Berdoa Pada Allah Tapi Bila Waktu Yang Mustajab?

Berdoa pada Allah, tapi ingin mengetahui bila waktu yang mustajab untuk berdoa.
 
Doa sememangnya senjata kekuatan muslim. Dalam satu hari, banyak masa yang dianjurkan untuk kita berdoa. Tapi kadang- kadang, kita hanya biarkan waktu itu berlalu begitu saja.
 
Jadi bila masa terbaik untuk berdoa?
 
#1 Sepanjang Malam, Terutamanya Sepertiga Akhir Dan Waktu Sahur
 
"Allah turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata, Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Aku kabulkan? Ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Aku berikan, ada sesiapa yang beristighfar untuk Aku ampunkan?" (Riwayat al-Bukhari)
 
#2 Ketika Bangun Tidur
 
Khusus untuk orang yang tidur dalam keadaan bersuci dan ingat kepada Allah. "Seorang hamba yang tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat, Allah akan mengabulkannya." (Riwayat Ibn Majah)
 
# 3 Ketika Ayam Berkokok

 
"Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat." (Riwayat al-Bukhari)
 
#4 Antara Azan Dan Iqamat
 
"Doa tidak akan ditolak antara azan dengan iqamah." (Riwayat al-Tirmizi)
 
#5 Sujud
 
"Sehampir- hampir hamba kepada Tuhannya adalah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa." (Riwayat Muslim)
 
#6 Selepas Berselawat Dalam Tahiyat Akhir
 
Nabi mendengar seorang sahabat membaca tahiyat akhir dalam solatnya, beliau memuji Allah, kemudia berselawat ke atas Baginda, kemudian Baginda bersabda: "Mintalah kepada Allah nescaya akan diberikan dan mohonlah nescaya dipenuhi." (Riwayat al- Tirmizi)
 
#7 Usai Solat Lima Waktu

Ketika Rasulullah ditanya tentang doa paling didengari oleh Allah, Baginda menjawab. "Di pertengahan malam dan selesai solat fardu." (Riwayat al-Tirmizi)
 
#8 Ketika Iman Meningkat Kerana Ketaatan
 
"Dan hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah sunat sehingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah. Jika dia meminta akan Aku berikan, jika dia meminta pertolongan nescaya Aku lindungi." (Riwayat al- Bukhari)
 
# 9 Ketika Diuji
 
Hal ini kebiasaannya orang yang dalam kesusahan akan lebih bersungguh- sungguh berdoa. Allah berfirman : "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya dan yang menghapuskan kesusahan." (Al- Naml 27:62)
 
#10 Bermusafir
 
"Tiga doa yang tidak akan tertolak; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa bapa kepada anaknya." (Riwayat al- Tirmizi)
 
#11 Ketika Hujan Turun

"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun."   : (Riwayat Abu Dawud)
 
Di anjurkan membaca doa semasa hujan :
 
 
 
Sebenarnya bukan masa- masa ini saja kita perlu berdoa. Segenap kehidupan kita perlu digunakan untuk mengingati Allah. Ingat Allah semasa senang dan juga semasa kita susah.
 
Semoga bermanfaat!
 
Sumber : 101 doa Daripada Hadis Sahih, Ust Zahazan Mohamed. (Solusi 75)

Ulasan

Catatan Popular