Sabtu, 4 Ogos 2018

Cara- Cara Mencegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum..

Wabak penyakit tangan, kaki dan mulut semakin menular kini. 

Pagi ini dapat wassap dari pengasuh Musa. Amaran dari Jabatan Kesihatan MBSA, Kompleks membeli belah Setia City Mall di Setia Alam ada kes yang positif hfmd.

Maka, hujung minggu ini, kami duduk di rumah saja. Itu lebih selamat. Kena buat pembersihan juga ni.

Yalah, sebagai langkah berhati- hati bukan?

Ada beberapa langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah :

1- Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

2- Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila bersin dan batuk.

3- Jangan berkongsi barang- barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu.

4- Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti.

5- Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.

6- Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.

Sebagai langkah pencegahan, Mas guna pencuci serbaguna cecair Basic H dari Shaklee untuk proses pembersihan. Basic H digunakan untuk mop lantai, lap meja dan permukaan perhiasan rumah. Guna juga untuk membasuh segala cadar, sarung bantal dan pengelap kaki bersama- sama dengan cecair pencuci yang lain.

Basic H Shaklee ini dirumus khas daripada ekstrak jagung dan kelapa. Sangat semulajadi dan organik. Serbaguna sangat. 

Mas juga gunakannya untuk membasuh segala kelengkapan pam susu, botol dan kadang- kadang memandikan anak- anak bagi tujuan pembasmian kuman dan antibiotik. Lap tingkap rumah pun Mas guna ini. Hanya campurkan beberapa titik dalam spray botol. Mudah sangat.

Satu botol boleh tahan hingga 6 bulan penggunaan sebab cecair ini pekat dan hanya gunakan beberapa titik sehingga beberapa sudu makan sahaja. Lalu dicampurkan dengan air biasa.

Ibu- ibu berminat untuk mendapatkannya? Hanya RM48.75 sebotol untuk kandungan 473ml.

Wassap Mas di talian 013-6341955 ya.

Salam sayang,
Ibu4M




Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...