Jumaat, 3 Ogos 2018

Selamat Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Di suatu petang,

Gila kah ko? Ambil ini 10 biji sehari.

Ya, jawabku tenang, 10 biji. Di ofis aku pam 3 kali, setiap kali lepas pam, aku makan 3 biji alfalfa. 3-3-4.

Alhamdulillah penghasilan susu ternyata lebih cepat. 
Paling kurang dapat 4 oz sekali pam. Itu paling kurang.


Sesi pertama biasanya lebih banyak.

‘Untunglah, Badan kecil, Susu banyak’.

Sahabat sekalian, bukan faktor untung atau tidak. 
Segalanya perlu usaha.

Baca ilmu dan gali, dengar dan analisa setiap ilmu termasuklah tips, petua, cara, pendapat dan perkongsian pengalaman penyusuan ibu- ibu menyusu yang lain.

Lepas dapat ilmu, praktikkan mengikut kemampuan dan kesesuaian diri dan kehendak bayi. Fahami sebetulnya konsep ‘Demand Vs Supply’, konsisten dan banyak berdoa.

Sesungguhnya, tugas menyusui itu bukanlah mudah. Segalanya harus dipersiapkan selengkapnya. Seperti berperang, ada alatan dan kemahiran yang diperlukan.

Perjuangan ini menuntun kudrat fizikal, pengorbanan dan emosi, terkadang air mata yang cukup berat.

Hanya yang punya azam yang kuat akan bisa berjaya.

Berjaya dari segi apa? 
Berjaya menyusui selama 2 tahun.
Adakah jangkamasa itu yang dilihat sebagai satu titik kejayaan? Kepuasan?


Bagiku tidak sama sekali.

Ikhtiar dan pengorbanan, susah payah dalam mengharungi setiap masalah sebijaknya, inilah erti kejayaan yang sebenar.

Bagiku, jangan menilai sesiapapun. 
Menganggap ibu ini sebegitu, ibu ini sebegini.

Raikan saja semuanya. Hormat. 

Kerana kita itu serumpun, di landasan perjuangan yang sama. Bantu mana yang membutuhkannya.


Saling memberi semangat, berkongsi rasa dan perangsang buat semuanya. Hargai mereka sepertimana kalian hargai diri kalian sendiri.

Kerana, di dalam setiap hati- hati ini, pasti menginginkan hanya yang TERBAIK buat sang anak.

Bersama- sama kita berjuang.

Buat suamiku, ahli keluargaku dan kaum kerabatku, malah semuanya, berilah kami KEKUATAN untuk berjuang.

Kerana, itulah yang sebaiknya.

Salam Perjuangan buat ibu menyusu sekalian.
Salam Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia.

Rasa dari hati,
Masliani Hj Abdul
Ibu menyusu seperti kalian

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...