Selasa, 16 Mei 2017

Cara Untuk Menghasilkan Sperma Yang Berkualiti Supaya Mudah Mendapatkan Zuriat Kelak

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini terpanggil untuk berkongsi berkenaan dengan faktor kesuburan sang suami yang amat penting buat setiap pasangan yang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. 

Sebenarnya Mas bukanlah seorang doktor perubatan, akan tetapi disebabkan mengambil degree dalam bidang Biologi, sedikit sebanyak dapat menolong rakan- rakan yang ada masalah ketidak suburan. Tujuan Mas hanyalah sekadar ingin membantu rakan sekalian dengan ilmu yang 'dikit' ini. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.


Rakan sekerja bercerita. Dia pergi ke Klinik. Berjumpa dan mendapatkan konsultasi dengan seorang doktor berbangsa Cina. Doktor ini mendedahkan yang bagi mereka yang berbangsa Cina, sebelum mereka menikah, mereka akan mempersiapkan diri mereka dari segi kesihatan. 

Sememangnya golongan Cina terkenal dengan segala herba tradisi yang diamalkan untuk kesihatan mereka. Doktor ini berkongsi pengalaman dimana lelaki Cina akan mengamalkan segala jenis herba untuk memperlengkapkan diri mereka supaya benih yang terhasil dari tubuh mereka akan bertumbuh menjadi benih yang baik di dalam kalangan bakal anak- anak mereka kelak.


Katanya, dia mahu anak yang bakal dilahirkan kelak akan lebih kuat, lebih sihat dan tidak lembik. Ada betulnya juga penjelasan doktor ini. 

Sebabnya seperti yang diketahui, faktor keberjayaan untuk hamil itu bergantung kepada kedua- dua faktor, bukan sahaja dari kesuburan seorang wanita, malah kesuburan seorang lelaki juga. 

Tidak hairanlah jika gen si ayah lah yang BERKUASA untuk menentukan jantina bakal anak yang mereka lahirkan kelak.

Kebiasaannya, faktor yang sangat penting yang perlu dijaga oleh kaum Adam adalah kualiti sperma yang dihasilkan. 3 faktor yang di ambil kira iaitu kuantiti sperma (sperm count), morfologi sperma (sperm morphology) dan pergerakan sperma (sperm motility).

Faktor terpenting juga adalah kualiti air mani. Fungsi air mani atau semen yang bersifat alkali merupakan 'pelindung' kepada sperma. Pelindung di kala bercampur kandungan berasid iaitu urin dan kawasan vagina wanita. Kedua keadaan berasid ini akan menyebabkan sperma mati. Itulah kenapa hadirnya air mani sebagai pelindung kepada sperma.

Selain itu, air mani juga berfungsi sebagai pemberi nutrien kepada sperma untuk kekal aktif supaya sampai ke destinasi terakhir iaitu dalam tiub fallopion wanita, tempat pertemuan ovum dan sperma.

Bagi memastikan sperma dan air mani itu berkualiti, terdapat beberapa supplemen yang dapat membantu dalam usaha ini.


1. Zink

Mineral yang terpenting berfungsi untuk membina lapisan membran luar dan ekor si sperma untuk matang sepenuhnya. Kekurangan zink boleh menyebabkan kekurangan bilangan sperma matang dan hormon testosteron akan menurun. Kadangkala, kekurangan zink juga adalah disebabkan oleh faktor tekanan, oxidative stress, merokok, pencemaran dan minuman beralkohol.

Kajian membuktikan pengambilan supplemen zink sebanyak 15mg sehingga 50mg sehari, ianya boleh meningkatkan bilangan sperma, motiliti, fungsi, bentuk, kualiti dan kesuburan lelaki.


2. Vitamin E

Vitamin E juga merupakan anti oksidan yang kuat yang boleh meningkatkan kuantiti sperma, kualiti dan motiliti.

3. Asid folik

Kajian membuktikan asid folik yang terdapat dalam vitamin B berfungsi untuk meningkatkan kuantiti sperma. Pengambilan 400mcg folik asid amat disarankan setiap hari bagi meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.

4. Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin anti oksida yang berfungsi untuk mengelakkan sel sperma daripada sebarang kerosakan dan dapat meningkatkan pergerakan sperma. Pengambilan Vitamin C sebanyak 500- 1000mg setiap hari dapat mengurangkan risiko ketidaksuburan dan kerosakan genetik sperma.


Diharap cadangan supplemen di atas dapat membantu kalian dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kelak. Informasi lanjut boleh kalian rujuk di SINI.

Untuk pengetahuan, Mas pengedar supplemen Shaklee pun ada Set Kesuburan buat pasangan suami isteri. Sekiranya berminat, boleh saja menghubungi Mas di talian 013-6341955. 

In shaa Allah konsultasi percuma buat kalian. Mungkin dengan ikhtiar ini, boleh menamatkan penantian kalian selama ini. Aamiin. Setelah berikhtiar, dengan izinNya jua bukan?

Mas kongsikan secebis doa buat setiap pasangan suami isteri agar boleh menjadi amalan setiap kali selesai solat fardhu.


"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhya Engkau Maha Pendengar Doa".
(Surah Al- Imran, Ayat 38)


"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri- isteri dan zuriat keturunan kami: perkara- perkara yang menyukakan hati melihatnya. dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang- orang yang (mahu) bertakwa."
(Surah Al- Furqan, ayat 74)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik- baik yang mewarisi."
(Surah Al- Anbiya, ayat 89)

Kita berikhtiar, Allah SWT jua yang menentukan. Diharap sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada setiap pasangan yang ingin mendapatkan zuriat. Semoga kalian dikurniai anak soleh solehah. 

Aamiin.

Salam sayang,
Ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...