Jumaat, 19 Oktober 2018

Pabila Rindu Bertamu

Salam Jumaat

Alhamdulillah
Maisha sudah merdeka hari ini.
Oleh kerana dia sekolah agama integrasi, jadinya sehari pasti ada 2 atau 3 paper yang dihadapi. Ibu berdoa ja di samping ulangkaji juga sedikit bersama dia

Teringat akan arwah beliau
Terimbau setiap satu memori bersamanya.

Sering panaskan air untuk mandi setiap kali kami ke sekolah. Pabila kami ada ujian penting, beliau selalu mendesak untuk menghantar kami ke sekolah walaupun hari kebiasaannya, akan pergi menaiki bas.
.
Di sepanjang perjalanan, akan selalu berkata,
“Ingat ya nak, kita bukan keluarga senang. Selalu masa sujud terakhir dalam solat tu, bapak mintak doa. Bapak doa supaya semua anak bapak berjaya dalam pelajaran.

Kalau anak orang lain boleh, pasti anak Abdul pun boleh juga. Kalau jawab soalan, baca doa dan minta tolong sama Allah ya nak.”
.
Begitulah juga ibu pesan dengan Maisha. Sebolehnya tidak mahu mendesak, cukup dengan memberi kata- kata semangat yang dia boleh BUAT.

Dua hari lepas, adik kongsikan video lama arwah dengan Maisha.

Allahuakbar, rindu serindu- rindunya. Semoga arwah bapak tenang di sana. Walaupun ku tahu, arwah disana mesti sudah tenang dan tiada lagi sakit yang perlu ditanggung.

Senantiasa mendoakan bapak.

Mudahan diperluaskan kubur bapak, diterangi dengan cahaya, penuh kehijauan seperti taman di syurga dan juga seperti Taman Marannu yang bapak cipta di halaman rumah.

Kasihanilah dia ya Allah.
Kurniakan dia jannah FirdausMu.

Bapak, kita pasti bertemu.
Satu hari nanti.
Inshaa Allah

Masliani Hj Abdul,
Rindu yang tak pernah padam

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...