Sabtu, 25 Ogos 2018

Sanah Helwah Muhammad Nuh Mikail Bin Mohamad Nazim Yang Ke 5 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim

Sakitnya bermula jam 4 pagi. Ku tahan sampai ke pagi. Jam 7.30 pagi, aku duduk depan tv menahan sakit yang sela masanya 10 minit. Arwah bapak cakap, cepatlah kita pigi hospital.


Jam 8 pagi sampai hospital. Selesaikan prosedur semuanya. Jam 9.30 pagi baru check bukaan, sudah 8 cm ni. Terus di suruh baring di katil yang tersedia.

Paling haru masa ni, dapat doktor lelaki, muda pulak tu. ‘Puan, saya pecahkan ketuban ya, supaya cepat. Dalam jam 11 begitu inshaa Allah keluar sudah baby ni’.

Aku angguk saja.

Usai pecah ketuban, bermulalah fasa meneran yang paling memenatkan ku rasa. Berapa kali teran, tidak juga pandai keluar si bayi.

Nafas pun sudah berada di penghujungnya.

Sampailah satu ketika, datang satu nurse, ‘Kenapa lah kau teran begitu tuh?’ katanya dengan nada marah.

Mataku berkaca- kaca.

Pantas dia naik atas tangga kecil di sebelahku.

‘Kau teran, aku tolak perutmu ya!’ perintahnya.

Aku angguk.

Sementelah itu, aku ikut saja. Alhamdulillah bayi pun keluar dengan suara yang paling nyaring ku rasa.

Lega dan syukur. Bayi lelaki.


‘Berat bayi 3.2kg ya ibu. Berapa berat bayi sebelum ni?’ tanya doktor.

‘2.5kg ja’ jawabku. Patut pun habis nafas ku teran, rupanya lebih 3 kg ya. Adeh.


Di sepanjang proses melahirkan, tidak sempat aku minum air selusuh sebab beg bayi dan beg ku semuanya ada bersama suami di luar.

Dan paling lucu lagi yang tidak boleh ku lupa, tudung yang masih SETIA melekat di kepala ku di sepanjang proses kelahiran. 😂

Begitulah. Kisah kelahiran bayi kedua kami iaitu Muhammad Nuh Mikail b Mohamad Nazim. Namanya cukup lengkap, sapu habis semua nama Nabi dan Malaikat.


Sanah helwah yang ke 5 tahun nak!

Ibu doakan Mikail bertumbuh menjadi anak yang sihat, soleh, hormat orang tua dan taat perintahNya ya. Mudahan bakal menjadi imam besar masjid satu hari nanti.

In shaa Allah Aamiin.

Masliani Hj Abdul
Sayang selalu

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...