Assalamualaikum.
Tutup mata buka mata tutup mata buka mata. Konon mahu cakap pejam celik pejam celik dalam slang Sabah konon. Kehkeh.
Sekejap sungguh masa berlalu. Tup tup sudah kurang lima hari untuk kita menyambut Ramadhan. Mudahan kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Aamiin.
Ibu menyusu sekalian, sudahkah kalian bersedia? Mesti ada yang risau sekiranya susu mencukupi bukan? Kak Mas pun dulu masa menyusukan anak pertama, Maisha pun berfikiran begitu. Alhamdulillah sudah anak kedua, perasaan itu beransur hilang. Yalah, pengalaman mengajar gitu.
Sebenarnya, ada beberapa tips yang perlu ibu turuti supaya bekalan susu tetap cukup di sepanjang bulan Ramadhan, bulan seribu berkah ini.
1. Konsisten Mengepam
Tetaplah dengan jadual mengepam ketika berada di tempat kerja. Jangan cuba skip rutin tersebut. Kalau boleh, konsisten mengepam pada masa yang sama. Contohnya mengepam setiap hari pukul 8 pagi sebelum memulakan tugas di ofis dan pukul 12 tengahari. Biasa juga Kak Mas pam sekali sebelum bersahur. Dapat banyak sebab masa ni lah hormon prolaktin kita tinggi iaitu di antara pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi.
Pam dalam 10 hingga 15 minit setiap sesi. Jangan pam sejam sebelum mengambil anak dari tempat pengasuh ya. Kasihan pulak dia nanti hanya sekadar menghisap angin.
2. Minum air secukupnya
Ini tips minum air pada bulan puasa. Kebiasaannya, kak Mas memang tidak minum air manis semasa berbuka. Perantaraan berbuka dengan solat Maghrib sudah cukup 3 gelas air daku teguk. Jangan lupa bawa botol air dalam bilik tidur juga ya.
Baca di SINI untuk info lanjut mengenai berapa banyak jumlah air yang perlu kalian minum.
Baca di SINI untuk info lanjut mengenai berapa banyak jumlah air yang perlu kalian minum.
3. Pilih Makanan Yang Betul
Sepanjang bulan puasa, Kak Mas elakkan makan ikan kering dan telur masin. Sebabnya makanan ini akan buat kita lebih cepat dahaga. Sayur pun lebih suka masak yang rebus- rebus sahaja. Cuba juga kurangkan makanan pedas dan berminyak.
Banyak makan kurma. Kurma ini memang akan buat kita lebih bertenaga. Boleh juga buat rendaman air kurma. Caranya, rendam 3 biji kurma dalam satu gelas air selepas solat terawih. Nanti sahur, boleh lah minum air tersebut. Inshaa Allah lebih bertenaga.
4. Supplemen
Ini memang tidak pernah tinggal. Semasa sahur, biasa Kak Mas minum campuran ESP, Performance Drink dan Sunquick oren. Lepas makan nasi, terus ambil vitamin B, C dan Alfalfa. Ini semasa sahur.
Selepas berbuka pulak, seperti biasa makan 3 biji kurma dulu. Usai solat maghrib, makan nasi. Lepas itu, Kak Mas akan makan Vitalea, Alfalfa dan Omega Guard. Vitalea bagus untuk 'tenaga' supaya tidak mengantuk masa solat terawih nanti. Alfalfa untuk percepatkan penghasilan susu dan Omega untuk pecahkan lelemaks dan kolesterol 'jahat' selepas buka puasa tadi. Jangan ingat orang kurus tiada kolesterol ya. Ini cara untuk mencegah, huhu.
Sebelum tidur, WAJIB amik Ostematriks untuk kurangkan sakit belakang dan lenguh- lenguh badan. Bagus juga untuk kekuatan sendi dan 'milkbooster' buat ibu menyusu macam aiols.
Satu lagi sangat penting, tentunya VIVIX. Ini semestinya untuk atasi masalah kulit ku yang berjeragat ini. Untuk menutup segala pori- pori muka supaya kelihatan lebih 'flawless' di hari Lebaran kelak.
Eh, Vivix pun 'milkbooster' tau! Basah lencun baju tidur kalau menyusukan Muhammad. Ini serius. Milkbooster, Kulit flawless, bertenaga, kak Mas sarankan amik lah Vivix. Senang. Satu sudu makan sebelum tidur. Tidak payah mau telan banyak- banyak pil.
Tapi kalau mau ikut supplemen yang Kak Mas makan ni, ya..silakan. Boleh saja.
Wassap lah Kak Mas 013-6341955. Kita cerita- cerita pengalaman menyusu masa berpuasa. Untuk ibu hamil pula, Kak Mas puasa penuh tau masa mengandung Mikail. Time tu sudah 8 bulan lebih. Alhamdulillah, syukur ada supplemen Shaklee ni sebab banyak sangat membantu.
Bah, roger seja ya. Lebiuuu.
Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan