Sabtu, 19 Mei 2018

Cara Elak Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa Buat Ibu Hamil 38 Minggu

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang ketiga. Alhamdulillah Dia beri lagi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.




Sebenarnya, terasa begitu sayu dan sebak. Inilah Ramadhan pertama kami tanpa bapak. Seluruh keluarga bersedih, ku kira ibu lagi sedih. Bapak sudah meninggalkan kami semua pada 3 Februari yang lepas.

Ku doakan semoga rohnya tenang dan ditempatkan di tempat tertinggi di Jannah. Aamiin.

Untuk diri ini, walaupun sudah menginjak Ramadhan ke tiga, hari ini baru lah mencuba untuk berpuasa. Dalam usia kandungan 38minggu, takut juga ada apa- apa yang boleh menjejaskan diri dan juga bayi.

Alhamdulillah, usai sahur nasi, makan ala kadar sahaja. Tidak lupa mengambil 1 sudu ESP dan 2 sudu Performance Drink yang dicampur dengan jus mangga.


Makan 2 biji kurma. Lepas tu, 1 biji Vitalea, 1 biji Vitamin B dan 1 biji Vitamin C. Minum 2 gelas air suam.

Dan bermulalah puasa hari pertama si Mak yong.

Bila jam menunjukkan pukul 12 tengahari, terasa pening sedikit. Bawa berehat, duduk saja di tepi katil sambil pejam mata.

Akhirnya tertidur pulak sehinggalah azan Zohor. Usai solat Zohor, rasa lebih bertenaga.

Turunlah ke dapur dan buat juadah berbuka. Ehm, buat minuman jeli sedap, resepi dari Tawau.

Emak mertua kata kita goreng mihun saja la untuk berbuka. Aku setuju.

Sebabnya, kalau di Tawau, memang boleh dikatakan setiap hari menu utama berbuka ialah mihun atau mee goreng saja.
Tidak pernah berbuka dengan nasi dan lauk pauk. Ini cuma resepi semasa sahur. 

Alhamdulillah, tidak ada rasa lapar dan dahaga. Cuma hanya si kecil ini sahaja yang kerap kali mengeras, mungkin cuma ingin menyesuaikan diri dengan keadaan berpuasa si ibu.


Berakhirlah puasa pertama Mak Yong dengan jayanya. In shaa Allah, kita cuba lagi untuk esok hari.

Bagiku, jangan terlalu paksa diri. Jika tidak tahan, boleh saja berbuka.

Syukur juga dibantu dengan supplemen tambahan Shaklee. Dapat juga Mak Yong merasa berpuasa di usia kandungan 9 bulan ini.

Dengan izinNya juga.

Ingin dapatkan minuman tenaga untuk elak lapar dan dahaga semasa berpuasa, boleh saja hubungi Mas 013-6341955 ya.

Salam Ramadhan Kareem.

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...