Rabu, 14 Mei 2014

Rahsia Bayi Comel Gebuss BamBam

Salam sayang dari Tawau..

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah. Ibum2m masih dalam mood bercuti dan berehat di rumah bersama famili di Tawau. 



Mood m2m pulak asyik berkepit ja dengan ibu. Mikail nda mau dengan orang lain selain ibum2m, diletak takut dan minta dukung ja manakala Maisha nda bole ibu lepas dari pandangan, terus meroyan kalau ibu hilang..lagi satu, nda boleh ibu pegang hp, lagi cakap ' Boleh tak Maisha pinjam princess, kejaaaapp ja ibu'..seram btul permintaannya untuk dipenuhi. No! Ibum2m mesti tegas, no gadget ya..mo ikut Wardina didik anak..;-)

Dijadikan cerita, semua famili geram tengok Mikail yang bambam tu. Dan tambah terkejut klu bagitau yang dia hanya menyusu badan sahaja! Nampaknya masih ramai lagi yang kurang yakin dengan KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN anugerah yang tidak ternilai iaitu SUSU IBU..

Godek- godek Majalah Pa&Ma, ada disebut mengenai : 
Kenapa budak yang menyusu susu ibu ada yang gempal dan ada pulak yang kecil dari biasa?
 
Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya kelihatan gempal dipercayai kesan daripada kerap menyusu malam manakala bayi yang agak kecil lebih kerap menyusu pada siang hari dan kurang melakukannya di waktu malam. Ini kerana pada waktu malam, susu makin berlemak (hindmilk).

Wah, ini rupanya RAHSIA untuk mendapat baby BamBam! Jadi untuk ibu-ibu yang sering mengeluh anak bangun setiap jam waktu malam, BERHENTI MENGELUH sebab ini adalah satu proses untuk membuatkan bayi anda lagi dan lebih dan laaaagiii COMEL DAN GEBUSS BAMBAM!!!

Dan untuk sentiasa memastikan bekalan susu sentiasa berterusan dan meriah, ibum2m akan makan 4 biji Ostematriks dan 1 sudu ESP sebelum tidur. Ini supaya tidur walaupun tidur- tidur ayam ku sentiasa berkualiti dan lena..

Semoga bermanfaat..

Love, 
Ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...