Khamis, 4 Oktober 2018

Cara Untuk Mendapatkan Bekalan Vitamin C Yang Mencukupi Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum
Selamat Datang Oktober yang penuh warna warni. Sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi kepada kalian, pembaca blog ini berkenaan dengan promosi bulan Oktober dari Shaklee.

Pertama, ada promosi Vitamin C Sustained Release 500mg. Siapa peminat tegar Vitamin C? Angkat tangan. Sekiranya peminat tegar, sememangnya tidak mahu ketinggalan untuk meneruskan amalan Vitamin C ini setiap hari.
Banyak sangat manfaatnya.
Siapakah yang seharusnya mengambil Vitamin C? Bagi ku, setiap seorang dari kita mesti mengamalkan vitamin ini kerana badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendirinya.
Itulah kenapa, vitaminr C ini tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Dimana ianya tidak boleh disimpan di dalam badan kita, kita kena dapatkannya daripada sumber makanan atau supplemen tambahan.

Vitamin C ini banyak hilang melalui air peluh dan air kencing manusia.

Pernahkah kalian mengalami simptom seperti di bawah?

1- Rambut kering dan bercabang
2- Masalah gusi berdarah
3- Kurang darah merah iaitu Anemia
4- Kulit bersisik
5- Luka lambat sembuh
6- Mudah lebam
7- Kulit wajah bermasalah

Sekiranya Ya, pastinya kalianlah orangnya yang perlu mengamalkan Vitamin C ini.

Apakah pula manfaat Vitamin C selain meningkatkan imun sistem atau askar dalam badan kita. Diantaranya ialah:

1- Menyokong pertumbuhan gigi dan gusi yang sihat.
2- Meningkatkan penghasilan sel darah merah dimana vitamin C bertindak bersama ion untuk mengikat oksigen lebih efektif agar dapat disalurkan ke seluruh bahagian badan.
3- Membina antibodi yang lebih kuat dimana sel darah putih dapat bekerja dengan lebih baik.
4- Memperolehi kulit yang cantik kerana Vitamin C berfungsi untuk mengikat kolagen dengan efektif supaya kulit lebih kelihatan anjal dan tegang.
5- Bantu mencerahkan kulit terutamanya untuk mengelakkan sunburn.
6- Membantu pertumbuhan kuku dan rambut yang lebih cantik.

7- Membantu penyerapan kalsium dalam badan, bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah sakit sendi dan tulang patah.
Kenapa kalian mesti memilih untuk mengamalkan Vitamin C dari Shaklee?
Apa istimewanya Vitamin C Shaklee dari Vitamin C yang berada di pasaran?
1- Sumber askorbik asidnya diekstrak daripada bahan semulajadi iaitu jagung.
2- Nilai tambah ‘bioflavonoids’ berfungsi untuk meningkatkan keupayaan antioksida, diambil dari khasiat lemon, buah oren dan limau gedang.
3- Mempunyai teknologi Sustained Release dimana ianya mampu berada di dalam tubuh seseorang selama 5 jam. Setiap 100mg Vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat dan sedikit demi sedikit melalui teknologi sistem pelepasan masa.
4- Mengandungi 180 biji. Penggunaan selama 6 bulan kerana pengambilan hanya satu biji sehari.
Apakah promosi bulan Oktober yang melibatkan Vitamin C ini?
Sekiranya kalian membeli 3 botol Vitamin C, kalian akan mendapat diskaun 5%.
Harga sebenar satu botol vitamin C ialah RM97.50. Sekiranya 3 botol, jumlah kesemuanya RM292.50.
Akan tetapi, bulan ini sahaja, harga 3 botol Vitamin C menjadi RM277.88 sahaja. Jimat bukan?

Mari kita lihat testimoni pengguna tegar Vitamin C ini.

Tiada ulasan:

Perjalanan Balik Ke Tawau Bersama 4 Anak Kecil

Assalamualaikum Alhamdulillah penerbangan pertama dari MAS pukul 7.20 pagi ke Tawau Sabah. Syukur anak- anak semuanya mood baik. Dan...