Jumaat, 9 Mei 2014

Ostematriks : Hilang Kombo Sakit Belakang Dan Sembelit Malah Mampu Tidur Lena Diulit Mimpi Indah


Semestinya kita semua pernah mengalami sakit belakang dan sering lenguh- lenguh di badan kan?

Apatah lagi, golongan ibu cekal yang menyusukan anak dan berjaga malam, suami yang letih berkerja seharian, wanita mengandung dan golongan yang lebih berusia sememangnya sering mengeluh kerana mengalami situasi yang sama.

Pengalaman sendiri, ibum2m sememangnya selalu mengalami sakit belakang disebabkan postur badan yang salah, menyusukan anak dan mendukung anak.   Sudahnya, memang sapu dengan minyak angin sahaja. Akan tetapi, kejap kejap sahaja rasa sakit itu hilang.
Secara tradisionalnya, ada beberapa petua yang boleh kita praktikkan bagi mengatasi masalah yang di alami . Antaranya :
1. Halia

Ambil 3 batang halia dan segenggam asam jawa. Cuci halia, parut dan campurkan dengan asam tadi hingga sebati. Sapukan campuran tersebut pada bahagian yang sakit.
2. Daun kecubung


Ambil 10 helai daun kecubung yang ditumbuk bersama kapur sirih sampai hancur. Tampal pada bahagian yang sakit 2 hingga 3 kali sehari sehinggalah rasa sakit tu beransur pulih.
3. Daun buah nona

Rebus 20 helai daun nona bersama 5 gelas air. Biarkan mendidih sampai 3 gelas. Minum air rebusan sebanyak satu gelas sehari dengan kadar setengah gelas setiap kali minum.

Tapi, jika kemalasan melanda diri, ibum2m sarankan agar mengambil supplemen berunsurkan kalsium sebagai contoh Ostematriks Shaklee. Alhamdulillah selepas ibum2m mengamalkan Ostematriks, masalah tersebut berkurangan dan kadang- kadang hilang selama beberapa hari. Oh, sebenarnya selama ini, badan kita kekurangan kalsium!
Khasiat Ostematriks ?
1. Mengurangkan masalah lenguh- lenguh dan sakit badan terutamanya di bahagian tengkuk, bahu, pinggang dan sebagainya.
2. Membantu proses pengecutan dan pengenduran otot sekaligus melancarkan pelawasan dan mengelakkan sembelit khususnya bagi ibu- ibu yang lepas bersalin.
3. Menolong membina dan mengekalkan kesihatan tulang, gigi dan otot yang sihat. 
4. Mengurangkan kekejangan otot dan kebas- kebas.
5. Mengurangkan gejala PMS dan senggugut.
6. Membantu merehatkan otot bagi mengelakkan stress dan tekanan.
7. Membuatkan anda lena tidur dan badan sentiasa cergas pada keesokan hari.
Kelebihan Ostematriks Shaklee ni bukan sekadar Kalsium semata- mata ya tapi lengkap dengan Magnesium, Vitamin D, Zink, Mangan, Copper dan Boron.
KALSIUM sangat penting dalam diet seharian bagi mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Meredakan kontraksi otot (kekejangan) termasuk degupan jantung. Memastikan pengaliran darah lancar.
VITAMIN D membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka tubuh dan memperbaiki penyakit periodontal. Ia juga dikenali sebagai ‘hormone calcitriol’ iaitu Vitamin D aktif. Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan tulang rapuh.
MAGNESIUM membantu menukarkan apa yang dimakan menjadi tenaga, mengekalkan kandungan air dalam usus dan melembutkan najis.
COPPER membantu membina sel darah merah dan sel darah putih dan merangsang pelepasan zat besi untuk membentuk hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Sangat penting dalam tumbesaran bayi, perkembangan otak, system imun dan tulang yang sihat.
ZINK membantu membina sel-sel baru dan enzim serta membantu memproses karbohidrat, lemak dan protein dalam makanan yang diambil. Zink juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
BORON penting untuk membantu penyerapan khasiat mineral dari makanan yang diambil.
Untuk itu, ibum2m amat menyarankan Ostematriks untuk semua golongan. Untuk pengetahuan, secara normal badan kita memerlukan 1000 mg kalsium bagi memenuhi keperluan seharian. Oleh kerana dalam setiap tablet Ostematriks Shaklee ada 250mg kalsium, jadi ibum2m akan makan 4 biji Ostematriks sebelum tidur. Alhamdulillah, tidur memang sangat berkualiti walaupun selalu terjaga malam dan setiap kali bangun pagi, memang badan akan terasa cergas.
Harga sebotol Ostematriks Shaklee memang sangat Murah iaitu RM61 untuk 120 biji. Sebotol memang cukup penggunaan selama 1 bulan. Dan perlu di ingat!! Inilah produk paling LARIS dalam kedai ibum2m, ala- ala The Most Wanted Product la untuk semua golongan tidak kira usia...khususnya bagi ibu- ibu yang menyusu of course!!! Bole meningkatkan penghasilan susu jugak tau ..;-)

Boleh klik SINI untuk baca pengalaman berpantang ibum2m dengan Ostematriks Shaklee.
Mari tengok testimoni ..


Apa tunggu lagi kawan, mari order..hanya dengan RM61 maka hilanglah penderitaan sakit belakang, sembelit dan tidur nyenyak kita reramai..Insya Allah dengan izinNya jua..
Untuk order, boleh hubungi terus ibum2m di talian 013-6341955. COD Area Putrajaya.
Semoga bermanfaat untuk semua..
Salam Sayang,
ibum2m


Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...