terawih. Nanti sahur, boleh lah minum air tersebut. Inshaa Allah lebih bertenaga.


4. Supplemen

Ini memang tidak pernah tinggal. Semasa sahur, biasa Kak Mas minum campuran ESP, Performance Drink dan Sunquick oren. Lepas makan nasi, terus ambil vitamin B, C dan Alfalfa. Ini semasa sahur.

Selepas berbuka pulak, seperti biasa makan 3 biji kurma dulu. Usai solat maghrib, makan nasi. Lepas itu, Kak Mas akan makan Vitalea, Alfalfa dan Omega Guard. Vitalea bagus untuk 'tenaga' supaya tidak mengantuk masa solat terawih nanti. Alfalfa untuk percepatkan penghasilan susu dan Omega untuk pecahkan lelemaks dan kolesterol 'jahat' selepas buka puasa tadi. Jangan ingat orang kurus tiada kolesterol ya. Ini cara untuk mencegah, huhu. 

Sebelum tidur, WAJIB amik Ostematriks untuk kurangkan sakit belakang dan lenguh- lenguh badan. Bagus juga untuk kekuatan sendi dan 'milkbooster' buat ibu menyusu macam aiols.

Satu lagi sangat penting, tentunya VIVIX. Ini semestinya untuk atasi masalah kulit ku yang berjeragat ini. Untuk menutup segala pori- pori muka supaya kelihatan lebih 'flawless' di hari Lebaran kelak. 

Eh, Vivix pun 'milkbooster' tau! Basah lencun baju tidur kalau menyusukan Muhammad. Ini serius. Milkbooster, Kulit flawless, bertenaga, kak Mas sarankan amik lah Vivix. Senang. Satu sudu makan sebelum tidur. Tidak payah mau telan banyak- banyak pil.

Tapi kalau mau ikut supplemen yang Kak Mas makan ni, ya..silakan. Boleh saja.


Wassap lah Kak Mas 013-6341955. Kita cerita- cerita pengalaman menyusu masa berpuasa. Untuk ibu hamil pula, Kak Mas puasa penuh tau masa mengandung Mikail. Time tu sudah 8 bulan lebih. Alhamdulillah, syukur ada supplemen Shaklee ni sebab banyak sangat membantu.

Bah, roger seja ya. Lebiuuu.

Semoga bermanfaat.

Ahad, 21 Mei 2017

Community Health Event Anjuran Shaklee 2017 Yang Best

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah tadi berakhirnya Community Health Event dari Shaklee di Sunway Geo Tower.



Sempatlah Mas dan suami menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang terdiri daripada BMI check, Bone Check, Skin Analysis dan Breast Health Check.


Seronok juga dapat main game, masuk tornedo chamber, dapat pill box. Hee, yang penting dapat free gift. 😍

Di samping itu, Mikail dan Maisha berulang kali makan popcorn, mango collagen smooties, tuna sandwich Nutriferon dan Salad Alfalfa dan Peppermint Ginger.

Penat bermain sebab ada permainan juga disediakan untuk kanak- kanak.
Dalam pukul 4.30 petang kami beransur pulang.

Terima kasih Shaklee. Untung dapat pegi, entah berapalah kos pemeriksaan tersebut, mesti beribu ni. Semuanya PERCUMA sahaja di Shaklee.

Ingin dapatkan konsultasi kesihatan percuma, hubungi saja Mas ya 013.634.1955.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI



Salam Sayang,

Ibum3m






Sabtu, 20 Mei 2017

Cara Untuk Menghilangkan Parut Chicken Pox Dengan Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Buat apa korang? Kebiasaannya hujung minggu inilah masa yang terbaik buat kita menjalankan aktiviti bersama keluarga tersayang.

Tengahari tadi, kami ke Kuala Selangor untuk memenuhi jemputan kahwin ofismate suami. Alhamdulillah syukur di atas rezeki.

Boleh lah keluar rumah lagi. Ini pun selepas Muhammad dan Mikail disahkan demam campak, barulah dapat berjalan. Kalau tidak, memang terperap saja di rumah.

