Rabu, 14 Disember 2016

Mendaki Bukit Atau Gunung Kepuasan Ibu M3M

Assalamualaikum.

Sihat? Saja mau kongsi mengenai hobi setelah bergelar ibu ni.

Jika dulu masih single, masa lapang banyak di habiskan dengan adik beradik dan kawan- kawan. Pegi karoks la, window shopping la, tengok wayang dan banyak lagi.


Sekarang suda jadi ibu, sememangnya banyak masa di habiskan dengan famili kecilku. Hobi sekarang kebanyakannya melibatkan anak- anak.
Masak bersama Maisha. Maisha memang jenis yang asyik nak tolong ja klu ibu di dapur. Tapi tolong nya memang jenis acah- acah dan sekejap ja. Sudahnya ibu yang buat sampai habis. Penah masak minum petang, buat kek, buat play doh sama- sama dengan dia.



Main lego dengan Mikail. Ini memang ibu failed. Pening kepala ibu tengok lego yang kicik banget saiznya. Ini hobinya bersama ayah. Mikail suka tolong ibu jemur kain. Asal jak ibu keluar, mesti cakap sini Mikail tolong ya ibu.😍

Tapi di antara yang paling digemari ialah mendaki bukit atau gunung. Klu di ajak pigi berjogging atau ikut lumba lari, memang iols failed. Alhamdulillah setelah sekian lama, baru start aktif lagi untuk mendaki.

Pencapaian yang paling best ialah daki Gunung Kinabalu. Ni time form 4 dulu tahun 1999. Dapat sijil warna sebab sampai puncak walaupun agak lambat iaitu jam 6.20 pagi. Nda sempat tengok matahari terbit. Untuk pengetahuan, sapa yang tidak sampai puncak, sijil hitam putih la jawabnya. 


Pengalaman yang sangat mengujakan sebab dapat lihat pemandangan ciptaanNya yang begitu cantik. Ku simpan impian untuk daki sekali lagi sebab kawan- kawan cakap trail yang baru ni agak mencabar jugaklah. Yalah, dorang buka trail baru disebabkan peristiwa runtuhan sebelum ni. Al fatihah dan RIP buat yang terkorban.


Baru- baru ni, Alhamdulillah dapat jugak melepas gian untuk daki Bukit Broga bersama team KKM. Lagi best, bawa student iols sekali. Terasa puas hati dapat sampai ke puncak Broga. Hehe.



Pada sahabat yang suka daki bukit or gunung, jangan lupa ajak iols sekali ya. Teringin mo daki Gunung dan Bukit yang lain pulak di Malaysia ni.

Gunung obersea, eh why not kan! Best jugak tuh. Kabarkan gue ya. 😊

Salam sayang,
ibum3m

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini