Ahad, 4 Disember 2016

5 Minit Resepi Pancake Sedap Untuk Sarapan Pagi

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Sindrom ibu ibu. Bangun pagi di hujung minggu, pegi dapur. Memikir mau masak apa untuk sarapan.


Sarapan mesti yang berkhasiat, cepat dan mudah disediakan. Terus terfikir mau buat pankek.

Resepi? Tidak lain tidak bukan, gugel ja la. Alhamdulillah jumpa blog ni yang memang best. Resepi pankek ni adalah resepi dari nenek penulis, Dakota Kelly. Thanks for the simple recipe yet delicious 😋.

Jom buat.

Bahan A: Campur dan ayak semua
1 1/2 cawan tepung serbaguna
3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam


Bahan B: 
1 1/4 susu fresh milk
1 biji telur
3 sudu makan butter tanpa garam (cairkan)

Cara membuatnya:

1. Satukan bahan A dan B dalam satu mangkuk.
2. Panaskan non stick pan.
3. Letakkan satu senduk adunan penkek atas pan.
4. Tunggu sehingga ada gelembung- gelembung di tepi bulatan penkek, pastu baru terbalikkan.
5. Angkat dan siap.


Boleh dihidang bersama madu, sirap coklat, mapel sirapka, jem kaya ker.Ikut selera kalian.

Maisha tidak seberapa suka makan penkek dengan madu. Jadi ibum3m bagi dia makan dengan sirap coklat. Habis 2 penkek olehnya.

Mikail pulak jenis tidak kisah. Makan ja dengan madu. Tapi laju lagi makan dengan coklat.

Ok. Selamat mencuba. Mesti anak- anak pun suka. 😍

Salam sayang, 
ibum3m

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini