Selasa, 9 Oktober 2018

Kekuatanku, Kesayanganku

Bismillahirrahmanirrahim

Anak pertama memang sangat di sayang. Maisha Nuwairah Bt Mohamad Nazim, cucu pertama sebelah asben, cucu ke lapan sebelahku. Anak Malaysiaku yang lahir tepat pada 16 September 2011.


Anak pertama, biasalah. Semuanya serba baru, pengalaman baru dan buat pertama kali dapat tinggal bersama dengan ayahnya. Alhamdulillah dapat berhijrah dari KK ke Semenanjung. Tiada lagi istilah PJJ buat kami.

Dari dialah, aku mengenal dunia perjuangan penyusuan. Gugel sana, gugel sini. Try itu, try ini. Beli majalah Pa&Ma, beli buku penyusuan, berkongsi cerita dan kisah perjuangan yang sama dengan sahabat seperjuangan.

Dia banyak mengajar aku erti tabah, sabar, kuat, ilmu, ceria, sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi sesuatu.

Dengan pengalaman berharga inilah, aku cuba untuk berkongsi seberapa yang mampu dengan sahabat yang lain. Ya gelanggang kami memang sama.

Sungguh rasa puas dan gembira jika dapat membantu mereka untuk sentiasa sama- sama usaha dan fikir positif ja dalam perjuangan kami. Dan di jalan ini jugalah aku dipertemukan dengan bisnes ini. Sungguh ianya memberi semangat buat diriku.

Alhamdulillah aku tidak mau berhenti di sini. Sekurang- kurangnya inilah kebaikan yang ingin ku tabur kepada mereka bagi menambahkan lagi saham akhiratku di sana nanti.

Semoga kami semua tabah dalam perjuangan ini.. Aamiin

'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'

Masliani Hj Abdul
Pejuang penyusuan tiada terhenti

Tiada ulasan:

Masalah Anemia : Cara Meningkatkan Bacaan Hb Rendah Di Kalangan Ibu Hamil

Assalamualaikum Ramai para ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah anemia, tekanan darah rendah dan bacaan Hb rendah ketika hami...