Rabu, 20 Disember 2017

8 Tanda Hamil Anak Perempuan Menurut Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum kalian..

Setelah dikurniai seorang puteri dan dua putera, kali ini aku disahkan mengandung anak ke empat. Due 27 Mei 2018 dan detik ini, kandunganku sudah menginjak masuk minggu ke 14. Alhamdulillah.

Maisha Nuwairah bt Mohamad Nazim, puteri sulung yang kini sudah berusia 6 tahun


Seperti masalah kehamilan sebelum ini, aku memang trauma untuk mengandung lagi. Ahaks, mesti korang cakap, trauma trauma pun, anak sudah masuk 4 kott!!

Begitulah WANITA.

Walaupun berat dan mengalami kesukaran semasa hamil, tapi apabila melihat anak itu terlahir dari rahim sendiri, Masya Allah SubhanAllah... kiriman dari syurga buat di dunia. 

Tidak tergambar oleh kata- kata kan?

Trauma kenapa pulak? 
Masalah 'morning sickness' yang teruk, bukan setakat morning, malah sepanjang hari. Kadang sehari 4 hingga 6 kali muntah. Badan letih dan sangat kurang bermaya. Kurang darah, bacaan Hb rendah.

Aku tanya dengan ibu. Bagaimana keadaan ibu dulu semasa hamil kami yang keSEBELASan utama ni? 

Percaya atau tidak, ibu lagi teruk dari aku. Katanya, satu makanan pun tidak boleh masuk ke dalam tekaknya kecuali air kelapa. Perghhh, memang sakitnya tuh di sini!

Jadi, aku rasa, setiap kita wanita yang mengandung ni akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan ibu sendiri semasa hamil dulu. Kann? Lebih kurang gitu lah.

Dan perkara pertama yang terlintas di fikiran, jantina bayi bukan?

Dari pengalaman sendiri, naluriku kuat mengatakan yang sekarang ini aku tengah mengandung anak perempuan. Kalaulah diizinkan Allah, akan adalah kawan Maisha lepas ni.

Kenapa naluriku rasa sedemikian? Sebab simptom- simptom mengandung Maisha dulu sedang aku rasakan sekarang ini.

Disini aku senaraikan kenapa ya..

1. Tidak boleh makan ayam dan daging. Makan seafood saja.

2. Tidak boleh bau masakan yang kuat.

3. Tidak boleh makan pedas.

4. Mahu makan benda yang manis saja. Jus buah, coklat, gula- gula dan mangga manis. Nyummy.

5. Wajah kurang berseri. Timbul jerawat dan seakan- akan ruam gitu penuh di muka. Betullah kata orang tua, bayi itu akan mengambil 'kecantikan' dari ibunya. 

6. Cenderung baring ke arah kanan.

7. Emosi sangat tidak stabil. Suka marah saja. Maisha selalu cakap, "Ibu ni asyik marah ja, macam 'monster' ..." Bukan salah ibu mengandung, salah hormon hehe.

8. Perut kelihatan lebih bulat berbanding mengandung anak lelaki, lebih bujur.

Untuk lebih tepat lagi, in shaa Allah akan pegi scan jantina bermula minggu ke 20. Berdebar jugak ni.

Mungkinkah ramalanku benar belaka? 

Hanya Dia yang tahu. Wallaua'lam.

Salam sayang,
ibum3m



3 ulasan:

Nurdiana Aniff berkata...

Alhamdulillah. Seimbang anak lelaki dan perempuan Mas :) Mas memang kuat. Walaupun teruk simptom morning sickness tapi dah nak masuk 4 dah :D

dya nasir berkata...

mungkin ramalan tu betul..

Lya Abdul berkata...

Dya.. ramalanku tidak benar, huhu, kali ini baby boy lagi. apapun, syukur Alhamdulillah

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...