Assalamualaikum
Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2018 Jumaat lalu menerima khabar gembira akan kehadiran anak buah baru iaitu anak abang yang ke empat. Ini merupakan cucu ke 17 bagi keluarga besar arwah Hj Abdul dan Hajah Djumani.
Sedih dan sayu juga sebenarnya kerana arwah bapak tidak sempat untuk melihat dua cucu barunya.
Tapi ternyata, Allah itu Maha Penyayang. Dia ambil bapak, lalu digantikannya dengan dua cucu lelaki iaitu Musa dan bayi yang baru saja lahir hari ini.
Al fatihah untuk arwah bapak.
Sepertimana beliau suka bercucuk tanam dan berbudi kepada tanah, aku senantiasa doakan agar kuburnya dijadikan seperti salah satu dari taman- taman syurga sebagaimana beliau suka sangat berkebun semasa hayatnya.
Allahumma Aamiin
Perjalanan pulang ke rumah, kembali bersendiri. Seronok lah sedikit 3 hari yang lepas sebab adik, Wanie datang KL sebab ada kursus di Putrajaya.
Petang itu juga abang wassap dalam grup menyatakan rumah bapak di kebun di hempap pokok mangga.
Cuma mau betulkan atap depan.
Kami cakap, buatlah apa yang terbaik asalkan rumah itu masih ada.
Sedih semua.
Benarlah kata pepatah, Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Selalu dengar orang lain kehilangan orang tersayang, kita hanya mampu mengucapkan takziah.
Apabila terkena dengan diri sendiri, barulah tahu bagaimana sakitnya kehilangan orang tersayang.
Arwah bapa pergi buat selamanya pada 3 Februari 2018. Seorang pejuang kanser prostat tahap 4, dan mempunyai sejarah sakit lemah jantung dan darah tinggi.
3 hari selepas pemergian beliau, aku memandang sayu Vivix di dalam peti sejuk kepunyaan beliau. Dan ada sebotol lagi Vivix yang belum dibuka.
Airmataku tidak berhenti mengalir. Inilah ikhtiar kami buat beliau. Kami kumpul duit adik- beradik untuk belikan supplemen Vivix buatnya.
Ya, kita berusaha, Allah SWT yang menentukan. Ternyata Dia lebih menyayangi bapak.
Tenanglah bapak di sana.
Jadikanlah kuburnya salah satu dari taman- taman syurga, sepertimana semasa hayatnya, beliau suka bercucuk tanam dan berbudi kepada tanah.
Allahumma Aamiin. Al fatihah buatmu bapak.
Masliani Hj Abdul,
Selalu merindu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan