Selasa, 20 Mei 2014

Harga Milo Malaysia Vs Milo Australia

Assalamualaikum semua..

Hari ni mood ibum2m masih lagi melayang- layang di Tawau. Hari pertama selepas bercuti seminggu memang sangat tidak mengujakan sebab pagi- pagi lagi sudah menghantar m2m pigi pengasuh, memang nangis la m2m..Aduss ibu terpaksa bertabah demi family tersayang..

Mo dijadikan cerita, ibum2m memang peminat tegar MILO termasuklah Maisha. Minuman ni lah pencetus tenaga, 'pembuka selera di setiap pagi..Tapi adakah anda tahu yang MILO sekarang tidak sesedap MILO dahulu. Mertua ibum2m sendiri mengakuinya..

Sehinggalah tahun ni, ibum2m dihadiahkan MILO Australia yang memang harganya lebih mahal dari Milo Malaysia, RM60 lebih satu tin ya. Tapi apabila ibum2m membelek2 tinnya, naahhh ternyata Milo Australia ni mempunyai KELEBIHAN macam ESP SHAKLEE, tu sebablah harganya lagi mahal. Ianya mempunyai KEISTIMEWAAN iaitu Indeks Glisemik Rendah ya..sangat bagus untuk penghidap kencing manis.



Indeks Glisemik ni sebenarnya adalah ranking makanan yang berunsurkan karbohidrat dan boleh membantu mengawal paras gula dalam darah kita. Makanan yang mempunyai GI bawah 55 dikategorikan sebagai rendah, GI 55-65 sebagai sederhana dan GI 70 ke atas sebagai tinggi.

Milo Australia mempunyai GI kategori RENDAH iaitu bawah 40 yang setanding dengan ESP Shaklee yang mempunyai GI 39. Manakala, perkara menyedihkan Milo Malaysia tidak mempunyai Indeks Glisemik pun..huhu


Jadi benarlah kata pepatah 'alah membeli, menang memakai'. Kadang- kadang kita perlu juga memilih barang yang harganya lebih mahal setanding dengan kualiti yang ada pada sesuatu barang tersebut. 

Bukannya memilih sangat, tetapi bagi ibum2m, jikalau ia nya melibatkan kesihatan diri sendiri dan keluarga, sebaiknya buatlah PILIHAN YANG BIJAK!! Jangan terus reject pada barang yang harganya lebih murah atau mahal harganya, buatlah perbandingan dan penilaian yang terbaik untuk kebaikan dan manfaat semua.

Semoga bermanfaat.

Love,
Ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...