Isnin, 31 Mac 2014

Aku Si RaTu Jamu???

Salam bahagia

Sejak kecil lagi, Ibu saya memang mengamalkan minum jamu. Jamu ini memang senang di dapati dan sememangnya ada saja wanita Jawa yang datang menggendong bakul yang penuh berisi botol- botol yang mengandungi pelbagai jenis campuran jamu. Justeru tidak hairanlah kami semua adik beradik perempuan yang seramai 8 orang, memang sangat meminati jamu asli ni.

Kebiasaannya, setiap pagi isnin mbak (panggilan untuk wanita Jawa penjual jamu gendong) ni akan datang ke rumah di sekitar kawasan perumahan untuk menjual Jamu. Jamu yang dijual sangat asli kerana semuanya dibuat oleh campuran2 asli seperti beras kencur, halia, daun sirih dan macam2 lagi. Semestinya bukan yang siap dalam paket ya. Kelainan dari segi rasa memang sangat sedap dan sangat berkesan apalagi jamu halia, terus boleh buang angin masa tu jugak.hehe

macam ni la penjual jamu gendong


Jadi, mau dijadikan cerita, semasa berpantang pun saya memang mengamalkan jamu tapi saya beli yang paket serbuk Jamu Air Mancur Indonesia sahaja yang berharga RM60 yang kebiasaannya dijual di pasar Tawau. Ibu saya semasa berpantang anak sehingga yang ke-sebelas semuanya menggunakan Jamu Air Mancur.

Akan tetapi, Jamu Air Mancur hanya di amalkan selepas seminggu usia bayi. Seminggu pertama saya mengamalkan Jamu gendong dalam paket khas yang amat pahit rasanya. Semuanya berasaskan herba- herba terpilih.

Mesti terkejut kan, Jamu dan Shaklee? Boleh ka ambil kedua-duanya masa berpantang? Bila masa pulak mau amalkan Shaklee dan bila masa pulak nak telan jamu?
Sejujurnya, semasa berpantang anak kedua, memang saya mengamalkan kedua-duanya. Jamu dan Shaklee. Boleh asalkan ibu-ibu menjarakkan pengambilan Jamu dan Shaklee tersebut selama 2 jam.

Jadual Pengambilan

Pagi sblm breakfast : Jamu
Minum pagi (10pg) : Vit B 1biji dan Zink 1biji
Tghari: Vitalea 1biji, Vitamin C 1biji
Minum petang: Jamu
Malam: ESP 1scoop, Zink 1biji, Ostematriks 4biji
Awal pagi (3/4 am) : ESP 1scoop

Klik SINI untuk mengetahui setiap maklumat vitamin dalam set berpantang atau bersalin Shaklee.

Kesannya? 

Alhamdulillah sangat berbaloi,  selepas 2 minggu luka sudah sembuh dan saya mampu untuk memasak dan melakukan kerja- kerja rumah yang ringan sahaja. Masa ni memang teringin mau makan kek, maka saya sempat lagi masuk dapur untuk buat kek coklat..huhu..


sila abaikan kek yang merekah atas tu ya..hehe


Susu memang meriah, saya membuat stok seawal sebulan usia Mikail dan mula mengepam susu seawal 3 hari masa berpantang. Sudah pasti saya dapat pam susu awal yang mengandungi tinggi kadar kolustrum yang sangat penting untuk bayi.


kolustrum 3 hari berpantang


Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh 2 bulan saya dapat kumpul lebih kurang 500oz ++ dan percaya atau tidak, semua stok susu ni diterbangkan khas dari Tawau ke Putrajaya!! ;-)) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Kebaikan lain

Apa yang paling menggembirakan saya adalah masalah utama iaitu SEMBELIT tiada lagi!!! Terbayang masa berpantang Maisha, anak pertama memang menyakitkan. Tidak dapat saya gambarkan keadaan pada masa itu, memang menangis dalam toilet.huh..

Selain itu, di sepanjang tempoh berpantang, badan terasa lebih bertenaga dan emosi lebih stabil walaupun sentiasa tidak cukup tidur, hanya tidur 3- 4 jam sahaja tapi dengan pengambilan Ostematriks, tidur memang sangat lena dan berkualiti, bangun pagi terasa segar, tidak terasa lenguh2 badan dan sakit belakang.

Bagi baby Mikail pula, memang bagai dipam, mana tidaknya beratnya naik sekali ganda pada bulan pertama, dari 3.2 kg terus melonjak ke 6.4 kg..;-) 



25 Ogos 2013, 11.15 pagi di Hospital Tawau,Sabah


Muhammad Nuh Mikail, 3.2 kg




Mikail 2 bulan

Sesungguhnya pengalaman ini sangat berharga buat saya sekeluarga. Doa saya semoga Muhammad Nuh Mikail bin Mohamad Nazim akan menjadi anak yang taat, patuh dan soleh kelak.. Insya Allah. Aamiin.. ;-)

Salam Sayang,
ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...