Selasa, 24 April 2018

Senarai Checklist Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital

Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik, tidak ku sangka, waktu amat cepat berputar.


Kandungan sudah memasuki ke 36 minggu. Memang segala persediaan 90% sudah lengkap. Ada beberapa lagi senarai ibu yang belum lengkap.

In shaa Allah hujung minggu ini akan ke baby expo di IDCC Shah Alam.

Sebelum tu, nurse di KKIA berpesan, letak beg dalam kereta ya ibu.

Baiklah nurse! Saya yang menurut perintah.

Jom semak checklist keperluan untuk bersalin buat si ibu, bayi dan ayah.

Ibu
1. Tuala
2. Kain batik
3. Maternity pad
4. Disposable panties, bra menyusu
5. Baju untuk pulang ke rumah
6. Nursing cover
7. Stokin tebal
8. Tudung
9. Toiletries
10. Buku pink
11. Hp, charger hp
12. Minyak angin

Bayi
1. Pampers
2. Bedung & barut bayi
3. Baju lengan pendek & seluar
4. Baju lengan panjang & seluar
5. Topi bayi
6. Mittens & booties
7. Receiving blankets
8. Tuala bayi (kecil & besar)
9. Minyak telon

Ayah
1. Baju
2. Selimut
3. Berus gigi
4. Kasut
5. Tuala

Bakul
1. Air zamzam
2. Kurma
3. Milo, roti, biskut
4. Air masak
5. Thermos
6. Cawan, sudu, garfu

Sudah siap semuanya, bolehlah masukkan ke dalam kereta.

Berdebar dan tak sabar juga nak bersalin. Walaupun ini kandungan yang ke empat, tetap ada rasa takut untuk menghadapi kontraksi sebelum melahirkan itu.

Tidak dilupa Set Berpantang Shaklee tetap menjadi pilihan. Hasil dan kesannya memang terbaik, selain bahan- bahannya yang selamat, semulajadi dan tetap berkesan.

Mahu berkongsi pengalaman yang sama? Boleh saja hubungi MAS 013.634.1955 ya.


Mudahan dipermudahkan semuanya. In shaa Allah Aamiin.

Salam sayang,
ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...