Tips Mengisi Perut Bayi

Salam sayang dari Tawau..

Hari ni Alhamdulillah, syukur ibum2m dapat berkumpul lagi dengan keluarga di Tawau sempena Hari Ibu. Terharu gembira dan perasaan bercampur baur kerana inilah duit hasil usaha bisnes Shaklee, dapat beli tiket balik Sabah! Tapi kali ni hanya ibum2m dan m2m saja sebab incik chenta banyak keja..


Hari ni mo berkongsi pengalaman memperkenalkan makanan kepada Mikail setelah berjaya eksklusif BF selama 6bulan..Alhamdulillah capai tahap 'Diploma BF', another one and a half year to go..Berjuang!!!

Pengalaman ibum2m, minggu pertama dan minggu kedua, introduce makanan bermula dengan bubur nasi sahaja yang di'blend', nda payah letak apa- apa kecuali bubur nasi dan air susu semata- mata.. Minggu ketiga dan ke empat, start campur sayur- sayuran. Contohnya brokoli, lobak, kentang, labu dan lain- lain. Tapi untuk setiap 3 hari, 1 jenis, 3 hari berikutnya jenis yang lain pula..

Masuk usia 7bulan Mikail, bubur nasi juga tapi dengan 2 jenis sayuran untuk 2 minggu pertama. Dua minggu kedua barulah mula introduce kan protein, contohnya Ayam, ikan salmon, ikan tuna dan lain- lain. Sebenarnya, inilah juga yang ibum2m praktikkan pada anak pertama, Maisha dulu. Hasilnya, memang Maisha jenis yang suka makan nasi putih, sejibik ibunya..huhu. 

Kenapa perlu kita introduce satu persatu jenis makanan kepada bayi kita? 
Ini adalah supaya kita senang memantau dan mudah tahu apa jenis makanan yang boleh menyebabkan alahan pada bayi kita.

Di sini ibum2m kongsikan 4 soalan tentang alahan makanan yang ibum2m baca dari buku baru keluaran karangkraf iaitu 300 resepi dan Panduan Lengkap Pemakanan Anak.

1. Apa itu alahan makanan?
Alahan makanan berlaku apabila sistem imun tubuh bertindak alas dengan protein yang wujud sesetengah makanan.
 
 

2. Bolehkah alahan dielakkan?
Boleh dengan cara melambatkan proses memperkenalkan makanan yang berpotensi untuk menyebabkan alahan pada anak.
 
 

3. Apakah tanda- tanda alahan?
Ruam pada kulit, sukar untuk bernafas, muntah- muntah, sakit perut dan anafilaksis.
 

4. Bagaimana caranya untuk merawat alahan?
Elakkan makanan yang berpotensi menyebabkan alahan tersebut. Jika masalah berlanjutan, sila bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Antara makanan yang perlu dielakkan sebelum bayi berusia 1 tahun adalah susu lembu, susu soya, telur, ikan, madu, kekacang, kerang- kerangan dan gandum.

Nak crita jugak ni, tadi incik asben terjumpa dengan Ustaz Don masa kami tengah solat di KLIA. Sempat bergambar dan siap kiss dan usap kepala Mikail.

Dijadikan cerita, rupanya kami satu flight sebab dia ada program di Lahad Datu, kami duduk seat 16, Ustaz Don duduk seat 17 bersama krew TV Alhijrah. Masa mo kluar kapal, sempat dorang main acah2 dengan Mikail..huhu siap ingat nama "Nuh?" katanya..;-) best jumpa dengan orang popular dan berilmu ni. Mudahan Muhammad Nuh Mikail akan menjadi insan seumpamanya..Aamiin..


Semoga bermanfaat.

Love,
ibum2m


Ulasan

Catatan Popular