Assalamualaikum wrt wbt.
Hati ibu mana yang tidak risau pabila melihat anaknya sakit bukan? Dalam hati ibu, biarlah ibu sahaja yang menanggung sakit, jangan si anak. Anak masih kecil lagi, tidak tahu bagaimana mahu mengkabarkan kepada ibu akan kesakitan yang di alami. Apatah lagi yang belum pandai berkata- kata. Runtun hati ibu.
Selepas Muhammad keluar wad hari Isnin, abangnya Mikail pula demam. Ibu terpaksa ambil emergency leave lagi nampaknya. Tiga hari demam, keluar rashes di kawasan hidung dan mulut. Keesokkannya, penuh satu badan. Macam demam campak. Ibu positif saja.
Semalam pegi DEMC, ambil darah. Kedua belah tangan di cucuk sebab darah pekat. Kekurangan air dalam badan menyebabkan darah tidak banyak keluar. Kesian Mikail. Menjerit jugak dia sambil ayahnya tunjukkan Ultraman dalam handphone.
Result 3 hari baru keluar sama ada measles atau tidak. Sementara itu, doktor bagi ubat demam paracetamol, zytrex untuk flu dan gatal, ubat mandi berwarna ungu dan krim sapu.
Semalam, usai mandikan, ibu sapu krim yang doktor bagi. Tapi Mikail cakap masih gatal. Jadi ibu sapu pulak herbal blend Shaklee. Tunggu kering sikit, lepas itu sapukan dengan calamine lotion.
Baru lah dia diam dan terus tidur. Ibu jadi jururawat sepenuh masa bersempena dengan Hari Jururawat Sedunia pada hari ini.
Sejak pertama hari demam, memang sudah bagi Nutriferon. Sehari satu sachet. Ibu bancuh dalam air susu dan teh yang dia minta. Dalam masa yang sama, memang bagi juga dia ubat yang diberi oleh doktor.
Sebaiknya, anak- anak sesuai diberikan Multivitamin. Multivitamin Vitalea for kids perisa anggur itu sedap tapi entah kenapa Maisha dan Mikail tidak suka rasanya. Sebab itu ibu hanya berikan Vitamin C Chewable jenama Champs dek kerana Vitamin C Chewable Shaklee sudah diberhentikan stoknya sehingga hujung tahun ini. Mahu keluar dengan formulasi baru katanya. In shaa Allah.
Selain itu, bagus juga berikan anak- anak Omega Guard Bagus ketika mereka diserang batuk berkahak dan flu. Ini untuk membersihkan paru- paru dari mukus yabg banyak dan untuk mengelakkan daripada kena nebulizer. Mikail sangat suka ini. Dia makan macam gula- gula saja, kunyah kunyah gitu.
Ada lagi, iaitu minuman Mealshake perisa vanilla. Ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan buat tumbesaran anak- anak. Popular di kalangan para ibu supaya anak mereka kembali punya selera makan dan bantu untuk menaikkan berat badan anak- anak.
Syafakallah ya Muhammad Nuh Mikail.
Buat semua anak- anak kita jua.
Semoga senantiasa sihat dan dilindungi olehNya.
Aamiin.
Salam sayang,
Ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan