Khamis, 11 Januari 2018

Persamaan Dengan Dato Seri Siti Nurhaliza Sempena Birthday DCT

Assalamualaikum..

teruja hari ni sebab besday kesayanganku dan juga kesayangan satu Malaya ini.


Tidak lain tidak bukan Dato Seri Siti Nurhaliza. Membesar dengan lagu- lagunya sangat menggamit memori zaman sekolah dulu.

Lagu- lagu evergreennya di putar di setiap corong radio hari ni sempena harijadi beliau.

Topik ini ku pilih selepas mendengar radio Era fm petang tadi yang ku kira begitu menarik juga untuk dikongsi.

Apakah persamaan kalian dengan DCT? Daku pun tidak mahu ketinggalan ya.

1. Suka menyanyi
2. Punya suara yang ku kira merdu la jugak .. kasi can la perasan lebih..KahKahKah
3. Pernah mengikuti pertandingan nyanyian dan menjadi juara. Aku sekadar juara bintang kecil sekolah rendah jak punn..
4. Kini Mengandung dan bakal menimang cahayamata pada tahun 2018
5. Naluriku mengatakan ini baby girl. Mungkin sama juga jantina bakal bayi DCT.
6. Bayi DCT bakal lahir bulan Mac, bulan kelahiran sama denganku.
7. Mengidam manis- manis, tidak boleh makan pedas.

Ehm ku rasa cukuplah ini saja yang dikongsi. Lebih- lebih nanti muntah pulak kalian.

KahKahKah

Dariku,
Bukan serupa DCT😊

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...