Isnin, 15 Mei 2017

Berat Badan Berkurang, Tidak Mudah Letih Dan Susu Meriah Selepas Mengamalkan Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Pemilihan supplemen buat ibu menyusu bagiku sangat penting untuk membantu ibu di sepanjang perjuangan penyusuan si manja. Benar. Ianya memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan kekuatan mental yang tinggi. Ibu harus cekal. 

Sama sepertiku. Bila masa kita ingin kan kuantiti susu yang dihasilkan itu berterusan meriah, di samping tugas seharian yang betul- betul mengundang lelah, tiada lain hanya doa dan ikhtiar supplemen yang ku cari.

Alhamdulillah syukur betul dapat jumpa dengan Set Menyusu Shaklee ini. Sebagaimana kita tahu, ini cuma ikhtiar, Dia yang menentukanNya. Ikhtiar bukan sekadar menelan supplemen semata, tapi ianya perlu diiringi dengan jadual pam yang konsisten, pengambilan makanan yang berkhasiat, pengambilan air yang secukupkan, tidur dan rehat yang cukup dan juga sikap yang positif. In shaa Allah sekiranya semuanya di adun rapi, tentunya ianya akan membuahkan hasil yang seperti diharapkan.

Perkongsian hari ini adalah daripada luahan rasa hati Puan NOOR HARTINI BT. MD SAAD. Seorang ibu menyusu. Beliau yang sebelum ini mempunyai tanggapan bahawa jika makan supplemen, akan merosakkan buah pinggang ternyata berubah apabila mengamalkan Set Menyusu Shaklee.

Jom baca.

Assalamualaikum.

Nama Kak Enan, Noor Hartini Binti Md Saad, seorang ibu bekerja yang mempunyai 4 permata hati. Kak Enan ingin berkongsi pengalaman Kak Enan ketika sebelum mengenali Shaklee dan setelah mengambil vitamin Shaklee ini..

Seriusly dulu Kak Enan memang tidak suka ubat biji tapi bukan bermaksud Kak Enan susah makan ubat, bab makan ubat tu senang saja. Ambil ubat masuk mulut telan saja, kan senang je kan. Cuma kerisauan akan effect terhadap buah pinggang itu membuatkan Kak Enan sangat berhati-hati nak makan ubat mahupun vitamin..

Apa yang menyebabkan Kak Enan mula mencari vitamin ialah disaat ada anak pertama. Sebagai ibu bekerjaya yg ingin menyusukan anak secara ekslusif memerlukan antibodi dan ketahanan imun yang kuat.

Malah apabila Kak Enan mula mengandung anak kedua pada jarak yang dekat iaitu berbeza setahun sahaja kesihatan mula kurang memuaskan.

Terutama badan cepat letih, emosi kurang stabil dan kulit wajah yang semakin kusam. Sepanjang kehamilan memang kerap MC dan cuti rehat kerana asyik tidak sihat dan cepat letih..

Selepas bersalin anak kedua, keadaan Kak Enan makin worst. Badan sangat cepat letih, balik dari kerja hanya mahu mandi dan tidur saja kalau mengikut hati. Kulit muka dan wajah memang sangat kusam dan emosi pun mudah sangat tersentuh mahupun tak stabil.

Lalu Kak Enan disuggest oleh officemate mencari supplement Waktu tu kesedaran tentang makanan tambahan atau vitamin ini tiada dalam kamus hidup lagi..

Atas saranan kawan tu Kak Enan pun pergi ke farmasi dan cari multivitamin yangg dikatakan membantu memberi energy dan pulihkan tenaga. Jadi membelilah Kak Enan vitamin yang disuggestkan oleh ahli farmasi yang berharga sebiji RM 2.00 sebanyak 20 biji, ala yg boleh repack tu.

Sayangnya selepas seminggu consume, yang paling kurang best kak enan alami adalah jadi sembelit teruk huhu energy tu Alhamdulillah, ok la, tapi akibat sembelit teruk terus Kak Enan stop ambil vitamin tu. Rugilahkan dah beli vitamin mahal tapi tak makan dah atas faktor tiada siapa yang nak hendak dibuat rujukan lagi tentang tu. Pastu terus Kak Enan tak amik apa-apa supplement.

Sehinggalah sedang mengandung anak ke 3. Saat tu Fb sangat familiarlah digunakan..Terlihat junior UTM yg seringkali berkongsi tentang vitamin Shaklee ni. Berjinak-jinak Kak Enan mengambil info darinya dan selepas bersalin hampir 6 bulan selepas itu Kak Enan mula mengambil vitamin Shaklee ni untuk Set Kesihatan Asas dan Set Menyusu untuk tingkatkan pengeluaran susu..

Alhamdulillah.. terasa kelainannya apabila mula mengambil Set Asas bersama Set Menyusu ni iaitu Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Lecithin, Ostematrix dan Alfalfa. Badan semakin ringan dan kurang rasa letih kerana balik dari kerja Kak Enan mampu lagi memasak untuk makan malam dan buat persiapan anak-anak sambil buat hobi Kak Enan iaitu menjahit.

Alhamdulillah.. mata sembab dan kulit kusam juga semakin hari semakin hilang. Kak Enan sangat happy..Apa yang memeranjatkan Kak Enan berat Kak Enan selepas 6 bulan mengamalkan vitamin ini boleh kembali kepada berat Kak Enan sebelum kahwin. Dari angka hampir ke 6 puluh dapat angka 4 puluh balik memang membuatkan hati sangat-sangat happy OK. Itupun setelah ada anak 3 tu.

Amazingkan? Syukur Alhamdulillah Kak Enan tak perlu risau masalah selulit, sembelit mahupun berat yang semakin naik setelah konsisten amalkan set ini. Malah Kak Enan dapat menyusukan anak Kak Enan yang ke-3 sehingga dia berusia 3 tahun.

Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan pertemukan Kak Enan untuk menyelesaikan masalah Kak Enan yang bekerjaya ini..

Sewaktu mengandung anak ke-4 memang fully Set hamil Kak Enan amalkan dan sememangnya sangat ketara berbeza saat hamil dahulu dan anak ke-4 ini. Sehingga kini Kak Enan masih menyusu anak ke-4 yang berusia setahun 6 bulan. Alhamdulillah..

Kepada ibu yang bekerjaya diluar sana yang mudah penat, letih dan mengalami emosi yang kurang stabil, Kak Enan sangat syorkan ambil vitamin Shaklee Set Asas ini untuk mempertingkatkan kesihatan diri kita sebagai ibu. Kalau tidak kita yang sayangkan diri kita siapa lagi kan.





Itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Alhamdulillah dengan Shaklee, perubahan yang baik dapat di rasai. 

Susu meriah, badan bertenaga, kurang rasa letih dan mampu mengawal stress dengan bijak. Anak- anak pun sihat dan gebu gebas bagai di pam pam. Syukur bertemu dengan Set Menyusu Shaklee.


Berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee, hubungi sahaja Kak Mas 013.634.1955. Konsultasi terbaik buat kalian.

Salam sayang,

ibu anak tiga
Pengedar Shaklee Shah Alam

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...