Budak, dalam proses mahu membesar, banyak juga penyakitnya. Korang pernah kena kah? Campak atau Cacar. Orang cakap kalau kena masa kecil ni, cepat lah sembuhnya. Tapi kalau sudah dewasa, lagi teruk katanya. Ya ka?

Mari kita baca perkongsian dari ENCIK ZAMRI ROSLI yang terkena cacar di usia 40an.
.
[ PARUT DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE ]
.
Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.
.
Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.
.
Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.
.
Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.
.
Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.
.
Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.
.
Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.
.
Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.
.
Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.
.
Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..
.
Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.
.
So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..
.
Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).
.
Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.
.
Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!
.
Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.
Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya.
Sekian, terima Kasih

Mujurlah bertemu supplemen Shaklee kan? Alhamdulillah walaupun kesannya tidaklah sepantas 3 hari tapi yang penting, ianya selamat dan semulajadi. Berkesan sungguh walaupun mengambil masa selama satu bulan.


Berminat untuk mencuba supplemen Shaklee, hubungi Mas 013.634.1955 ya. Konsultasi terbaik untuk kalian.

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 19 Mei 2017

Tips Kulit Sihat, Jerawat Hilang Dan Masalah Usus Beransur Pulih Dengan Shaklee

Assalamualaikum wr. wbt.

Salam Jumaat yang penuh barakah. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal berpuasa. Kebanyakan kita sudah pun membuat persiapan raya buat anak- anak dan sekeluarga. Dan sudah tentu, kita ingin kelihatan lebih sihat dan berseri di Hari Lebaran nanti bukan?

Jom baca perkongsian ini bagaimana  Cik SITI SUHAIDA ISMAIL mengalami perubahan yang menggembirakan selepas mengamalmkan produk Shaklee.

KULIT MUKA JADI LEBIH SIHAT, JERAWAT HILANG DAN MASALAH USUS HILANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE.


Assalamualaikum W.B.T.


Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta. 

.Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat. 


Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti menyebabkan saya menjadi semakin stress.


Saya juga mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. 


Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam..

Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang tetapi tidak sakit. 


Perut saya menjadi sangat sensitif dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. 
Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormon saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil..Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, GLA dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya...

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi. 


Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.


Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi. 


Inilah Shaklee Effect saya.


Berminat untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee, boleh lah menghubungi kak Mas 013-6341955. Konsultasi terbaik hanya untuk kalian.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Khamis, 18 Mei 2017

Berjaya Hamil Setelah Enam Tahun Menanti Dengan Supplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Gembira rasanya hati jika dapat membantu sahabat yang belum dikurniai cahayamata, dan ternyata ianya berhasil. Apalagi empunya diri bukan? 

Setelah berusaha selama 6 tahun, akhirnya Puan Sulhana Shuhaimi bersyukur mendapat khabar gembira mengenai kehamilan anak pertama beliau. 

Mari kita baca perkongsian beliau.


[PENANTIAN 6 TAHUN UNTUK ZURIAT PERTAMA BERAKHIR DENGAN BANTUAN SUPLEMEN SHAKLEE]

.

Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami.



.

Saya mula mengamalkan Set Kesuburan Shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan.
.

Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa.Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap.
.


Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan Set Kesuburan, Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. 

Sekian.

Allahuakbar. Dia Maha Mendengar akan dia hambaNya. 

Sekiranya kalian ingin mendapatkan Set Kesuburan buat Suami yang terdiri daripada Vitamin E, Vitamin C dan Multivitamin. Set Kesuburan Isteri iaitu Vitamin B, GLA dan Alfalfa. 

Hubungi saja Mas 013.634.1955.

Tapi sekiranya kalian menghadapi kesukaran untuk menelan banyak supplemen berbentuk pil atau kapsul, boleh sahaja mencuba VIVIX Shaklee. 

Boleh rujuk perkongsian testimoni Vivix oleh Encik Daud Mohamad dimana penantian selama SEPULUH TAHUN untuk mendapatkan zuriat ke dua akhirnya berhasil setelah mengamalkan Vivix selama satu bulan lebih. Klik sahaja di SINI.

Untuk informasi ingin hamil, boleh juga baca informasi mengenai supplemen yang diperlukan untuk hamil di sini .

Inshaa Allah. 

Semoga bermanfaat.

Rabu, 17 Mei 2017

Kulit Berseri Dan Berat Badan Berkurang Selepas Mengamalkan Vivix

Bismillahirramanirrahim.

ViviX merupakan minuman kesihatan yang mengandungi pelbagai khasiat dari segi kesihatan peringkat sellular di dalam badan kita. Tindakannya yang sangat spesifik dapat memperbaharui setiap sel supaya menjadi lebih sihat dan berkualiti. Ini sekaligus membuatkan pengamalnya menjadi lebih muda dari usia sebenar.

mari kita dengar perkongsian dari Puan. AZLINDA ISMAIL

[KULIT WAJAH CERAH BERSERI SELEPAS AMALKAN VIVIX SHAKLEE]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Azlinda binti Ismail, pengguna tegar Shaklee dari beberapa tahun yang lalu.
.

Dulu saya sangat skeptikal nak amalkan Vivix, sebab saya tak ada sebarang penyakit dan rasa tak perlu untuk ambilnya. Saya hanya pastikan ibu saya ambil Vivix setiap hari. Sehinggalah apabila saya melihat perubahan nyata pada ibu saya, saya mula berkongsi botol Vivix dengan beliau.
.

Saya amalkan sekali dengan Sustained Release Vita-C dan Vitamin E Complex. Alhamdulillah, kulit saya nyata lebih moist dan tidak terlalu kering seperti dahulu. Tumit yang merekah teruk kini semakin halus dan mulus.
.

Lebih menyeronokkan, berat statik yang saya alami semakin menampakkan penurunan apabila lebih konsisten mengambil Vivix.
.

Tak sia-sia saya amalkan Vivix walaupun saya rasa saya sihat. InsyaAllah, saya mahu diri saya lebih sihat di hari-hari tua saya nanti, dan akan teruskan pengambilan suplemen yang terbaik.

Wah, best bukan?

Berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee untuk kulit yang lebih berseri, lembap dan muda dari usia sebenar, hubungi saja Mas 013.634.1955. Penjimatan berganda sekiranya kalian membeli Twinpacks dengan harga ahli yang lebih super jimat.
Kesannya sangat marvelous tau! Sesuai untuk kelihatan lebih berseri di Hari Lebaran kelak.

Kerana dirimu begitu berharga.

Salam sayang,
ibum3m

Selasa, 16 Mei 2017

Cara Untuk Menghasilkan Sperma Yang Berkualiti Supaya Mudah Mendapatkan Zuriat Kelak

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini terpanggil untuk berkongsi berkenaan dengan faktor kesuburan sang suami yang amat penting buat setiap pasangan yang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. 

Sebenarnya Mas bukanlah seorang doktor perubatan, akan tetapi disebabkan mengambil degree dalam bidang Biologi, sedikit sebanyak dapat menolong rakan- rakan yang ada masalah ketidak suburan. Tujuan Mas hanyalah sekadar ingin membantu rakan sekalian dengan ilmu yang 'dikit' ini. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.


Rakan sekerja bercerita. Dia pergi ke Klinik. Berjumpa dan mendapatkan konsultasi dengan seorang doktor berbangsa Cina. Doktor ini mendedahkan yang bagi mereka yang berbangsa Cina, sebelum mereka menikah, mereka akan mempersiapkan diri mereka dari segi kesihatan. 

Sememangnya golongan Cina terkenal dengan segala herba tradisi yang diamalkan untuk kesihatan mereka. Doktor ini berkongsi pengalaman dimana lelaki Cina akan mengamalkan segala jenis herba untuk memperlengkapkan diri mereka supaya benih yang terhasil dari tubuh mereka akan bertumbuh menjadi benih yang baik di dalam kalangan bakal anak- anak mereka kelak.


Katanya, dia mahu anak yang bakal dilahirkan kelak akan lebih kuat, lebih sihat dan tidak lembik. Ada betulnya juga penjelasan doktor ini. 

Sebabnya seperti yang diketahui, faktor keberjayaan untuk hamil itu bergantung kepada kedua- dua faktor, bukan sahaja dari kesuburan seorang wanita, malah kesuburan seorang lelaki juga. 

Tidak hairanlah jika gen si ayah lah yang BERKUASA untuk menentukan jantina bakal anak yang mereka lahirkan kelak.

Kebiasaannya, faktor yang sangat penting yang perlu dijaga oleh kaum Adam adalah kualiti sperma yang dihasilkan. 3 faktor yang di ambil kira iaitu kuantiti sperma (sperm count), morfologi sperma (sperm morphology) dan pergerakan sperma (sperm motility).

Faktor terpenting juga adalah kualiti air mani. Fungsi air mani atau semen yang bersifat alkali merupakan 'pelindung' kepada sperma. Pelindung di kala bercampur kandungan berasid iaitu urin dan kawasan vagina wanita. Kedua keadaan berasid ini akan menyebabkan sperma mati. Itulah kenapa hadirnya air mani sebagai pelindung kepada sperma.

Selain itu, air mani juga berfungsi sebagai pemberi nutrien kepada sperma untuk kekal aktif supaya sampai ke destinasi terakhir iaitu dalam tiub fallopion wanita, tempat pertemuan ovum dan sperma.

Bagi memastikan sperma dan air mani itu berkualiti, terdapat beberapa supplemen yang dapat membantu dalam usaha ini.


1. Zink

Mineral yang terpenting berfungsi untuk membina lapisan membran luar dan ekor si sperma untuk matang sepenuhnya. Kekurangan zink boleh menyebabkan kekurangan bilangan sperma matang dan hormon testosteron akan menurun. Kadangkala, kekurangan zink juga adalah disebabkan oleh faktor tekanan, oxidative stress, merokok, pencemaran dan minuman beralkohol.

Kajian membuktikan pengambilan supplemen zink sebanyak 15mg sehingga 50mg sehari, ianya boleh meningkatkan bilangan sperma, motiliti, fungsi, bentuk, kualiti dan kesuburan lelaki.


2. Vitamin E

Vitamin E juga merupakan anti oksidan yang kuat yang boleh meningkatkan kuantiti sperma, kualiti dan motiliti.

3. Asid folik

Kajian membuktikan asid folik yang terdapat dalam vitamin B berfungsi untuk meningkatkan kuantiti sperma. Pengambilan 400mcg folik asid amat disarankan setiap hari bagi meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.

4. Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin anti oksida yang berfungsi untuk mengelakkan sel sperma daripada sebarang kerosakan dan dapat meningkatkan pergerakan sperma. Pengambilan Vitamin C sebanyak 500- 1000mg setiap hari dapat mengurangkan risiko ketidaksuburan dan kerosakan genetik sperma.


Diharap cadangan supplemen di atas dapat membantu kalian dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kelak. Informasi lanjut boleh kalian rujuk di SINI.

Untuk pengetahuan, Mas pengedar supplemen Shaklee pun ada Set Kesuburan buat pasangan suami isteri. Sekiranya berminat, boleh saja menghubungi Mas di talian 013-6341955. 

In shaa Allah konsultasi percuma buat kalian. Mungkin dengan ikhtiar ini, boleh menamatkan penantian kalian selama ini. Aamiin. Setelah berikhtiar, dengan izinNya jua bukan?

Mas kongsikan secebis doa buat setiap pasangan suami isteri agar boleh menjadi amalan setiap kali selesai solat fardhu.


"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhya Engkau Maha Pendengar Doa".
(Surah Al- Imran, Ayat 38)


"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri- isteri dan zuriat keturunan kami: perkara- perkara yang menyukakan hati melihatnya. dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang- orang yang (mahu) bertakwa."
(Surah Al- Furqan, ayat 74)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik- baik yang mewarisi."
(Surah Al- Anbiya, ayat 89)

Kita berikhtiar, Allah SWT jua yang menentukan. Diharap sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada setiap pasangan yang ingin mendapatkan zuriat. Semoga kalian dikurniai anak soleh solehah. 

Aamiin.

Salam sayang,
Ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...