Khamis, 2 Ogos 2018

Kuih Keria Gula Melaka Sedap Di Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum salam bahagia semuanya.

Semalam, masa mengambil baby Musa dari pengasuh barunya, ibu rasa kepala Musa panas sedikit. Hati risau tapi cuba jugak lah bertenang di hadapan pengasuh.



Sempat jugak singgah sebentar di hadapan Al Rawsha Restoran Seksyen 7, banyak kiosk kecil yang viral di sini. Antaranya bubur ayam viral, sayap ayam Borneo, ada char kuew teow, burger dan goreng- gorengan.

Sebenarnya ibu mencari kuih keria gula melaka. Minggu lalu, pertama kali singgah beli, terus beli 10 ketul, satu ketul 60sen, jadi semuanya RM6. Konon nak rasalah.

Balik umah, ya ampun sedap gilak ni. Berselera semua. 

Nyesal tak amik 20 ketul. Hahahaha. Melampau betul tahap nafsu makan ibu menyusu ni.

Nak dijadikan cerita, kuih keria habis?!! Adeh, kempunan nampaknya.

Tak apalah, kita cuba lagi esok.

Maka 1 Ogos hari ini, permulaan bagi bulan merdeka. Ibu terpaksa cuti sebab Musa demam. Petang tu, ada rezeki kakak ipar datang bawak kuih keria ni.

Alhamdulillah. Memang langkah kanan. Macam tau- tau ja ibu menyusu ngidam kuih keria lagi.


Berselera betul Muhammad.


Muhammad ni pencinta nasi. Alhamdulilah hobinya turun dari ibu iaitu MAKAN. 

Minum pun air kosong saja. Air lain tak mau dia.


Semoga berkekalan la selera mu itu ya nak! Ibu doa kau sentiasa sihat walafiat. 

Malam itu, selepas makan malam, ibu telan 3 biji Vitamin C supaya imuniti lebih kuat disalurkan untuk Musa yang demam melalui susu ibu.

Tidak lupa juga, makan Ostematrix iaitu supplemen kalsium yang lengkap dengan magnesium dan Vitamin D, untuk tidur yang lebih berkualiti dan tiada insomnia. 

Esok pagi, senang ke toilet, bagus sungguh untuk kelancaran proses pembuangan. Bangun, terus hilang sakit belakang dan lenguh badan. Alhamdulillah

Inilah shaklee effect si ibu.

Syukur. 

Salam sayang,
ibu4M

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...