Isnin, 14 April 2014

Pentingkah Minum Air Kosong?

 
Lihat tanda- tanda di bawah, adakah anda mengalaminya?

Selalu keletihan
Cepat penat
Kekeringan dalam mulut
Rasa sakit ketika kencing 
Warna kencing agak kekuningan 
Sering sakit kepala
Gejala sembelit
Pertambahan berat badan
Sakit otot
Emosi tidak stabil
 
 
Jika jawapan anda YA kepada salah satunya, maka ianya tanda badan anda memang kekurangan air.
 

Jom lihat kelebihan minum air kosong!


Melancarkan proses sistem tubuh
Menyahtoksik badan secara semulajadi
Kulit akan sentiasa lembap dan awet muda
Boleh melambatkan pengecutan kulit
Badan terasa cergas dan ringan
Membantu mengurangkan berat badan
 
Klik SINI untuk mengetahui banyak lagi kelebihan meminum air kosong.
 
 

 

Berapa banyak kena minum?


Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang diperlukan adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat anda..

Contohnya :
Berat 75kg bahagi 25kg = 3 liter
Maka, jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 3 liter.

Tapi jangan pulak habiskan minum 3 liter air dalam masa 2 jam ya kawan- kawan, nanti badan kita tidak dapat bekalan air secara berterusan. Ingat ya, konsep yang perlu dipegang adalah BEKALAN AIR MESTI BERTERUSAN, tidak boleh main catuan ya!:-)
 
Tips lain adalah minum air ketika dahaga, semestinya hanya anda yang tahu isyarat tersebut.
 
Adakah ibu menyusu memerlukan lebih air untuk diminum berbanding wanita lain?
 
Ya, tapi sekadar 4 hingga 5 gelas lebih daripada ibu yang tidak menyusu. Untuk info selanjutnya, boleh klik di SINI.
 
JOM AMALKAN MINUM AIR SETIAP SETENGAH JAM!
 
"Be Positive, I Love BF"
 
 
Salam sayang,
ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...