Rabu, 1 Ogos 2018

Masalah Susu Kurang : 5 Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Assalamualaikum salam bahagia.

Dilema ibu- ibu menyusu, rezeki naik turun.


1. Fahami konsep Demand Vs Supply.

Semakin kita kerap mengosongkan payudara, susu akan lebih bertambah. Sentiasa kosongkan payudara setiap 3 jam. Rajin lah bangun malam untuk mengepam kerana hormon prolaktin lebih tinggi di waktu masa 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Boleh juga amalkan tandem nursing, sebelah payudara di beri direct feed kepada bayi, sebelah lagi dipam, dalam masa yang sama.

2. Minum air masak secukupnya.

Seeloknya 1 liter bagi 25kg berat badan kalian. Tapi ibu menyusu kena tambah lagi satu liter ya. Dalam 3 hingga 4 liter sehari inshaa Allah memadai.

Tipsnya, minum air suam segelas sebelum mengepam dan selepas mengepam. Jangan minum air sejuk ya ibu.


3. Tidur yang berkualiti.

Biasanya disarankan tidur mencukupi. Tapi,Pastinya tidur kita tak pernah cukup bukan? Terpaksa berjaga malam untuk menyusu dan mengepam sekali. Amalkan minum susu suam sebelum tidur. Boleh juga amalkan pengambilan kalsium, Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur.

Disarankan juga Amalkan zikir Fatimah sebelum tidur, SubhanAllah 33 kali, Allahuakbar 33 kali dan Alhamdulillah 33 kali.


4. Elakkan stress. Sentiasalah berfikiran positif yang kita mampu untuk memenuhi keperluan penyusuan si ibu.

Untuk ibu, semasa mengepam, digalakkan untuk menonton video atau gambar anak supaya hormon gembira ‘ serotonin’ terhasil dan dapat meningkatkan lagi hormon susu ‘prolaktin dan oksitosin’ untuk pengeluaran susu yang meriah.

Boleh juga amalkan vitamin B Kompleks untuk mengurangkan stress.

5. Amalkan makanan tambahan sebagai penggalak susu aka ‘milkbooster’.

Ada pelbagai milkbooster semulajadi di pasaran. Dari sumber makanan pun banyak termasuklah oat, air barli, susu soya, halba, alfalfa, lobak putih,jantung pisang, betik muda dan sebagainya.

Bagi Mas, alfalfa Shaklee dan minuman soya nonGMO, ESP lah milkbooster Mas sejak dari anak pertama, Maisha sehinggalah yang keempat, Musa.

Alhamdulillah, ketiga- tiga anak sebelum ni dapat Mas susukan secara eksklusif dan sepenuhnya selama setahun lebih.

Setia dengan Set Penyusuan atau lebih dikenali sebagai Set Postnatal Shaklee.

Ada 7 produk kesemuanya iaitu B Kompleks, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, ESP, Alfalfa dan OmegaGuard.

Setiap satunya punya fungsi yang berlainan.

B Kompleks untuk anti- stress

Vitamin C meningkatkan imuniti

Vitalea, Multivitamin pelengkap nutrisi

Alfalfa sebagai penggalak susu

Ostematriks elak sembelit dan insomnia, elakkan sakit pinggang dan belakang serta lenguh badan

ESP untuk memekatkan susu supaya bayi cepat kenyang dan ibu lebih bertenaga

Omega Guard untuk perkembangan otak bayi

Sempena bulan kemerdekaan ini, Set Postnatal Shaklee ada promosi tau. Jika para ibu beli set ini, akan dapat hadiah percuma beg hijau dari Shaklee.


Selain itu, penggalak susu Alfalfa pun ada promosi. Di datangkan dengan 2 saiz, 330 biji atau 700 biji. Beli 3 botol, dapat 5% diskaun.



Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Mas ya di talian 013-6341955.

Mas sedia berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai penyusuan bayi bersama kalian.

Salam sayang
Ibu4M

Cara Untuk Kurangkan Masalah Bengkak Susu Semasa Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim Teringat masa melahirkan anak keempat, Musa, aku alami bengkak susu pada hati ketiga. Kebiasaannya, mak bidan akan ...