Isnin, 6 Ogos 2018

10 Tips Didik Anak Supaya Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim

Terkadang kita letih dengan keletah anak- anak yang pelbagai ragamnya. Pernah dalam situasi jiran sebelah mengajak kami datang ke rumah beliau untuk menyambut cucu barunya.

Lalu aku pun pergi kemudian, Suami dan anak- anak bersama mertua pergi selepas Asar iaitu dalam pukul 5.30 petang. aku membawa Musa yang berumur 2 bulan sampai ke umah jiran pukul 6 petang.

Sampai saja di sana, lepas makan, tengah berbual dengan si ibu berpantang, kongsi pengalaman. Maisha, anak sulungku berusia 7 tahun merengek- rengek mahu pulang.

Sebentar kataku. Dia merengek lagi sambil memanjat- manjat sofa. Sampai satu ketika, aku geram, bulatkan mataku sambil ku cubit dia.

Lepas itu, aku meminta izin untuk pulang bersama Maisha.

Tidak sempat borak panjang.

Di rumah, aku ugut Maisha aku tidak akan bagi duit sekolah selama 5 hari. Ini sebab dia tidak 'behave' di rumah orang.

Sepatutnya tidak boleh mengugut bukan? Tapi ini adalah cara untuk mendisiplinkan dia. Lagipun di sekolahnya, makanan tengahari sememangnya percuma diberikan kerana sekolah swasta islam integrasi. Duit tidak perlu sebenarnya ku berikan.

Sekiranya kalian mengalami masalah sebegini, Jangan cepat naik angin. Kita kena kawal perasaan ini ketika berada di tempat lain.

Dan kita tidak juga boleh terlalu lama di rumah jiran kerana kemungkinan anak itu letih dan perlukan masa untuk berehat.

Disini, Mas kongsikan beberapa tips supaya anak jadi lebih cemerlang. Untuk peringatan diri sendiri dan semuanya.

1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan

2. Apabila anak bercerita, jadilah pendengar yang setia

3. Bersikap jujur pada anak

4. Memperuntukkan masa berkualiti bersama anak

5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang

6. Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan kebaikan (pujian pelukan, ciuman dan hadiah)

7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya

8. Hargailah permintaan kesayangan anak kalian

9. Berbicaralah dengan anak

10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah

Sentiasa berdoa setiap hari mudahan kita diberikan kesabaran dan kekuatan dalam mendidik anak- anak supaya menjadi hamba Allah yang sihat, berjaya dunia dan akhirat.

Yang paling penting dan tidak ternilai ialah supaya mereka senantiasa diberikan nikmat sihat dan dapat membesar dengan baik.

Justeru, bagi memenuhi keperluan nutrisi si anak, Mas cadangkan Set Kanak- kanak dari supplemen Shaklee iaitu Mealshake dan Vitalea Chewable buat mereka.

Mealshake ini merupakan minuman perisa vanila yang lengkap dengan asid amino perlu, vitamin dan mineral yang diperlukan. 

Ramai ibu bapa memberikan anak- anak mealshake sebagai sarapan segera, bagus untuk menaikkan selera makan, mengurangkan masalah sembelit bagi kanak- kanak dan sukar mendapat sebarang penyakit biasa seperti demam, selesema dan batuk.

Seterusnya Vitalea yang merupakan multivitamin buat si anak. Pil nya mudah dikunyah dan perisa anggur. Bagus untuk melengkapkan keperluan zat untuk anak.

Berminat untuk mendapatkannya kedua produk ini, Set Kanak- kanak yang terdiri daripada Mealshake dan Vitalea Chewable, boleh saja hubungi Mas di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibu4M


Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...