Selasa, 1 November 2016

Kisah Aku Dan Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Lahirnya seorang anak, mereka di datangkan dengan seribu satu tanggungjawab. Mereka bukanlah bebanan tapi amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.



Lahir dia, ku berazam dan berniat untuk menyusukan dia sehingga umur 2 tahun. Ku kutip segala ilmu penyusuan dari rakan- rakan dan pembacaan.


Sepanjang tempoh berpantang, bilamasa dia menangis, ibu sendiri sentiasa menjenguk dan bertanya soalan yang sama, Cukupkah susu tu? Si ibu pelik sebab anaknya yang berpantang tidak membeli sebarang susu formula sebagai stok bila tidak ada susu.

Usaha yang dibuat, pam secara konsisten. Sentiasa kosongkan miss B untuk hasil yang lebih lumayan. Setelah itu, masuk hari bekerja. Mengendong pam kemana- mana saja. Dan pam dimana saja walaupun hanya ada 10 minit saja. Ini lah prinsip yang dipegang sehinggalah lahir anak ketiga.

Maisha Nuwairah, 4 tahun dan Muhammad Nuh Mikail, 2 tahun


Teringat lagi semasa sambung belajar Master degree di UKM. Terpaksa pam di tangga yang sunyi sebab masa tidak mencukupi untuk pegi ke surau yang jauh. Mengendong pam naik turun komuter adalah satu kebiasaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Alhamdulillah berkat doa, sokongan dan usaha, kedua- duanya berjaya eksklusif penyusuan selama 6 bulan. Dan inshaa Allah, Muhammad juga begitu dalam bulan ni.

Muhammad 5 bulan

Sesungguhnya perjuangan penyusuan bukanlah mudah. Kadang rapuh, rasa 'down' , terus mencari kisah- kisah inspirasi mereka yang seperjuangan dengan kita. In shaa Allah akan timbul rasa semangat dan kekuatan dalam diri. Minta pertolongan dariNya, dan Dia akan mempermudahkan segalanya.

Harapanku semoga dengan usaha 'kecilku' ini, mereka dapat membesar dengan sihat. Tidak seperti ibu yang punya sakit jantung dahulu.

Aamiin 😍

Rasa dari hati,
KakMas aka ibum3m
Shah Alam

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini