Rabu, 12 Februari 2014

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Terhadap Ibu dan Bayi

 
 
Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu MAMPU menyusui sendiri anaknya.

Susu ibu merupakan makanan TERBAIK bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat.

Susu ibu juga mempunyai DAYA TAHAN yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis KANSER seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu- ibu yang menyusui bayinya.

Penyusuan secara EKSLUSIF disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun lebih.
 

Diet yang seimbang amat PENTING bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya :

1) MULTIVITAMIN (VITALEA)


Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

2) PROTEIN (Energizing Soy Protein @ ESP)


Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel- sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang- kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

3) VITAMIN C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil Vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara EKSLUSIF dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

4) VITAMIN B KOMPLEKS


Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel- sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.

5) KALSIUM (OSTEMATRIKS)


40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak
1300mg kalsium setiap hari.

6) ASID LEMAK OMEGA 3 (OMEGA GUARD)


Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak- kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

7) ALFALFA


Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan- bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
 
 
Sumber: Shaklee Today 2012

 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com.my
 
 



Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...