Khamis, 15 Disember 2016

14 Petua Tradisi Menstabilkan Tekanan Darah

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, ada seorang sahabat tetiba mesej. Tengah mengandung anak kedua, pegi check up, tekanan darahnya tinggi. Terpaksa ON medication. Jadi, mo minta pendapat dan cadangan supplemen untuk tekanan darah tinggi.


Selepas dapat konsultasi doktor, ada jugak beberapa petua yang boleh dibuat secara DIY untuk menstabilkan tekanan darah ni. Jom tengok petua ni.

1. Buat jus segar campur belimbing dan epal hijau pada waktu pagi dan malam.

2. Minum air rendaman cincau sebanyak satu liter sehari.

3. Ambil saderi sebagai ulam dan snek. Buat jus pun boleh. Kisar empat batang saderi dengan epal hijau untuk dijadikan jus dan minum.

4. Minum air kelapa dalam kuantiti sederhana iaitu satu hingga dua gelas.

5. Timun boleh dijadikan snek, ulam atau jus.

6. Jus ekstrak delima di ambil dalam kuantiti kecil.

7. Amalkan membaca Al-Quran setiap hari. Kalau tidak, dengar bacaan al- Quran guna telefon ketika bekerja atau memandu.

8. Minum madu satu atau dua sudu makan semasa perut masih kosong. Kalau ada diabetes, elakkan petua ni ya.

9. Makan empat ulas bawang putih mentah setiap hari. Tapi ibu yang berada di trimester ketiga, jangan makan berlebihan sebab boleh mencegah pembekuan darah.

10. Amalkan makan pisang satu atau dua pisang sehari. Kalau ada diabetes, elakkan.

11. Kismis dan bijirin oat boleh dimasukkan dalam menu seharian.

12. Tembikai dimakan secara snek. Boleh juga ambil dua sudu biji tembikai, keringkan dan kisar halus. Masukkan ke dalam air masak dan minum.

13. Minum air asam jawa dua kali sehari (pagi dan malam) selama seminggu. Caranya dengan mencampurkan setengah air cawan dengan sedikit pes asam jawa.

14. Ambil tiga biji buah belimbing buluh. Potong kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

Tapi, walaupun ini semua petua tradisional dan memang tidak melibatkan bahan kimia tapi mesti jugak dapatkan pandangan dari doktor ya.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...