Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini ibu jadi tangan sotong. Buat pertama kali, ibu tinggal di rumah bersama- sama 4M. Maisha 7 tahun, Mikail, 5 tahun, Muhammad 2 tahun dan Musa 2 bulan setengah.
Ayahnya ada kursus 2 hari di sekitar Shah Alam, iaitu kursus perubatan Islam.
Awal- awal tu, dalam hati ibu yakin in shaa Allah boleh handle. Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Musa tidak mahu di letak, nak berdukung saja. Muhammad pula masih selesema dan batuk.
Rupanya Musa sudah terjangkit dari Muhammad. Ibu mesej ayah untuk balik tengahari.
Usai balik, terus masak tengahari, ayam masak kicap. Nasi dah siap masak masa sarapan pagi tadi.
Sidai baju. Trip yang ke dua, yang pertama sudah sidai pagi tadi lagi.
Kesian Musa. Berair matanya. Panas badannya malam ni.
Ibu tuam kepala Musa dengan air zam zam. Buka barut, dan pakaikan baju berlubang.
Ibu pula makan Vitamin C megadose dan kerapkan penyusuannya. Nutriferon pun ibu ambil.
Sebaiknya untuk anak berumur setahun ke bawah tidak diberikan apa- apa ubat selain susu ibu sahaja.
Ibu akan berjaga malam ini. Untuk tuam badan Musa.
Cepat sembuh ya nak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan