Rabu, 16 November 2016

Mampukah Aku Mengejar Pelangi Itu

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap kali memandangnya, sebak terasa sehingga menusuk di sanubari ini. Tidak terduga selesai juga perjuangan yang ku kira penuh berliku dan sangat mengujiku di saat tanggungjawab begitu menghimpit.


Tawaran diterima saat sarat mengandung anak ke-2. Terpaksa di tangguhkan kerana tarikh pendaftaran seiring dengan tarikh due bersalin. Surat tawaran ku simpan kemas di dalam fail biru.



Selepas setahun, bermula lah episod sebagai seorang pelajar, pengajar, isteri dan juga ibu kepada dua permata hati. Tanya dalam hati, 'Mampukah aku?'. Setiap permulaan, mesti ada pengakhirannya. Ku kira ini hanya ujian kecil dariNya di atas niat untuk membantu keluarga kecilku.




Sesungguhnya langkah ini bukanlah mudah kerana ianya benar- benar menguji tahap kekuatan, kesabaran dan keimanan ku. Dugaan mengejar tren di awal pagi, naik turun komuter, menggalas beg pam dan buku di mana- mana. Allahuakbar 😭😭😭





SubhanAllah. 

Ku kira tanpa sokongan, dorongan, semangat dan doa kalian, tidak mungkin dapat ku selesaikan perjuangan ini. Ingin sekali ku bertemu seorang demi seorang untuk menyatakan terima kasih di atas segalanya.



'Sesungguhnya Dia tidak mengujimu dengan ujian yang tidak sebatas dengan kemampuanmu.'

Ku sanjung penghargaan buat suamiku, ibu bapaku, mertuaku, adik beradik, saudara mara, sahabat handai, para pelajarku dan semua yang mengenali diri ini.







Tidak lupa juga kepada rakan- rakan seperjuangan, Sarjana Sains Kesihatan ( Pendidikan Kesihatan) UKM batch 24 yang majoritinya terdiri dari Pegawai Promosi Kesihatan. Terima kasih segalanya. Semoga ukhwah kita tersimpul rapi dan diberkati olehNya.





KERANAMU, AKU DI SINI! 
HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS DOA KALIAN.


Aamiin 😍



Salam sayang,
Ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...